Ramai peniaga online yang mengambil peluang dengan berniaga produk dan barangan mereka pada platform eCommerce yang popular seperti Lazada, 11Street dan juga Shopee. Dan memang terbukti pun ramai yang berjaya menjual barang dengan laku keras dan membuat untung yang besar. Tetapi bukan semua peniagalah. Ini kerana pemilihan produk yang betul dan juga harga memainkan peranan yang penting di dalam memastikan kejayaan dalam menjual sesuatu barang. Ada barang yang kita rasakan boleh dijual, tetapi tiada yang membeli. Ada barang yang kita rasa sudah murah, tetapi ada peniaga yang menjual lebih murah. Anda berminat menjual produk dan barang anda di website sendiri?
Ramai orang tidak nampak akan kepentingan dan kelebihan menjual produk dan barang melalui website online shopping mereka sendiri. Tahukah anda, dengan menjual di Lazada, 11Street dan juga Shopee terdapat banyak peraturan yang perlu anda patuhi dan ikuti. Tetapi dengan website online shopping sendiri, anda sendiri yang tentukan mahu upload berapa banyak, maju menjual macam mana dan boleh paparkan banyak produk dan barang sekaligus di halaman utama depan website anda itu.
Menjual Produk Dan Barang Dengan Banyak Kedai Online
Saya tidak katakan dan tidak bermaksud yang anda tidak perlu menjual di Lazada, 11Street dan juga Shopee. Apa yang saya maksudkan adalah anda jangan terlupa yang di sana ada satu kaedah menjual produk dan barang yang juga berpotensi untuk menarik pembeli untuk membeli dari anda iaitu dengan menggunakan platform website jualan sendiri contohnya website eCommerce yang mempunyai “shopping cart” yang membuatkan pengunjung boleh terus membuat bayaran secara online.
Bahasa paling mudah adalah MEMBUKA KEDAI ONLINE. Adakah anda berminat untuk mempunyai website online shopping anda sendiri? Mungkin anda tidak nampak akan peranannya. Ya anda boleh teruskan berniaga di website Lazada, 11Street dan juga Shopee. Namun adalah terlebih baik sekiranya anda mempunyai kedai maya anda sendiri tanpa terikat dengan peraturan yang boleh menyekat kebebasan untuk anda berniaga.
Mungkin ada yang akan bertanya, “kena bayar ke?”, “mahal tak bayaran bulanan dia?” dan sebagainya. Bila anda membuka kedai, mesti akan ada bayaran langganan bulanan. Namun anda tidak perlulah bimbang dengan kos tersebut. Ini kerana, bila anda berniaga online, maka anda pasti berjaya membuat untung. Rasanya kos untuk mempunyai kedai online serendah RM59 sebulan pasti tidak membebankan anda betul?
Dan perkata kedua yang anda ingin tahu adalah berkenaan kelebihan berniaga menggunakan platform eCommerce macam ini. Saya akan kongsikan senarai kelebihan dan sebab kenapa anda patut menggunakan wesbite kedai online anda sendiri iaitu;
Kelebihan Mempunyai Kedai Online Store Berbayar Sendiri
- Theme – ada banyak theme wesbite yang cantik cantik diberikan
- Shopping Cart – pembeli boleh terus membeli melalui website anda
- Store Management – anda boleh manage dan upload berapa banyak produk
- SEO – produk anda boleh terpapar di engin carian Google dengan mudah
- Analytics – mempunyai carta analisis berkenaan trafik, inventori dan juga sales
- Mobile – kedai online anda terpapar pada pengguna smartphone dengan cantik
- Currency – support pelbagai matawang. Pembeli dari luar negara dibenarkan
- Plugin – ada banyak plugin yang boleh anda install untuk lebih banyak fungsi
- Social Media – penggunjung boleh contact anda melalui Whatsapp, Line dan SMS
- Integrasi – produk anda boleh diintegrasi dengan Lazada, 11Street dan juga Shopee
Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan website kedai online juga menyediakan fungsi untuk anda integrasi akaun anda dengan Lazada, 11Street dan juga Shopee dengan mudah dan pantas. Apa yang terpapar di kedai anda akan terpapar di Lazada, 11Street dan juga Shopee dengan cepat. Jadi mudahlah untuk anda mengurus ke semua kedai online anda sekaligus. Ini yang penting.
Sebagai langkah awal, sila langgan pakej kedai online dari Easystore dengan pakej langganan bulanan serendah RM59. Kalau hendak yang paling mahal terpulang. Selepas itu sila upload produk anda mengikut kategori. Dan selepas itu sila buka akaun sebagai seller di Lazada, 11Street dan juga Shopee. Dan kemudian anda integrasi (synchronise) untuk memastikan 4 buah kedai anda memaparkan produk dan barang sama. Dengan cara ini anda dapat manage dan menjual produk dan barang anda dengan mudah dan senang. Selamat mencuba.