Saya tidak pasti samada anda tahu ataupun tidak. Website Taobao adalah salah satu website yang paling popular dari China yang menawarkan barangan buatan China dari China dengan harga murah. Kalau anda berniat untuk menjalankan bisnes samada secara online ataupun offline, maka website Taobao adalah salah satu pilihan terbaik yang boleh anda cuba untuk meningkatkan keuntungan perniagaan anda. Saya akan berkongsi sedikit tips atau panduan bagaimana anda boleh buat duit dengan Taobao ini. Saya pasti anda akan menyukainya.
Tahukah anda, kebanyakkan barangan kegunaan harian rumah yang dijual di Malaysia kebanyakkan di import dari negara China. Negara China adalah negara pengeluar barangan terbesar di dunia. Mereka membuat barangan dengan kos murah dan mengeksport ke serata dunia. China kaya kerana perniagaan perkilangan dan eksport yang mereka lakukan. Jangan terkejut kalau anda ada baca berita yang website eCommerce popular China iaitu AliBaba.com berjaya memecah rekod jualan online mereka tahun lepas dengan mencatatkan sales sebanyak $17.8 billion hanya dalam SATU HARI sahaja.
Buat Duit Dengan TaoBao
Kenapa ramai beli barang dari China? Bukankah produknya tidak bermutu dan tidak berkualiti? Sebenarnya anda silap, memang banyak barang dari China kurang berkualiti. Tetapi kebanyakkan barang kegunaan harian tidak memerlukan kualiti tinggi untuk anda gunakan. Malah banyak juga barang dari China yang bagus kualitinya tetapi dijual dengan harga jauh berkali kali lebih murah. Sebab itu ramai peniaga online berminat buat duit dengan Taobao contohnya.
Saya tidak mahu menulis panjang. Saya berminat berkongsikan 2 artikel untuk anda baca dan faham kan iaitu Beli Basikal Murah dan juga artikel Beli Alatan Pancing Murah ini. Dari perkongsian 2 artikel ini anda akan lihat harga barangan jikalau anda beli terus dari China adalah lebih murah. Sebab itulah saya berminat untuk menulis artikel tentang bagaimana buat duit dengan Taobao ini untuk memberikan kesedaran kepada anda jika anda serius mahu menjalankan bisnes online suatu hari nanti.
Senarai Website Alternatif Taobao Terbaik
- TaoBao Lazada – dapatkan produk murah dari Taobao dari Lazada Malaysia (Malaysia)
- Ezbuy – beli barang China dari website Malaysia dengan mudah dengan harga RM (Malaysia)
- Kumoten – ada sangat banyak produk untuk dropship dalam harga RM (Malaysia)
- Alibaba – website china paling popular dan paling besar. Kena beli secara pukal banyak
- Aliexpress – website kedua popular selepas Alibaba. Boleh beli dalam kuantiti sederhana
- DealExtreme – menjual pelbagai gadget yang murah
- Everbuying – menjual barangan elektrik yang murah
- Chinabuye – menjual banyak gadget unik menarik pada harga sangat rendah
- Dinodirect – menawarkan pelbagai barangan dari China
- Geekbuying – syurga bagi peminat gadget
- GearBest – menjual barangan elektronik yang berkualiti dan sedikit mahal
Memang saya berkongsikan dengan anda akan panduan bagaimana buat duit dengan Taobao ini. Tetapi website eCommerce merchant China bukan ada satu. Ada berpuluh puluh website yang boleh anda lawat dan bandingkan harganya. Untuk buat duit dengan Taobao sangat mudah. Anda beli barang di website China seperti Taobao contohnya, dan kemudian anda jual kembali di Malaysia. Anda boleh buka kedai fizikal sebenar atau buka kedai maya online. Terpulang kepada anda. Kalau anda mempunyai bajet sederhana besar, anda boleh buka kedai bisnes yang menjual barangan keperluan rumah. Ramai yang mahu beli bukan? Anda suka dengan artikel ini? Sila like dan share. Terima kasih.