Sebagai ibu bapa yang ada bayi (baby), anak kecil dan kanak kanak pasti melalui keadaan di mana perlu untuk senantiasa membelikan anak mereka pakaian yang baharu seiring mereka membesar. Begitu jugalah keadaan saya sebagai ibu bapa kena sentiasa prihatin dengan pakaian anak yang masih kecil. Tahu tahu sahaja sudah sempit dan kena beli baju baby yang baharu. Kalau biasa ke pasaraya, anda akan perasan yang baju kanak kanak agak mahal harganya. Sepasang baju dan seluar biasanya berharga RM15-RM30. Ini adalah harga yang biasa dijual. Setuju?
Pelik bukan, sehelai baju t-shirt orang dewasa kadang kala lebih murah harganya berbanding pakaian kanak kanak. Oleh kerana anak kecil cepat membesar, sudah tentulah kita sebagai ibu bapa kena kerap membelikan mereka pakaian yang baru berdasarkan umur mereka. Anak yang masih kecil adalah normal mereka untuk bergerak aktif dan pakaian akan jadi mudah kotor. Jadi kena beli banyak baju dan seluar baru. Kalau sepasang pakaian baju budak pun sudah berpuluh ringgit, kalau berpasang pasang? Sudah tentu berhabis duit bukan? Bagaimana hendak jimat duit?
Pengalaman Online Shopping Untuk Beli Baju Baby
Caranya adalah anda kena beli baju baby anak anda secara online. Ini adalah salah satu cara yang terbaik setakat ini. Anda boleh dengan mudah mencari dan membeli baju anak anda samada bawah 1 tahun, atas 1 tahun, 2 tahun dan ke atas berharga bawah RM10 sehingga paling mahal pun RM20 sahaja. Terpulang kepada bajet anda. Kepada anda yang mempunyai wang lebih mungkin tidak terasa. Kepada yang mempunyai bajet kecil mesti terasa hendak selalu membeli pakaian anak yang baru setiap kali pakaian yang sedia ada sudah sempit dan anak mula membesar.
Seperti kes saya. Hendak hantar anak ke pengasuh. Susah hendak mencari beg baby yang kecil yang cantik dan muat untuk di isi dengan pampers, baju dan juga botol susu. Rupa rupanya bila buat carian di internet, ada banyak pilihan beg kecil untuk anak anak, cantik cantik dan juga berharga tidak mahal. Jadi begitu juga halnya dengan masalah pakaian anak anak. Cari sahaja secara online, ada banyak pilihan, kurang penat dan jimat wang kita.
Sekarang musim PKP, tidak boleh keluar ke mana mana. Kedai kedai yang bukan di bawah kategori penting (essential) tidak di benarkan untuk dibuka. Oleh kerana sudah berbulan bulan PKP dijalankan untuk mengurangkan jumlah kes wabak covid-19 ini, maka anak kecil yang bawah 1 tahun atau atas 1 tahun ini membesar dan perlukan pakaian yang baru. Di mana hendak cari baju dan seluar baru kalau tiada kedai pakaian dibuka. Jadi beli beli baju baby secara online lah pilihan yang ada. Lagi lagi musim PKP kena lagi jimatkan duit. Setuju?
Website Online Shopping Popular Malaysia
- Shopee – website online shopping popular di Malaysia
- Lazada – website online shopping paling popular di Malaysia
Semalam saya baru sahaja membuat survey di website online melalui link di atas ini. Ada banyak promosi pakaian untuk budak budak. Untuk baby pun ada. Jadi saya terus beli 4 pasang pakaian jenis lengan panjang dan seluar panjang, 3 pasang pakaian jenis lengan pendek dan seluar pendek, dan 2 pasang lagi untuk yang tanpa lengan. Kos keseluruhan dalam RM100 sahaja. Kalau beli 7 pasang baju anak yang berumur 1-2 tahun ini di kedai biasanya mesti berhabis lebih dari RM200. Jadi dapat jimat sikit duit.
Bagi sayalah, sebagai ibu bapa boleh sahaja belikan anak baju baby yang sedikit mahal dan berkualiti. Memang sesuai pun. Lagi lagi kalau hendak digunakan untuk jalan jalan, ketika hari raya dan balik kampung. Cumanya kita beli baju baby yang sedikit murah adalah untuk pakaian yang dipakai secara harian di rumah. Anda boleh lihat gambar dan video saya unpack baju anak saya yang berusia 18 bulan – 2 tahun yang dibeli secara online. Bagaimana? Cantik bukan! BYE!!!