Zaman sekarang ramai yang buat duit di YouTube. Video yang dihasilkan mestilah cantik. Guna smartphone pun sudah boleh hasilkan kualiti video yang cukup baik. TETAPI, ianya sangat kurang sesuai kalau anda ingin merakam babak babak yang memerlukan banyak pergerakkan dan aksi. Sebab itulah kamera aksi (action camera) dicipta. Ianya untuk tujuan merakam rakaman dalam babak yang banyak pergerakkan. Ini sangat membantu ketika merakam. Dan pada kali ini saya ingin berkongsikan dengan anda akan kelebihan kamera aksi dari “GoPro Hero 7 Black Edition” yang sudah ada dijual di Malaysia.
GoPro Hero 7 di datangkan dengan 3 versi iaitu Black, Silver dan juga White. Ianya bukan sekadar warna sahaja ya. Ada perbezaan ketara dari segi spesifikasi. Yang edisi Black adalah yang paling tinggi, Silver adalah edisi sederhana dan White adalah edisi paling biasa. Dan harganya pun berbeza. Di pasaran, GoPro Hero 7 Black berharga RM1800, Silver berharga RM1600 dan White pula berharga RM1200 yang termasuk sekali dengan aksesori. Kalau beli action camera tanpa aksesori bagi saya tidak berbaloi. Aksesori itulah yang akan memudahkan penggunaan nanti.
Unboxing GoPro Hero 7 Black Edition Malaysia
Nanti ada yang akan tanya, kenapa kamera aksi berbaloi untuk dimiliki kalau smartphone sudah mempunyai kamera yang baik? Jawapannya ya dan betul. Seperti yang saya jelaskan di atas tadi. Ianya lebih kepada keadaan anda ingin merakam babak tersebut. Action camera sangat sesuai untuk aktiviti yang melibatkan aksi. Contoh mudah begini, katakan hobi anda adalah bermain basikal (cycling) di hutan dengan rakan rakan. Dan anda ingin merakam pengalaman tersebut bersama rakan. Anda rasa yang mana lebih senang digunakan? Smartphone atau action camera? Anda hendak kayuh basikal sambil pegang atau letak smartphone di basikal anda? Sudah tentu tidak sesuai bukan?
Kelebihan GoPro Hero 7 Black Edition Vs GoPro Hero 6 Black Edition
- HyperSmooth – rakaman video yang sangat lembut tanpa gegaran
- 8X Slo-Mo – boleh merakam banyak gerak perlahan sebanyak 8 kali lebih perlahan
- Live Streaming – fungsi terbaru yang baru ada di dalam siri GoPro adalah kebolehan untuk “live”
Sedangkan kamera aksi seperti GoPro Hero 7 misalnya memang didatangkan sekali dengan aksesori yang saya memang sarankan anda dapatkannya sekali untuk memudahkan anda. Kalau naik basikal, ada aksesori GoPro, maka anda boleh melekatkan kamera GoPro tersebut di kepala, dada, lengan dan juga di basikal anda. Bukankah ini memudahkan?
Website Untuk Beli Action Camera Online
- Lazada – kedai online official GoPro di Lazada Malaysia
- Shopee – anda boleh cari pelbagai brand action camera di sini
Malah kehebatan GoPro Hero 7 ini pula di datangkan sekali dengan sistem penstabil yang kita sebut sebagai “stabilization”. Saya tidak pasti samada anda tahu atau tidak tentang stabilization ini. Anda tonton sahaja video di YouTube rakaman video antara ketika stabilization ON dan OFF. Ada beza rakaman. Dan anda sendiri akan melihat kepentingan ketika anda merakam video dalam keadaan bergerak sewaktu penstabil dihidupkan dan dimatikan. Yang menariknya dengan GoPro Hero 7 Black Edition ini adalah, ketika stabilization dihidupkan, rakaman video menjadi sangat stabil berbanding model terdahulu.
Di artikel ini bukanlah bertujuan untuk melakukan perbandingan atau review lebih detail berkenaan GoPro Hero 7 Black Edition ini. Ianya adalah review ringkas berkenaan fungsi kamera aksi (action camera) dari model GoPro Hero 7 yang sudahpun masuk Malaysia. Kalau tanya saya secara peribadi adakah berbaloi kalau anda bertukar dari GoPro Hero 6 kepada GoPro Hero 7 ini? Jawapannya berbaloi “kalau” anda mahukan rakaman yang super duper lembut dan sangat sangat tidak nampak gegaran kerana GoPro Hero 7 di datangkan dengan fungsi “HyperSmooth”. Kalau anda rasakan sistem stabilization dari GoPro Gero 6 sudah memadai, maka tidak ada keperluan untuk beralih kepada versi model yang terbaharu ini. Bye.