Rasanya semua blogger pasti tahu berkenaan Fiverr bukan? Anda pun pasti sudah tahu yang kita boleh buat duit dalam usd dengan menjual bakat dan servis anda betul? Tetapi saya tahu kebanyakkan kita orang Malaysia berasa tidak mampu atau kurang berminat terutamanya orang melayu kerana faktor masalah “bahasa english”. Dan mungkin anda pernah terfikir, bukankah menarik kalau di Malaysia juga ada fiverr versi Malaysia. Ya sebenarnya sudah ada. Sebab itulah saya mahu perkenalkan peluang ini kepada anda. Berminat?
Sebelum saya bercerita lanjut berkenaan peluang buat duit dengan website fiverr versi Malaysia ini. Saya mahu bercerita sedikit tentang apakah Fiverr ini. Ianya sebenarnya adalah sebuah website dalam bentuk “online micro job” yang memberikan peluang kepada sesiapa sahaja untuk mendaftar dan menjual bakat, kebolehan, skill dan juga servis kepada pengguna yang berminat. Semua servis itu termasuk menulis, buat video, membuat lukisan, membantu matematik, mengajar, tips, teknik, panduan dan apa apa sahaja.
Fiverr Versi Malaysia – Saya Bantu Anda Dan Saya Dapat Duit
Dan melalui fiverr versi Malaysia yang akan saya perkenalkan ini membolehkan anda buat duit minima RM50 sebagai seller dengan level 1 untuk satu servis perkhidmatan yang dibeli oleh pembeli. Katakan anda menjual servis atau skill melukis potret gambar. Dan upah bayaran minima yang anda kenakan adalah sebanyak RM50. Jika dalam sebulan ada 10 tempahan melukis potret, maka anda berjaya buat duit sebanyak RM500 dalam sebulan.
Tetapi anda kena ingat. Kos upah minima yang boleh anda kenakan kepada pembeli adalah RM50. Itu kos upah yang telah ditetapkan untuk anda sebagai seller ber-level 1. Kalau anda berjaya membuat sales banyak, berjaya menyiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Pembeli memberikan rating yang baik kepada anda. Status level 1 anda akan dinaikkan kepada level 2, 3 dan seterusnya. Dan ketika itu anda boleh mengenakan upah yang lebih tinggi.
Dan yang paling menarik, anda boleh tawarkan berbagai bakat, kebolehan, skill dan juga servis yang anda ada. Lebih banyak perkhidmatan yang anda tawarkan, lebih tinggi pula peluang anda untuk mendapatkan permintaan terhadap kerja anda nanti. Dan sudah tentu lebih tinggi pendapatan yang anda boleh jana. Berminat hendak buat duit dengan fiverr versi Malaysia ini? Klik sahaja link di bawah ini untuk mendaftar sekarang juga. Saya sendiri sudah mendaftar di sana. Selamat mencuba.