Saya sebenarnya belum pernah lagi dengar tentang sebuah baju melayu dari brand “BULAN BINTANG”. Maklumlah, saya jenis orang lelaki yang kurang kisah dengan baju yang dikatakan viral atau branded. Dan pada tahun ini isteri dan rakan sekerja ada bercakap tentang baju melayu tersebut. Jadi saya pun sempat ke butik bulan bintang yang terletak di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah. Hasilnya mengecewakan kerana ketiadaan warna dan saiz yang saya mahukan. Semuanya kerana telah habis stok akibat viral.
Maka saya pun ke pasaraya biasa. Seperti biasa, kalau beli pada hari nak dekat raya last minit macam ini pasti kurang berpuas hati. Warna sudah ada, tetapi saiz pula tiada. Pergi ke shopping mall lain, saiz ada, tetapi terasa pula kualiti material kain yang kurang bagus. Saya tidak cakap baju raya murah tidak bagus ya. Ada sahaja baju melayu yang dijual bawah RM100, tetapi saya masih suka kerana sudah terbiasa dengan rasa kain licin dan nampak baru. Cumanya baju melayu yang saya reject ini terasa kain seperti kain guni yang nipis dan terasa ketat pula di bahagian sisi kiri dan kanan badan.
Baju Raya Bulan Bintang
Dan kebetulan adik beradik ipar keluarga mertua di Terengganu sedang mencari dan membeli baju melayu di butik bulan bintang di sana. Jadi mereka tawarkan kepada saya untuk membeli baju melayu yang sama warna dan kebetulan saiz yang diminta pun ada. Jadi saya terus terima tanpa banyak bicara. Maklumlah, sudah last last minit, kalau ada stok warna dan saiz, kita terus terima sahaja. Alhamdulillah mereka berjaya membeli baju bulan bintang di butik berkenaan.
Saya pilih baju melayu bulan bintang jenis “TAILORED FIT” dengan warna “NUDE” dan bersaiz “XXL”. Kalau lihat di website mereka, saiz paling besar cuma 2XL sahaja. Tetapi kalau ke butik, ada lagi saiz paling besar iaitu 3XL dan 4XL. Saya mempunyai tinggi 170cm dan berat 90kg. Dan saiz baju jenis 2XL fit ini nampaknya agak sesuai dan kena dengan badan saya. Yang penting tidak terasa terlalu ketat, material kain yang kemas dan terletak elok pada badan dipemakai.
Dan baru saya tahu yang baju raya bulan bintang ini sebenarnya di miliki seorang remaja lelaki berumur 19 tahun ketika mereka membina jenama ini pada tahun 2016. Jadinya, pada tahun 2022 pemilik jenama ini sudah berumur 25 tahun. Maaf kalau saya tersalah fakta ya. Penggunaan model artis seperti Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahaya telah berjaya menaikkan jenama baju melayu bulan bintang. Jadi tidak hairan lah kalau tiba tiba jenama ini boleh viral pada tahun 2022 ini.
Beli Baju Raya Bulan Bintang Online
- [ BulanBintangOnline ] – anda boleh membeli baju raya keluaran Bulan Bintang secara online di sini.
Sebenarnya baju raya keluaran Bulan Bintang bukan semata mata menjual baju melayu untuk orang lelaki dan si ayah sahaja. Mereka juga ada menjual baju kurung wanita untuk orang perempuan dan di si ibu, baju melayu anak lelaki dan baju kurung untuk anak perempuan. Jadi kalau anda hendak membeli baju raya sedondon untuk seisi keluarga memang sesuailah.
Saya hendak beri sedikit panduan. Di sebabkan baju raya yang viral dan popular seperti ini. Saya nasihatkan anda untuk ke butik Bulan Bintang lebih awal. Jangan pergi last minit. Maklumlah, bila lambat beli, stok semakin kurang. Hasilnya kita mungkin tidak dapat warna dan saiz yang kita mahukan. Anda juga boleh beli dan dapatkan baju melayu bulan bintang ini secara online melalui link website yang telah saya kongsikan di atas ini. Setelah pakai, saya boleh berikan skor rating sebanyak 7.5/10 untuk baju raya jenama bulan bintang ini. BYE.