Ramai yang tidak tahu cara untuk mencari duit secara online. Jika anda tidak suka buat duit melalui blog. Maka saluran terbaik bagi anda untuk dapat duit adalah dengan berniaga barang secara online. Masalah timbul apabila anda tidak tahu hendak jual apa betul? Anda tiada produk sendiri. Jadi apa yang perlu anda lakukan? Sebenarnya dalam dunia internet sekarang, anda tidak perlu ada produk sendiri pun untuk buat duit. Anda sebenarnya boleh buat duit online dengan hanya menjual produk orang lain. Mudah bukan?
Anda cari sahaja produk yang anda rasa anda boleh tolong jualkan. Anda lakukan promosi dan dapatkan komisen dengan cara “mark-up” harga. Dan proses ini kita namakan ianya sebagai program dropship. Ramai yang berjaya buat duit dengan hanya menjual produk orang lain. Katakan satu produk anda ambil untung RM15. Kalau sehari anda berjaya membuat jualan sebanyak 10 produk, maka anda dengan senang sahaja berjaya membuat komisen sebanyak RM150. Macam mana? Menarik?
Jana Income Dengan Menjual Produk Orang Lain
Tetapi kata kata tidak semudah apa yang bakal anda lalui. Ada orang senang menjual, mudah menjual. Tetapi mungkin tidak anda? Malah mungkin anda tergolong dalam kalangan peniaga yang stress kerana jualan produk anda tidak ada siapa yang beli. Tetapi jangan rendahkan moral dan semangat anda dengan cerita cerita yang menjatuhkan niat anda itu. Yang penting anda perlu cuba dahulu. Selagi anda belum cuba menjual produk orang lain, jangan katakan anda gagal buat duit. Cuba dahulu ok.
Bagaimana untuk melakukan promosi menjual produk orang lain? Dalam kes ini, saya nasihatkan anda untuk melakukan 3 hal iaitu;
Facebook Page – Sila bina kedai online anda di Facebook Page. Cantikkan banner dan header anda dengan gambar produk yang anda bakal promosi. Kalau ada lebih bajet, sila gunakan Facebook Ads untuk tingkatkan like page anda. Lebih banyak like maka lebih banyak peluang produk anda terjual. Sila buat carian di internet tentang bagaimana menggunakan FB ads.
Instagram – Sila daftar dan buka akaun Instagram. Kalau anda masih tidak tahu cara berniaga di Instagram. Saya nasihatkan anda untuk mendapatkan Panduan Bisnes Instagram ini untuk anda belajar cara betul untuk melariskan jualan anda.
Whatsapp – Saya harap anda ada whatsapp. Sila masukkan maklumat untuk dihubungi iaitu no whatsapps anda di Facebook Page dan Instagram anda untuk pelanggan hubungi anda.
Di bawah ini pula adalah contoh produk yang boleh anda cuba untuk promosikan dan buat duit dengan menjual produk orang lain;
- [ Kumoten ] – Website lubuk dropship terbesar di Malaysia. Ada banyak produk di sini
- [ Tudung2u ] – Sebuah gedung tudung terbesar di Malaysia. Kena hantar email untuk join
- [ SweetMuslimah ] – Anda boleh jual tudung dan pakaian muslimah untuk buat duit
Apa yang saya perkenalkan di atas adalah contoh sahaja. Anda boleh membuat carian di internet untuk mendapat banyak lagi peluang dropship yang boleh anda sertai ini. Inilah dia model jana income dengan menjual produk orang lain melalui internet ini. Ramai yang sudah cuba dan ramai yang telah berjaya. Samada anda juga berjaya atau tidak yang penting anda kena cuba dahulu baru tahu. Saya doakan anda berjaya. Selamat mencuba.