Kepada pemilik blog yang mempunyai akaun adsense dan memasang iklan Google Adsense pasti sedar dan perasan kadang kala iklan yang dipaparkan didalam blog kurang menyenangkan. Maksud saya ada iklan Google adsense yang memparkan iklan berbentuk wanita, seksi, judi, forex, makanan haram dan sebagainya yang mana bagi sesetengah orang kurang selesa lebih lebih bagi bagi yang beragama Islam. Sebenarnya ada cara untuk Sekat Iklan Google Adsense yang tidak dikehendakki. Adakah anda tahu?
Ada dua kaedah untuk “Sekat Iklan Google Adsense” yang tertentu dari dipaparkan diblog. Satu cara dengan menyekat (block) URL iklan tersebut dan cara kedua adalah dengan melihat kesemua iklan yang dipaparkan di blog di Ad Review Center dan mencari iklan yang terpapar yang mahu anda block dan kemudian tekan “block”. Mudah sahaja. Mungkin ada diantara anda yang masih kurang jelas dengan penerangan saya. Dibawah ini saya akan uploadkan gambar dan akan menerangkannya supaya lebih jelas akan kaedah untuk Sekat Iklan Google Adsense diblog.
Cara Sekat Iklan Google Adsense
Lihat gambar diatas. Anda perlu masuk ke dashboard akaun Google Adsense dan kemudian pergi kepada “Allow & Block Ads”. Disitu anda akan dibawa ke halaman seperti gambar diatas. Kemudian sila tekan “Ad Review Center” dan senarai iklan iklan yang terpapar diblog anda akan dipapar disini. Cari gambar iklan yang anda tidak suka seperti gambar “anime girl” seperti gambar diatas dan tekan “blocked” untuk block iklan Google Adsense. Selepas berbuat demikian, ianya akan mengambil masa untuk iklan benar benar tidak lagi muncul diblog.
Selepas beberapa waktu, anda akan perasan akan ada semula iklan yang berbentuk hampir sama dan anda lakukan lagi seperti step yang saya berikan tadi. Ini kerana sentiasa sahaja akan ada advertiser baru yang akan iklan benda yang sama walaupun mereka adalah berlainan individu dan disebabkan itu anda perlu saring iklan sentiasa ketika ianya muncul kembali. Sebenarnya Sekat Iklan Google Adsense ini mudah. Kalau anda sudah terbiasa, anda akan cepat untuk lakukan step step cara Sekat Iklan Google Adsense ini. Terima kasih kerana membaca artikel kali ini. Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah bertanya dengan menurunkan komen dibawah ini. Harap anda faham dengan tips ringkas cara Sekat Iklan Google Adsense ini. Terima kasih...
4 Comments
iklan adsense belum mengena lagi kat saya punya blog..
saya dapat pun x banyak, hehe
Tips ini bagus! Thanks Wan.. saya selalu block mana-mana iklan yang kurang berkait dengan niche blog sebab akan kurang menjana klik.. sebaliknya, iklan yang berkait dengan content blog menjana amat banyak klik, dalam 30 hingga 50 klik sehari.
wow banyak betul klik kat blog bro, trafik mesti hebat nih