Semalam saya berjanji dengan seseorang untuk berjogging di cheruk tok kun di bukit mertajam pulau pinang. Maklumlah sudah begitu lama tidak bersenam diri sejak kawasan jogging di Mengkuang Dam ditutup bagi projek pembesaran logi empangan air khas untuk simpanan air Pulau Pinang. Sudah agak lama tidak bersenam. Dan sudah tentu kawasan hutan lipur di cherok tok kun menjadi pilihan. Dan hari ini adalah hari pertama kali setelah sekian lama tidak beriadah. Lama bukan!
Bagaimana saya tahu dengan kawasan istirehat cherok tok kun ini? Sebenarnya cheruk tokun ini pernah rakan sekerja saya yang berbangsa india ceritakan pada saya. Beliau yang aktif dalam sukan marathon ini memang selalu menjadikan trek cheruk tokun ini sebagai kawasan latihan beliau bagi membina kecergasan diri sebelum menyertai mana mana aktiviti larian marathon. Dan sejak dari itu memang terfikir hendak pergi tetapi tidak tahu bila.
Bersenam Di Cherok Tok Kun
Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan untuk ke cherok tok kun hutan lipur ini. Kalau di Mengkuang Dam, kawasannya lebih kepada kawasan untuk beriadah dan memang sangat sesuai untuk berjogging, dan untuk cheruk tokun ini pula kawasannya lebih kepada jogging dan juga aktiviti keluarga seperti mandi manda kerana terdapat air terjun. Nama pun hutan lipur bukan. Pada yang pernah ke sana, apa pendapat anda.
Pada pandangan saya, kepada yang berminat untuk berjogging dan memilih cheruk tok kun sebagai tempat pertama kali anda, saya nasihatkan anda untuk tidak memaksa diri anda untuk berjogging dengan teruk. Ini kerana laluan jogging di cherok tok kun adalah dari jenis bukit dan tiada kawasan mendatar. Dengan kata lain kebanyakkan orang tidak berjogging melainkan berjalan kaki mendaki bukit. Kalau anda sukakan cabaran mendaki (climbing) sebegini, cheruk tok kun memang untuk anda.
Sebelum saya terlupa, buat penggemar yang sukakan aktiviti berbasikal, laluan berbukit curam di cheruk tok kun adalah sesuai buat anda yang sukakan cabaran lasak untuk menguji kekuatan kaki anda untuk mendaki bukit dengan basikal anda. Agak ramai cycling yang mendaki bukit di cherok tok kun ini. Apa apa pun saya sukakan kawasan riadah hutan lipur di cheruk tok kun ini kerana ianya salah satu tempat riadah sihat yang bagus untuk orang di kawasan bukit mertajam dan kawasan hutan tidak begitu panas meskipun pada waktu tengah hari. Kepada yang belum pernah pergi bolehlah mencuba. Selamat bersenam.
2 Comments
dah lama saya tak buat aktiviti riadah seperti berjongging ni..hehe..entah bila nak bersukan lepas dah khawin ni.. 🙂
amboi jogging dgn seseorg??
seronok jogging ni..bila keluarkan peluh rasa badan pun makin sihat n segar..
ciktom pn dh lama xjogging..biasa exercise dalam rumah je..lg senang…hihi