Adakah anda kini sedang menghitung detik detik perkahwinan dan bakal menamatkan zaman single anda? Dan salah satu persiapan yang kini anda lakukan adalah untuk tempah kad kahwin? Pening dengan masalah ini? Tidak tahu hendak mendapatkan kad kahwin yang bagaimana? Di artikel ini, saya ingin berkongsikan dengan anda akan pengalaman saya sendiri mencari dan membuat tempahan kad kahwin di kedai banner printing yang ada menyediakan servis membuat kad jemputan perkahwinan.
Susahkah hendak membuat kah perkahwinan? Pertama sekali yang perlu anda lakukan adalah membuat carian di internet dahulu untuk mendapatkan alamat dan lokasi kedai kedai printing banner yang ada menyediakan servis tempah kad kahwin. Dan selepas itu anda bolehlah melawat kedai tersebut. Dan apa yang anda lakukan di kedai tersebut? Anda perlu bertanya tentang pakej yang ditawarkan.
Cara Buat Dan Tempah Kad Kahwin
Kebanyakkan pakej membuat kad jemputan perkahwinan akan memberikan tawaran harga bagi 100, 200, 300, 500, 1000 kad kahwin atau lebih. Dan anda pilihlah pakej berdasarkan bilangan kad kahwin yang anda mahu buat. Secara umumnya, bilangan kad kahwin akan dibuat berdasarkan jumlah jemputan tetamu yang anda jemput ke kenduri perkahwinan. Kalau anda menjemput 1000 tetamu, maka jumlah kad kahwin yang perlu anda buat adalah sebanyak 500 kad sahaja. Kalau 800 jemputan, maka buatlah 400 kad kahwin.
Saya pula tidak tempah kad kahwin berdasarkan pakej. Saya memilih sendiri mahu kad kahwin dari jenis yang bagaimana. Ini kerana kad kahwin juga ada bermacam macam jenis bentuk, saiz dan juga kualiti material kad tersebut. Satu kad ada yang berharga 30 sen, 50sen, 80sen, RM1 atau lebih. Dan saya punya saya memilih kad kahwin yang sekeping berharga 80 sen. Dan saya tempah kad kahwin sebanyak 500 kad. Dan kos keseluruhan adalah 80sen x 500 keping kad = RM400.
INGAT! Harga RM400 yang saya kena bayar ini adalah untuk jemputan perkahwinan di sebelah tempat saya sahaja iaitu pihak lelaki. Belum lagi tempah kad kahwin untuk sebelah pihak perempuan. Bolehkah anda mendapatkan kad jemputan perkahwinan yang murah. Ya ada. Seperti yang saya katakan tadi, banyak tawaran pakej yang diberikan. Mungkin anda boleh memilih pakej 800 atau 1000 kad kahwin sekaligus untuk kedua dua belah pihak. Harga selalunya dalam lingkungan RM350 hingga RM700 sahaja. Selamat menempuh gerbang perkahwinan.