Setuju tidak kalau saya katakan yang bakal bakal haji pasti ada yang mencari buku nota “tambahan” untuk dibuat bacaan sebelum atau ketika berada di Mekah Arab Saudi nanti. Contoh buku yang dimaksudkan seperti travelog, nota kursus haji, bacaan bacaan nota, soal jawab haji dan pelbagai lagi tajuk yang mungkin di mahukan oleh bakal haji. Bahan bacaan tambahan sebegini sebenarnya memang dapat membantu keperluan dari segi asas asas ilmu yang masih kurang di fahami.
Di pasaran sebenarnya terdapat banyak buku kursus asas haji yang dijual. Kalau ke kedai buku yang menjual buku buku Islam, rasanya ada sangat banyak jenis buku berkenaan haji dan umrah. Dan banyak pula penulis yang menulis buku sedemikian. Mendapatkan penulisan dan perkongsian yang lebih baru bagi saya adalah lebih baik kerana ianya memperihalkan situasi semasa dan apa yang bakal jemaah haji umrah perlu tahu dan lakukan.
Beli Buku Kursus Asas Haji Di Internet
Alhamdulillah, di Malaysia kita memang sejak dulu sudah ada badan yang menguruskan bakal jemaah haji iaitu melalui Tabung Haji. Teori dan praktikal memang dibekalkan oleh pihak tabung haji kepada jemaah haji. Malah di bawakan sekali individu yang menjadi tempat bertanya pelbagai soalan berkaitan urusan haji umrah ketika berada di mekah dan madinah. Tahniah buat tabung haji kerana berjaya menjadi badan yang mentadbir urus bakal haji dari Malaysia.
Dan kepada anda yang mungkin akan pergi haji umrah tahun ini atau tahun hadapan. Adakah anda kini sedang mencari cari bahan bacaan seperti buku kursus asas haji? Jika YA! Mahu tidak kalau saya perkenalkan kepada anda akan buku yang sesuai buat anda. Anda boleh sahaja dapatkan buku ini secara online. Malah ada banyak buku buku berbentuk islamik yang lain yang berkenaan haji dan umrah ada juga dijual. Anda boleh pilih tajuk yang anda rasakan sesuai buat bacaan anda.
Website Untuk Membeli Buku Online Di Malaysia
- BookCafe – antara website penjual buku bahasa Malaysia terbaik
- Lazada – anda boleh mencari pelbagai jenis buku di sini
- Shopee – anda boleh bermacam mana buku di sini
Buku Kursus Asas Haji Sebagai Bahan Bacaan Tambahan Ketika Haji
Dan untuk artikel pada kali ini. Sesuai dengan musim haji tahun ini. Saya mahu memperkenalkan buku kursus asas haji buat anda. Ianya adalah nota ringkas yang berkongsi dengan anda akan akan beberapa perkara yang perlu anda tahu, ingat dan ambil berat ketika berada di tanah suci mekah. Banyak perkara yang anda perlu tahu sebelum dan ketika berada di mekah nanti. Adab adab dan sebagainya. Ianya adalah perkongsian penulisan yang baik dari bacaan buku kursus asas haji buat anda kerana membantu anda untuk anda faham akan keperluan anda di sana nanti. Kalau berminat, sila klik link di atas ini untuk membeli buku nota asas haji ini secara online. Selamat beribadat.
2 Comments
Bagus juga panduan ni..mana tahu tahun depan ada peluang dipanggil Ilahi menunaikan haji
kalau ada niat harus tanam ada rezeki seruan panggil kita pergilah ya