SEMUA orang tidak mahu rugi dalam apa apa pelaburan. Ini adalah perasaan yang normal. Tetapi bila anda merasakan “rugi” itu sebagai penunjuk yang program atau skim tersebut adalah scam atau menipu, maka ada yang tidak kena dengan cara anda faham sesuatu pelaburan. Bukan semua pelaburan itu scam atau menipu ya. Contoh anda membuat pelaburan emas dalam program Quantum Metal, selepas beberapa bulan masih tidak dapat menjana keuntungan. Adakah program Quantum Metal scam? Saya sendiri rugi buat GCA 100% dan tetap merasakan yang Quantum Metal bukan scam. Kenapa?
Anda kena faham bagaimana emas itu menjana keuntungan dan kerugian emas. Kalau anda faham ini, anda pasti tidak akan merasakan ianya adalah scam. Contoh, anda beli 1 gram emas pada Januari 2023 dengan harga pasaran ketika itu berharga RM300. Kemudian selepas setahun iaitu pada Januari 2024. harga 1 gram emas telah turun menjadi RM250 pula. Anda tunggu bukan sekejap ya. Setahun lamanya. Tetapi menjadi rugi pula. Adakah emas ini scam? Sudah tentu tidak. Ini adalah pergerakkan harga naik turun yang normal. Ini adalah asas pelaburan emas yang anda kena tahu dan kena faham.
Adakah Saya Kecewa Kalau Rugi Buat GCA
Saya buat GCA Quantum Metal untuk selamatkan wang belanja hangus saya. Maknanya saya backup perbelanjaan bulanan saya dengan emas. Katakan komitmen bulanan saya seperti rumah saya kena bayar RM1000 sebulan. Apa yang saya buat? Selepas dapat gaji saya beli emas Quantum Metal terlebih dahulu dengan nilai RM1100. Kemudian saya pajakkan emas bernilai RM1100 untuk dapatkan wang saya semula sebanyak 91% iaitu bernilai RM1000.
Dalam program Quantum Metal, kita boleh dapatkan modal kita semula setinggi 91% jika buat pajak kembali. Selepas dapat semula wang RM1000, barulah saya bayar duit komitment bulanan saya iaitu rumah. Apa yang berlaku? Saya berjaya beli emas bernilai RM1100 dan saya berjaya bayar rumah saya tanpa gagal. Bayangkan anda buat GCA setiap bulan tanpa gagal? Apa yang berlaku? Anda tanpa sedar telah berjaya membeli emas setiap bulan tanpa anda mengabaikan komitmen bulanan anda seperti perbelanjaan dapur, bayar bil rumah, telefon, kereta dan sebagainya. Inilah yang dikatakan menyelamatkan wang belanja hangus bulanan kita selepas gaji. Jelas? Faham?
Bila saya beli emas setiap bulan dengan kaedah pajak di akaun GCA, saya dapat lihat prestasi harga emas yang telah saya beli itu setiap bulan. Contoh kalau dalam setahun saya telah beli emas sebanyak 12 kali, maknanya saya dapat lihat harga emas semasa yang saya beli sebelum ini samada telah untung atau rugi kalau saya mahu jual semula emas tersebut. Tapi apa yang saya nampak selepas setahun? Ke semua emas yang saya beli TELAH RUGI!!!! Dengan kata lain saya rugi buat GCA!!!.
TETAPI anda kena ingat ya. Kerugian tersebut adalah kerugian di atas kertas sahaja iaitu papar loss. Sesuatu benda itu akan dianggap sebagai rugi yang mutlak selepas anda menjualnya. Kalau anda belum jual, ianya bukan lah kerugian yang sebenar. Emas yang saya telah beli sebelum ini memang rugi tetapi rugi berdasarkan harga semasa yang sedang turun sekarang kalau saya ingin menjualnya sekarang. Tetapi saya tidak menjualnya. Saya hanya biar dan tunggu selepas harga emas naik kembali.
Prinsip untung rugi emas adalah mudah. Anda untung ketika anda jual melebihi harga ketika anda beli. Kalau dulu saya beli emas pada harga RM300 untuk 1 gram. Walaupun harga semasa adalah RM250 untuk 1 gram, jangan juallah. Saya akan jual selepas harga menjadi minima RM310 untuk 1 gram dan barulah saya mula menjana keuntungan. Benda simple sebenarnya. Masih ada yang tidak faham prinsip asas pelaburan emas tetapi terus kecam kata Quantum Metal scam.
Register Quantum Metal
- [ QuantumMetal ] – sila klik link ini untuk mendaftar jika anda belum daftar jadi ahli QM.
- [ WhatsappQuantumMetal ] – jom masuk Whatsapp group kendalian kami di sini jika ada apa apa yang kurang faham berkenaan proses pendaftaran, cara tukar pindah link referral tajaan Quantum Metal dan apa apa tentang melabur emas dalam Quantum Metal ya.
Sekarang saya “sedang” rugi buat GCA iaitu pajak emas dengan program Quantum Metal. Apa yang perlu saya lakukan? Mudah. Buat tak tahu sahaja. Biarkan. Teruskan membeli emas jika harga emas terus turun dan jatuh. Pada ketika harga emas mula naik kembali sedikit demi sedikit. Emas yang telah kita beli ketika harga rendah akan mula menjana keuntungan sambil menunggu keuntungan untuk emas yang kita beli sewaktu mahal. Jelas? Faham? Untuk lebih penjelasan dan penerangan, sila daftar melalui link di atas ini dan masuk ke group Whatsapp kendalian saya ya. BYE!!!.