Sebenarnya sudah lama pihak KWSP/EPF membenarkan pemilik akaun simpanan KWSP/EPF untuk membuat pengeluaran dari akaun 1 untuk dilaburkan di dalam unit amanah seperti Public Mutual. Dan tujuan tersebut adalah untuk menggalakkan pemilik akaun simpanan kwsp mempelbagaikan jenis pelaburan yang dibuat dan seterusnya dapat meningkatkan jumlah simpanan yang ada. Namun mungkin kaedah tradisional ini agak melecehkan dan hanya orang yang bebetul betul berminat sahaja yang akan betul betul membuat pengeluaran wang kwsp mereka untuk dilaburkan di dalam unit amanah. Namun masalah ini berubah dengan adanya i-Invest KWSP.
Apa itu i-Invest KWSP ini? Ianya adalah sebuah portal gerbang atau menu tambahan di dalam i-Akaun kwsp online anda. Mudah cerita sebelum ini anda hanya boleh menyemak baki semasa simpanan kwsp anda dan juga membuat pengeluaran akaun 2 dengan mudah secara online. Tetapi kini ada satu fungsi tambahan baru yang diperkenalkan iaitu anda boleh terus membuat pelaburan ke dalam unit amanah secara terus sendiri melalui i-Akaun kwsp anda. Mudah cerita anda tidak perlu lagi melalui orang tengah atau agen agen seperti Public Mutual untuk menguruskan pembelian dana tersebut bagi pihak anda. Semuanya anda boleh buat sendiri secara online.
Benda seperti ini ada pro dan con lah. Dari satu segi ianya memudahkan anda. Dengan hanya mempunyai akaun i-Akaun KWSP anda sudah boleh membeli sendiri mana mana unit trust yang ada di Malaysia dengan mudah. Kekurangannya pula adalah anda tidak lagi akan diberikan cadangan oleh agen seperti agen Public Mutual untuk memilih dan membeli unit dana amanah yang mana yang bagus untuk terma pelaburan yang anda mahukan. Namun kekurangan ini boleh anda selesaikan kalau anda kenal dengan mana mana agen unit trust untuk meminta cadangan dan pendapat mereka tentang pelaburan unit trust anda.
Bagi saya yang mempunyai sedikit asas pelaburan unit trust, biasanya saya hanya perlu melihat graf kenaikkan harga saham setiap unit trust yang saya ingin beli dalam tempoh 1-10 tahun terkini. Kemudian saya memerhatikan unit dana amanah yang saya beli itu dilaburkan di negara mana dalam kategori apa. Dan kalau di Malaysia pula saya akan melihat ianya dilaburkan di dalam syarikat mana dan sebagainya. Dan akhir sekali saya mesti melihat jenis risiko pelaburan saya samada memilih unit trust dari kategori low risk, medium risk atau high risk. Biasanya low risk bererti berisiko rendah, pulangan juga rendah. Dan high risk bererti berisiko tinggi, kalau rugi memang banyak wang anda habis, kalau untung pula banyak untung anda dapat. Semuanya bergantung kepada apa yang anda mahukan dan bersedia dengan untung rugi.
Mesti akan ada yang tanya, kenapa perlu laburkan wang simpanan kwsp ke dalam unit trust pula. Pelaburan KWSP tidak baguskah? Unit trust itu memang boleh untungkah? Sebenarnya tujuan kwsp membenarkan para penyimpan wang kwsp untuk keluarkan sedikit simpanan mereka untuk dilaburkan ke dalam dana unit trust adalah bagi mempelbagaikan lagi jenis pelaburan simpanan ahlinya.
Seperti yang kita sedia maklum, pelaburan KWSP adalah dari jenis berisiko rendah dan sederhana. Tujuannya adalah bagi memastikan simpanan pendeposit tidak mengalami kerugian besar kerana simpanan kwsp tujuannya adalah untuk simpanan hari tua, bersara, pencen. Dan pelaburan ke dalam unit trust dana amanah pula adalah untuk memberikan peluang kepada pendeposit kwsp untuk menggunakan sedikit wang simpanan untuk dilaburkan kepada instrument pelaburan luar yang berpotensi memberikan pulangan yang lebih tinggi berbanding kwsp dan seterusnya meningkatkan jumlah simpanan yang ada kepada lebih tinggi.
Tetapi kena berani tanggung risikolah kalau pulangannnya unit trust lebih rendah dari apa yang kwsp beri? Sebenarnya berapa pulangan dividen dari unit trust kalau untung besar? Sudah tentu unit trust mampu memberikan pulangan dividen lebih tinggi dari kwsp beri. Sebab itulah dibenarkan pengeluaran wang kwsp untuk dilaburkan ke dalam unit amanah. Biasanya dividen unit trust yang baik prestasinya memberikan dividen antara 7-15% setahun. Menarik bukan? Kepada yang berminat bolehlah gunakan gerbang i-Invest KWSP yang diperkenalkan untuk mempelbagaikan portfolio simpanan pelaburan anda agar simpanan kwsp anda lebih berkembang. Selamat mencuba.