Rasanya semua orang yang mempunyai rumah untuk di sewa tahu bagaimana hendak sewakan rumah mereka secara online di internet. Tetapi apakah cara yang paling terbaik dan tepat jika anda mahu sewakan rumah atau bilik rumah anda kepada para pelancong? Ingat! Pelancong yang kebanyakkan menggunakan “bahasa english” majoritinya tidak menggunakan website tempatan untuk mereka mencari bilik yang di sewakan di Malaysia kita ini. Jadi apakah ada cara iklankan bilik yang betul kepada pelancong? Ya Ada!
Anda mungkin sewakan bilik atau rumah anda menggunakan website seperti iBilik, iProperty dan juga laman Mudah.my. Kita orang Malaysia kita tahu akan website ini. Bagi para pelancong, mereka mungkin tidak tahu. Jadi jika anda mahu sewakan bilik rumah anda, anda harus menggunakan medium yang betul untuk pasarkan kekosongan bilik rumah anda. Dan di artikel ini akan saya beritahu dan kongsikan dengan anda akan laman website popular yang selalu digunakan oleh pelancong.
Cara Iklankan Bilik Di Internet Untuk Tourist
Tahukah anda, kebanyakkan pelancong memang akan menempah bilik hotel ketika mereka melancong. Tetapi kini, sudah ramai pelancong yang mahukan kelainan. Mereka berminat untuk menyewa rumah seperti homestay dan juga menyewa bilik. Ini kerana pelancong sebegini selalunya hendak merasakan suasana keadaan yang berlainan seperti budaya di sesuatu tempat di negara yang mereka kunjung itu. Jadi pelancong jenis sebegini lebih berminat untuk menyewa bilik di mana mana kawasan rumah yang berdekatan dengan tempat yang mereka ingin lawati tanpa menempah hotel.
Jadi, kalau anda ada rumah dan berhajat untuk buat duit dengan bisnes rumah tamu sebegini, anda kena tahu cara iklankan bilik yang betul. Untuk pengetahuan anda, ada satu website yang sangat popular yang digunakan oleh pelancong apabila ingin mencari rumah atau bilik di negara yang mereka bakal kunjung. Dengan mengiklankan bilik dan rumah sewa anda di laman website ini, kebarangkalian untuk rumah anda di jumpai dan dipilih oleh para pelancong adalah tinggi. Jadi anda boleh buat duit dengan mudah.
Laman web tersebut adalah Website AirBnB. Website ini popular di kalangan pelancong. Anda daftar sekarang dan upload semua maklumat termasuk gambar rumah anda dan juga bilik. Sila pastikan gambar adalah berkualiti dan jelas, rumah dan bilik berkeadaan bersih dan jelaskan juga akan kelebihan rumah sewa anda seperti berdekatan dengan lokasi apa. Kalau boleh, sediakan motor adalah inisiatif yang menarik buat pelancong bagi mereka bergerak dengan mudah di kawasan dekat seperti untuk ke kedai. Ini hanya cadangan sahaja. Anda boleh lawat laman ini. Jika berminat, mari daftar sekarang dengan klik banner di bawah ini. Selamat berbisnes.