Semasa saya mula mula ada kereta dahulu. Antara yang bermain di minda saya adalah tentang tinted kereta. Saya berpendapat ianya seperti mustahil untuk menahan haba dengan hanya sehelai keping plastik. Saya tidak faham akan bagaimana ianya berfungsi boleh menahan cahaya yang masuk dan juga berkempuan untuk menyekat haba yang masuk. Orang kata, tidak kenal maka tidak cinta, betul tidak? Oleh itu saya ke kedai “tinted film” kenderaan untuk ketahui tentang ini. Ianya pengalaman 7 tahun lalu.
Apabila sampai ke kedai yang ada menjual, memasang dan servis tinted kereta. Saya telah diperkenalkan dengan beberapa jenis tinted samada dari jenis murah kepada yang mahal, yang kurang cantik warnanya kepada yang cantik dan pelbagai pilihan. Dari yang tinggi tembus haba kepada yang sedikit tembus haba. Apabila bercakap tentang tinted kereta, saya lebih tertarik kepada teknologi kadar tembus haba.
Tujuan Guna Tinted Kereta Adalah Untuk Sekat Haba Panas Matahari
Yang membuat saya tertarik adalah bagaimana dengan helaian tipis tinted yang berkualiti, anda dapat menikmati kadar tembus haba yang sedikit. Telah dibuat demo ringkas. Telah dipasangkan lampu yang menyala. Dan tangan anda di letak dekat dengan lampu tersebut. Secara lumrah tangan kita akan terasa panas. Tetapi dengan kualiti tinted yang rendah, apabila tinted kereta diletakkan diantara lampu dengan tangan anda, terasa haba yang kena pada kulit tangan masih panas. Apabila diletakkan tinted kereta yang berkualiti, terasa panas tadi berkurangan dengan banyak. Menarik.
Apa yang saya ingin sampaikan di sini adalah. Di pasaran ada 2 jenis tinted kereta yang dikeluarkan. Satu tinted yang berfungsi hanya untuk gaya sahaja dengan warna yang pelbagai. Selalunya jenis ini berharga murah sahaja. Dan tinted kereta yang kedua pula selalunya datang dengan fungsi “potong cahaya” dan “potong haba”.
Beli Tinted Magic (Pasang Sendiri Di Rumah)
- Lazada – taipkan “Tinted Magic” untuk mencari tinted sesuai kereta anda
- Shopee – tidak begitu banyak pilihan tinted kereta di sini
Tinted Kereta Cepat Sejuk
Jika anda boleh dapatkan tinted kereta dengan jumlah “potong haba” sebanyak 70% adalah lebih baik. Bayangkan kereta anda panas kerana cahaya matahari yang terik. Dengan memakai tinted kereta yang berupaya menyekat kemasukkan panas sebanyak 50-70%, anda sebenarnya boleh menjimatkan kadar penggunaan petrol oleh aircond kereta anda kerana anda tidak perlu mengunakan aircond dengan kadar kelajuan kipas dan kadar kesejukkan yang tinggi. Ini bagus sebenarnya.
Tinted kereta juga datang dengan warna yang menarik dan pelbagai. Pendapat peribadi saya, kalau boleh elakkan menggunakan tinted kereta yang berwarna hitam. Apalah gunanya anda gunakan tinted film dengan tujuan untuk menyekat haba panas tetapi tinted kereta anda yang berwarna hitam itu sendiri bertindak sebagai penyerab haba panas. Ianya seolah olah tidak kena dengan tujuan asal. Apa apa pun ini pendapat saya sahaja. Mungkin saya silap. Kalau ada duit lebih dapatkan tinted yang lebih sedikit mahal lebih baik kerana faktor kualiti untuk mengelakkan terjadinya bebola udara “bubble” untuk tempoh pemakain tinted kereta yang lebih lama dan tahan lama.