Semasa hujung bulan ogos 2015 dan ketika semua orang sibuk melihat samada gaji sudah masuk atau belum. Saya juga begitu. Tetapi ada yang aneh iaitu duit yang saya terima pada penghujung bulan ogos sepertinya “terlebih” dari biasa. Bila buat kiraan, rasanya tidak mungkin berlaku salah kira. Tetapi memang dapat lebih dari bulan bulan biasa. Saya memang sudah dapat mengajak yang bulan 7 akan berlaku kenaikkan gaji. Cuma tidak tahu bila. Untuk pengetahuan anda, saya bekerja dalam sektor swasta.
Dan semalam saya mengambil slip gaji. Apabila membuka dan melihat slip gaji saya tersenyum. Tekaan saya tepat. Memang betul ada kenaikkan gaji tahun ini tetapi ada sedikit lebih dari biasa. Untuk pengetahuan anda, tempat saya bekerja hanya memberikan kenaikkan gaji sebanyak 5% maksimum. Jadi majikan (bos) akan beri kenaikkan gaji dari 0-5%. Prestasi baik dapat 5% dan yang lain anda faham faham sahajalah.
Dapat Kenaikkan Pangkat Dalam Pekerjaan
Namun yang peliknya, kiraan peratus kenaikkan gaji bukan mengikut maksima 5%. Saya dapat lebih dari 5%. Dan semalam petang bos ada memanggil saya. Sudah dapat agak yang bos akan memberikan surat rasmi akan kenaikkan gaji tersebut. Saya pun buka surat tersebut dan dalam kandungan surat tersebut ada memberi tahu yang status saya telah berubah. Ianya bukan hanya tentang kenaikkan gaji tetapi juga tentang kenaikkan pangkat. Sebab itulah peratus kenaikkan diberikan lebih dari 5%. Syukur.
Mudah cerita, saya sebelum ini berpangkat Technical Specialist telah dinaikkan menjadi Senior Technical Specialist. Nampaknya seiring dengan kenaikkan pangkat dan gaji, sudah tentu peranan dan tanggungjawab kerja pun meningkat. Dan sudah tentu, saya perlu menunjuk contoh yang baik kepada pekerja yang junior. Terima kasih buat majikan (bos) yang memberikan kenaikkan pangkat ini.
Sebenarnya apa yang saya idamkan bukanlah kenaikan pangkat tetapi lebih kepada kenaikkan gaji (basic salary). Memang dalam dunia pekerjaan sektor swasta banyak bergantung kepada kerja lebih masa (OT). Namun sejarah membuktikan ekonomi selalu naik dan turun. Suasana pekerjaan sektor swasta akan berlaku naik dan turun juga. Jika ekonomi buruk, sudah pasti kerja lebih masa menjadi sikit atau tiada. Dan pada ketika itu apa yang kita sebagai pekerja harapkan? Sudah tentu kita harapkan gaji asas kita mampu memberikan kita keselesaan untuk mampu membayar bil hutang dan menyara keluarga. Alhamdulillah. Bagaimana dengan anda?