Semalam saya berkesempatan untuk mengunjungi kilang Maestro di Mak Mandin Pulau Pinang. Kilang tersebut adalah kilang yang membuat produk makanan dan minuman jenama VICO. Saya pasti anda pernah dengar dan kenal dengan jenama minuman ini. Ia adalah jenama pesaing bagi minuman bernama MILO iaitu produk minuman berasaskan coklat yang popular di Malaysia. Ini adalah kali kedua saya membeli produk vico terus dari kilang dengan harga promosi yang sememangnya mudah. Bila ada iklan produk harga murah terus dari kilang, memang saya akan pergi dan tidak melepaskannya.
Sebenarnya saya tidak pernah minum akan minuman Vico ini. Memang biasa nampak ianya dijuak di pasaraya. Tetapi tidak pernah membelinya sendiri. Saya mencuba rasa pun setelah isteri yang perkenalkan kepada saya. Beliau buatkan air coklat vico dan saya terus suka dan jatuh hati pada hari pertama merasainya. Dan ketika itulah ianya menjadi pilihan saya ketika pek 3 in 1 vico sudah habis di rumah. Saya akan ke pasaraya dan memilih Vico berbanding Milo. Dua duanya sedap, cumanya sudah menjadi terbiasa pula dengan vico.
Produk Vico Murah Harga Promosi Di Kilang
Semalam ketika pergi ke kilang Maestro, di depan pagar ada lori yang menyediakan minuman Vico percuma. Saya terus ambil. Satu untuk saya dan satu lagi untuk isteri. Memang sedap. Terasa seperti program minuman sihat air Milo ketika di sekolah semasa zaman kecil kecil dahulu. Masa masuk pun saya minum dan semasa keluar sudah habis beli barang dan produk vico pun saya minum juga. Terasa ingin ambil lebih, tetapi rasa malu pula. Memang sedap sangat. Terbaik.
Cumanya pada kali saya sedikit kecewa kerana pek bungkusan 3 in 1 minuman vico sudah habis. Saya datang pada hari kedua. Dan rupa rupanya hari ke-2 adalah hari terakhir program jualan produk vico terus dari kilang. Yang ada tinggal produk vico yang lain lain selain dari pek bungkusan 3 in 1. Maka isteri mengambil minuman vico berasaskan “tin” dan juga produk vico yang lain lain yang kurang dikenali menurut saya.
Website Untuk Beli Produk Vico Online
- Lazada – ada produk berasaskan vico dijual di sini
- 11Street -ada produk berasaskan vico dijual di sini
- Shopee -ada produk berasaskan vico dijual di sini
Ok baiklah, adalah harga produk vico yang dijual itu murah? Jawapannya adalah YA. Cuba anda lihat pek bungkusan 3 in 1 vico di atas ini yang ada dijual di kedai atau di Lazada. Harganya dalam lingkungan RM13-RM14. Tetapi dikilang Maestro ini ianya jual separuh harga sahaja iaitu RM6 sahaja. Murah bukan? Yang lain lain pun murah. Bila sampai ke kilang ini, baru kita tahu yang produk berasaskan vico ini rupanya ada banyak.
Ada minuman vico, ada coklat vico dan bermacam lagi. Anda lihat gambar dan video di atas ini anda tahu kenapa. Saya tidak pasti samada mereka buat jualan produk vico ini setiap tahun atau tidak. Ini adalah kali ke-2 kami datang dan kami datang setelah 2 tahun dari kali yang pertama. Program jualan murah dari kilang seperti inilah yang saya suka di Penang ini. Harga murah siapa yang tidak mahu. Kali kedua ini saya sudah tahu, datang awal itu penting. Ramai yang datang dan kami tidak perlu berebut dengan ramai orang. Datang awal boleh balik cepat. Tidak perlu beratur panjang. Apa apa pun Vico terbaik.