Salam kepada pembaca. Adakah anda seorang blogger baru? Atau baru hendak berjinak jinak dalam dunia blogging dan berminat hendak tahu tentang bagaimana seseorang blogger melalui blog mereka berjana menjana dan dapat duit dari blog. Persoalan dan pertanyaan ini adalah perkara biasa kepada mereka yang belum pernah lagi buat duit dari internet. Dan di dalam artikel ini saya akan berkongsikan senarai beberapa punca pendapatan yang menghasilkan income kepada penulis blog itu sendiri.
Ada beberapa jenis sumber atau program buat duit yang blogger itu sertai. Namun setiap blogger tidaklah membuat atau menyertai ke semua program tersebut. Ianya bergantung kepada kepakaran masing masing. Kalau buat semua pun akan jadi caca merba pula blog. Dan saya sendiri adalah salah seorang blogger yang memang buat duit dengan blog . Dan ada juga blogger yang memang minat dengan hobi menulis dan tidak kisah tentang duit dan hanya suka menulis. Terpulang kepada hala tuju masing masing.
Cara Blogger Dapat Duit Dari Blog
Di bawah ini saya akan senarai beberapa jenis program yang mendatangkan pendapatan kepada seseorang blogger itu. Saya harap selepas penerangan ringkas saya ini, tiada lagilah cakap cakap belakang yang mempertikaikan macam mana blogger boleh dapat duit dari blog lagi selepas ini. Ini kerana tidak semestinya apa yang anda tidak faham itu ianya suatu penipuan. Malah ianya adalah pendapatan yang halal dan dipercayai.
Jenis Jenis Income Blog Yang Blogger Buat
Advertorial – pernah dengar tentang “advertorial”? Ianya adalah program buat duit dengan menulis review. Contohnya ada pemilik bisnes kedai makan. Dia buka restoran baru. Dia ajak anda sebagai blogger untuk menulis review berkenaan restoran beliau di blog anda. Ini di sebut sebagai advertorial. Anda akan diberikan upah bayaran sesuai dengan tugasan anda itu. Anda boleh baca pengalaman saya dapat duit dengan Advertorial ini di sini
Banner Iklan – kalau anda perasan, anda banyak blog yang memasang banner iklan di blog mereka. Banner iklan ini bukan saja saja ianya dipasang melainkan ianya memang memberikan pendapatan kepada blog tersebut. Iklan yang terpapar itu akan menjana income kepada pemilik blog. Di Malaysia, program pengiklanan yang popular adalah Nuffnang dan juga Google Adsense. Anda boleh baca lanjut di artikel ini iaitu Buat Duit Dengan Adsense di sini sebagai rujukan anda
Affiliate – ini adalah sumber dan bentuk pendapatan yang paling popular dikalangan blogger. Anda sertai program affiliate, anda promosikan produk digital mahupun produk fizikal. Contoh terbaik adalah dengan buat duit dengan program affiliate dari InvolveAsia. Anda boleh baca lanjut di artikel berkenaan
Dropship – ramai juga orang kita Malaysia yang buat duit dengan bisnes dropship ini. Kebanyakkan mereka akan gunakan sosial media untuk mempromosikan produk mereka. Dan yang terbaru ramai yang gunakan platform eCommerce seperti Lazada, 11Street dan juga Shopee untuk menjual produk mereka. Namun ada juga yang menggunakan blog atau website sebagai tempat untuk menjual produk mereka. Mudah sahaja. Ambil produk orang lain dan tolong jualkan dan dapat komisen jualan sebagai orang tengah.
YouTube – ini adalah trend buat duit terbaru untuk blogger Malaysia. Orang luar negara sudah ramai yang buat duit dengan YouTube. Cumanya orang Malaysia baru hendak berjinak jinak. Dan saya sendiri seorang blogger yang menggunakan blog sebagai salah satu sumber untuk mempromosikan video YouTube yang saya buat. Anda boleh baca pengalaman saya jana earning YouTube di sini
Kalau anda tanya saya, apakah jenis program buat duit untuk blog yang saya buat dan dapat buat. Saya katakan semuanya di atas kecuali dropship. Buat masa ini saya belum ada masa dan berkesempatan untuk terlibat dalam dunia dropship. Dan program affiliate dan juga YouTube adalah keutamaan saya ketika ini. Banyak fokus saya berikan kepada 2 sumber ini. Dan memang saya dapat duit dari blog majoritinya dari 2 sumber ini. Penjelasan ringkas ini adalah untuk menerangkan kepada anda diluar sana yang merasakan program buat duit dengan blog adalah menipu dan scam. Maka dengan penjelasan ringkas ini akan memberikan bukti kepada anda tentang bagaimanakah blogger boleh dapat duit dari blog dan apakah ianya benar. Saya harap ianya memuaskan pertanyaan anda ok. Selamat mencuba.