Saya jarang makan kek tetapi memang minat dengan kek. Seperti yang semua tahu pembuatan kek memang menggunakan gula yang tinggi. Jadi memakan kek secara kerap memang tidak baik bagi berat badan. Mudah jemu dan mudah “mual”. Tetapi ada satu kek ini memang saya terus jatuh hati apabila pertama kali merasainya. Kepada anda yang suka menggunakan media sosial pasti perasan akan ada perkongsian resepi resepi baru yang kadang kala menjadi “viral”. Kek apa itu? Anda pernah makan kek keju? Pernah tahu cara membuat cheese cake? Sila ajarkan saya.. 🙂
Sudah selalu sangat adik saya sendiri memberitahu yang kek keju ini sedap. Saya sendiri belum berkesempatan untuk menikmatinya. Dan alhamdulillah, semasa ke rumah rakan, saya di jamu dengan kek cheese dan itulah pertama kali saya merasainya. Memang sedap. Terasa sejuk, lembut, gebu, manis manis sedang dan sebagainya. Kesederhanaan “rasa” itu membuat saya tertawan. Walaupun saya lelaki, ada juga saya terfikir hendak membuat cheese cake ini sendiri kalau saya ada peralatan dan bahan.
Panduan Resepi Membuat Cheese Cake Lengkap
Di sebabkan kesedapan kek cheese ini yang kadang kala di sebut sebagai kek cheese meleleh. Saya melihat ada ramai perniaga online terutamanya online business women yang menjual kek keju ini. Saya tidak suka yang jenis “meleleh”. Saya lebih suka kan cheese cake yang kurang keju namun kelembutan dan kegebuan (moist) nya memikat rasa. Kalau anda ingin menjual kek keju, saya merasakan ianya boleh terjual dengan mudah kerana ianya salah satu kek yang fenomena masa kini. Mari belajar cara membuat cheese cake jom!
Di sini saya mahu perkenalkan anda akan panduan dalam bentuk cd video yang merakamkan cara cara membuat cheese cake langkah demi langkah. Dengan kata lain, anda tidak perlu pun untuk belajar sehingga ke kelas untuk membuat kek keju ini. Dengan panduan ini, anda boleh belajar secara sendiri dari rumah. Yang penting panduan ini LENGKAP dan sangat membantu, maka tiada alasan anda tidak akan pandai atau tidak berjaya tanpa guru. Fahamkan yang panduan ini dalam bentuk video.
Kenapa perlu dapatkan panduan membuat cheese cake ini? Jawapan yang saya boleh beri adalah anda tidak lagi perlu ke kelas, panduan ini juga adalah dari guru yang berpengalaman mengajar dan membuat kek. Jadi anda tetap belajar dari pakar juga meskipun dengan berpandukan video rakaman. Mudah bukan? Kalau berminat dapatkan teknik membuat cheese cake ini dengan betul, anda hanya perlu klik sahaja banner di bawah ini dan ikuti langkah pembelian yang telah dijelaskan. Selamat membuat cheese cake moist yang sedap..