Salam kepada pembaca. Pertama sekali sebelum saya berkongsikan tips cara dan bagaimana untuk membeli kereta terpakai atau second hand. Perlu saya ingatkan yang penulisan saya ini hanyalah perkongsian pendapat saya sahaja. Dan bukannya perkongsian ilmiah dari mana mana pakar. Harap anda maklum. Anda mahu beli kereta terpakai? Kenapa? Dan sebab apa? Tetapi anda bimbang jika kereta second hand yang anda beli itu mempunyai masalah dan tidak bagus? Saya akan kongsikan pandangan saya dalam hal ini.
Sebelum saya bercerita lanjut, saya ingin beritahu yang saya sudah berpengalaman membeli 3 biji kereta iaitu sebuah Proton Saga Lama terpakai, Proton Saga BLM terpakai dan sebuah Perodua Viva yang baharu. Jadi saya ada pengalaman membeli kereta baru dan juga second hand terpakai. Apakah terdapat beza? Bagi saya perbezaan yang paling ketara adalah berkenaan perasaan duduk dalam kereta yang baru dan kereta yang lama. Itu adalah yang paling ketara. Tetapi itu bukan masalah besar.
Apa Perlu Dilihat Ketika Membeli Kereta Second Hand Terpakai
Sesetengah orang memilih membeli kereta terpakai kerana faktor harga. Mereka mempunyai bajet untuk mendapatkan bayaran bulanan yang rendah dan mahu buat pinjaman loan kereta untuk tempoh tertentu atau singkat. Maka sebagai contoh, hanya mahukan kereta di bawah RM25K sahaja. Jadi pilihan terbaik adalah mendapatkan kereta terpakai yang bagus dan tahan lama dan sparepart berharga murah dan mudah didapati. Di bawah ini saya berikan beberapa panduan utnuk membeli kereta terpakai.
Survey – Sila lakukan survey di internet terlebih dahulu untuk anda mendapatkan gambaran berapakah harga kereta tersebut mengikut tahun tahun. Dan kemudian barulah anda melawat kedai kereta terpakai untuk melihat lebih lanjut dan tidak ditipu pemilik kedai kereta dengan harga lebih mahal. Website cadangan saya adalah anda membuat survey kereta terpakai di Website Mudah.my
Bayaran bulanan – Sebelum hendak beli kereta terpakai. Anda pasti sudah mempunyai target berapakah jumlah pinjaman yang anda mahukan. Adakah bayaran bulanan tersebut anda mampu dan setuju. Pastikan ianya berbaloi dan anda tidak tertekan untuk bayaran loan kereta anda
Tempoh pinjaman loan – Kalau boleh, untuk kereta second hand ini anda buat tempoh pinjaman untuk tempoh paling pendek yang anda boleh dan mampu. Kereta sudah berumur. Anda mahu buat pinjaman tempoh lama, berapa pula umur kereta anda itu setelah anda selesai bayar kereta. Takut sudah rosak sebelum hutang habis bayar. Itu kita tidak mahu
Pilihan manual atau auto – Dalam kes ini, sila lihat sejarah kereta tersebut. Buat kajian terutamanya model kereta auto. Buat kajian di internet samada model auto kereta tersebut mempunyai masalah dengan gear auto atau tidak. Sesetengah model untuk keluaran tahun tahun tertentu memang ada masalah gear auto yang mudah cepat rosak
Pilihan berdasarkan jenama – Untuk pasaran Malaysia, kereta terpakai yang boleh dikira mampu milik dan sesuai dipakai adalah Proton, Perodua, Toyota, Honda dan juga Nissan. Kereta yang paling ramai orang pakai adalah yang paling sesuai untuk dibeli
Mahukan sedan atau compact – Ikut pilihan anda. Kalau saya, saya sukakan sedan berbanding compact.
Jimat minyak – Dalam hal berkaitan dengan penjimatan minyak, kereta kereta lama mungkin ada masalah. Tetapi kereta terpakai yang lebih terkini lebih baik penggunaan minyak kerana semakin terkini kereta memang dibuat lebih jimat minyak
Masalah kenderaan – Sebenarnya semua kereta ada masalah. Kalau boleh, anda dapatkan kereta yang kurang bermasalah dengan memastikan MODEL (bukan jenama) mempunyai sejarah kepuasan pelanggan yang baik.
Jarak perjalanan KM – Kalau boleh untuk kereta terpakai, anda dapatkan kereta yang sudah digunakan di atas jalan raya tidak melebihi 100KM perjalanan
Umur kereta – Yang ini berkaitan dengan loan pinjaman kenderaan anda. Berapakah umur kereta terpakai yang anda mahu beli itu dan berapa lama tempoh pinjaman yang ingin anda lakukan. Nasihat saya, sila pastikan setelah loan kereta anda habis, umur kereta masih tidak lebih dari 10 tahun.
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta terpakai dan submit dokumen untuk loan bank
Ada orang kata pakai kereta proton tidak bagus. Saya sendiri adalah pengguna kereta proton saga lama terpakai dan juga proton saga blm terpakai. Dan umur kereta tersebut sudah 8 tahun dan sehingga kini tiada masalah major yang berlaku. Jarak perjalanan juga sudah 140,000 KM. Rasanya tidak perlu kita skeptikal dengan sesebuah jenama. Selagi cara anda guna adalah baik dan jaga “servis” dengan mengikut jadual, semua kereta boleh tahan lama. Jika anda mahukan kereta terpakai anda tahan lama, sila dapatkan ebook dengan klik link di bawah ini untuk mendapatkan tips dan panduan menjaga kereta dengan betul. Selamat membeli kereta.