Dalam keadaan pendapatan isi rumah yang semakin mengecil. Tentu sahaja ramai wanita di luar sana yang teringin untuk membantu suami untuk menambah pendapatan keluarga. Tidak semua suri rumah boleh berkerja di luar atas alasan dan faktor tertentu. Oleh itu, apakah ada cara lain atau kaedah yang terbaik tentang peluang bekerja dari rumah untuk suri rumah khasnya? Saya bukanlah seorang wanita apalagi seorang suri rumah. Tetapi saya menyaksikan ramai golongan wanita yang tidak bekerja mampu untuk bekerja hanya dari rumah. Apakah pekerjaan itu?
Penulisan ini hanyalah pengalaman dari persekitaran saya sahaja. Maaf jika idea yang diberikan kurang sesuai untuk anda lakukan. Namun begitu, sekurang kurang ianya mungkin menjadi satu inisiatif bagi yang berminat untuk melakukannya. Di dalam konteks Malaysia, peluang bekerja dari rumah untuk suri rumah selalunya agak terbatas. Mungkin kerana tiadanya pendedahan dan juga sokongan ke arah itu. Sedangkan banyak sekali carian di internet tentang “kerja part time” dan juga “bekerja dari rumah” yang secara tidak langsung menunjukkan ramai sekali yang tercari cari akan peluang pekerjaan sebegini.
Bekerja Dari Rumah Untuk Suri Rumah
Ada 4 jenis skop bekerja dari rumah untuk suri rumah yang saya nampak boleh dilakukan oleh golongan wanita yang tidak bekerja ini. Namun 1 perkara yang penting adalah talian internet. Tanpa sambungan internet, cadangan kerja dari rumah yang boleh dilakukan oleh para suri rumah ini mungkin sukar untuk dilaksanakan. Kerana, setiap pekerjaan memerlukan pelanggan. Dan pelanggan itu pula datang dari medium internet. Dan sudah tentu, tanpa talian internet, medium bekerja dari rumah tidak dapat direalisasikan.
4 Peluang Bekerja Dari Rumah Khas Suri Rumah
Dropship – Saya mencadangkan wanita yang bergelar suri rumah untuk melakukan perniagaan dropship. Selalunya modal untuk menjalankan bisnes berbentuk dropship adalah murah dan kebanyakkan hanya di bawah RM100 sahaja. Yang percuma pun anda. Anda boleh menjual baju, tudung, mainan, barang dapur, produk kesihatan dan sebagainya yang mana anda tidak perlu mempunyai produk sendiri. Cukup dengan hanya mempromosikan produk orang lain. Salah satu, anda boleh cuba untuk mempromosikan produk seperti tudung hijab.
Berblogging – Kalau anda pandai berblogging. Anda boleh mengambil peluang membuat duit secara online dengan mempromosikan produk affiliate. Ada banyak produk affiliate yang boleh anda promosikan. Cadangan saya, anda boleh mencari produk tersebut di KlikJer ini. Jika anda kurang faham tentang affiliate, anda boleh mendapatkan panduan asas affiliate di sini untuk pembelajaran.
Menjahit – Anda boleh meningkatkan peluang mendapat pendapatan dengan lebih tinggi dengan menjual produk sendiri. Antara produk yang berkos rendah tetapi mendapat permintaan tinggi adalah dengan menjual tudung. Nasihat saya, anda pelajari cara menjahit tudung dan kemudian menjualnya melalui Facebook. Ini paling mudah.
Menjual Makanan – ANDA TIDAK PERLU ADA KEDAI SENDIRI UNTUK MENJUAL MAKANAN. Anda boleh memasak apa sahaja yang anda boleh sediakan. Dan selepas itu anda lakukan perniagaan makanan dengan konsep Food Delivery. Saya pasti ramai yang mahu “order” makanan secara penghantaran rumah ke rumah. Idea ini telah saya lakukan sendiri dan BERJAYA. Anda boleh baca tentang konsep bisnes ini lebih lanjut di sini [ Food Delivery TSI ]
Hanya 4 sahaja idea Bekerja Dari Rumah Untuk Suri Rumah yang boleh saya kongsikan. Mungkin ada peluang yang lain yang saya tidak tahu. Saya harap pembaca dapat berkongsikan peluang bekerja dari rumah yang lain boleh dilakukan oleh suri rumah melalui ruangan komen di bawah ini untuk kebaikkan bersama. Saya harap anda (suri rumah) dapat sedikit sebanyak mendapat idea akan kerja yang boleh dilakukan oleh anda dari rumah anda. Selamat berjaya..
Khas Untuk Suri Rumah (lawat blog di bawah untuk ikuti program, jika berminat)
http://surisuper.com/
http://azuraabdullah.com/bekerjaberniaga/
http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/
http://www.masayuahmad.com/
http://nazirahbugal.blogspot.com/2014/05/bekerja-dan-berniaga.html