Ramai sebenarnya yang mencari cari apakah berbaloi membeli Noxxa Breadmaker. Kemudian mula membandingkan fungsi Bread Maker Noxxa dengan brand yang lain. Ada pula mungkin di antara anda yang tidak pernah mendengar pun tentang jenama Noxxa ini. Tetapi selepas anda membuat carian di internet, anda mula mendapati rupa rupanya ramai juga yang beli, pakai dan gunakan produk keluaran Noxxa ini. Malah siap ada group di Facebook yang bertukar kongsikan resepi memasak masing masing hasil dari produk Noxxa seperti ini. Anda jadi keliru. Ya saya faham.
Saya tidak nafikan kualiti dari brand yang lain. Cuma untuk info anda, pengguna brand Noxxa di Malaysia sebenarnya sangat ramai. Malah ada yang sudah bertahun menggunakan Noxxa. Dan 2 produk Noxxa yang popular di Malaysia adalah Noxxa Breadmaker dan juga Noxxa Pressura Cooker. Saya sendiri menggunakan kedua dua model memasak dari Noxxa ini. Satu untuk tugasan membuat doh roti dan satu lagi periuk bertekanan tinggi. Setakat yang saya gunakan, hasil memasak dari kedua dua model ini memuaskan hati. Masih tidak rasa rugi membeli dan memilikinya.
Kelebihan Fungsi Bread Maker Noxxa
Berbalik kepada soalan, adakah berbaloi untuk membeli Noxxa Breadmaker? Fungsi Bread Maker Noxxa adalah untuk menguli doh roti, membakar roti dan ianya juga boleh digunakan sebagai oven. Ada 3 fungsi ya. Ketika menguli doh roti, ianya akan menguli di dalam bekas yang disediakan. Dan bekas menguli ini juga digunakan terus untuk membakar roti. Namun hasil doh tepung ini juga boleh dikeluarkan untuk dijadikan doh roti yang lain seperti roti bun misalnya. Dan roti bun ini tadi akan dibakar di dalam Noxxa ini kerana ianya memang ada fungsi oven. Jelas ya.
Apa beza Noxxa Breadmaker dengan jenama lain? Biasanya produk membuat roti yang lain hanya fokus kepada menguli doh dan membakar roti dalam bekas penguli untuk dijadikan roti buku semata mata. Tetapi oleh kerana breadmaker Noxxa ada fungsi oven, maka anda boleh pelbagaikan doh tepung yang diuli tadi menjadi roti yang lain sekali dari roti buku semata mata. Malah oven ini juga boleh anda bakar benda lain seperti pizza, ayam, kek dan lain lain yang selayakkan untuk sebuah oven biasa. Bagaimana? Menarik bukan?
Fungsi BreadMaker Noxxa
- Menguli Doh – breadmaker Noxxa akan start menguli bahan seperti tepung yang dimasukkan untuk menjadi doh.
- Membakar Roti – doh yang terhasil akan terus dibakar di dalam bekas penguli.
- Oven – boleh digunakan untuk membakar selain roti seperti kek, pizza, ayam dan sebagainya.
Pengalaman guna breadmaker jenama Noxxa? Bunyi kelakar kalau saya cerita. Sebenarnya yang beriya iya membeli Noxxa bread maker ini adalah isteri saya. Namun yang berkali kali menggunakan Noxxa breadmaker ini adalah saya sebagai suami. Sebabnya isteri saya jenis lambat mencari resepi. Bila lihat resepi terus rasa leceh hendak buat kerana merasakan ada banyak bahan yang perlu disediakan. Sedangkan saya, baca resepi sekali lalu, terus faham apa step yang perlu saya mulakan dan terus mula buat. Rasanya dah lebih dari 7 kali saya guna Noxxa breadmaker oven ini untuk pelbagai jenis resepi. Terbaik Noxxa.
Website Beli Produk Noxxa Online
- Shopee – website online shopping popular di Malaysia
- Lazada – website online shopping paling popular di Malaysia
Tetapi ini adalah dari pengalaman saya menggunakan oven + breadmaker Noxxa ya. Saya boleh berikan skor sebanyak 7/10 dari pengalaman menggunakan dan juga fungsi Bread Maker Noxxa itu sendiri. Kenapa bukan 8/10 atau lebih. Tidak ada benda yang sempurna. Pasti ada sedikit kekurangan di mana mana. Cuma kekurangan itu tidaklah sebesar mana. Cuma saya secara peribadi lebih suka kalau oven Noxxa mempunyai kapasiti ruang membakar yang lebih besar sedikit itu sahaja. Lain lain semuanya sudah ok. Apa pun selamat membakar dan membuat roti dengan Noxxa. BYE!!!.