Close Menu
  • Home
  • About Me
  • Contact Me
  • Privacy Policy
MyRujukan
  • Home
Button
  • Home
  • About Me
  • Contact Me
  • Privacy Policy
MyRujukan
Home»Tempat Menarik»Perlancongan»Bawa Family Ke Pertunjukan Burung Bird Show
Perlancongan

Bawa Family Ke Pertunjukan Burung Bird Show

adminBy admin21/12/2022No Comments4 Mins Read
Facebook Twitter LinkedIn WhatsApp Telegram Email

Sejak beli dan duduk di rumah baru di Pulau Pinang ni, memang ayah dan emak belum lagi sempat ke sini. Jadi bila emak dan ayah datang, terfikir pula hendak bawa mereka ke mana. Maka saya pun terfikirlah tempat tempat menarik yang boleh dibawa. Di Kluang Johor memang tidak ada taman burung pun. Jadi terfikirlah hendak bawa emak dan adik ke Taman Burung Penang sambil boleh tengok tengok pertunjukan burung yang biasanya bermula pada pukul 11.30 tengah hari. Menarik tak? Memang menariklah.

Saya sebenarnya sudah bertahun tinggal di Pulau Pinang sejak zaman belajar di universiti lagi. Tetapi memang tidak pernah terfikir hendak ke taman burung. Seperti tiada daya tarikkan yang perlu dan sebab untuk saya ke sana. Maklumlah, penampilan hadapan taman burung penang pun nampak biasa biasa sahaja. Tetapi selepas saya berkenalan dengan isteri dan sempat ke sana ketika zaman bercinta dahulu, baru tahu yang taman burung penang pun memang menarik untuk dilawati. Boleh cakap ianya sesuai dan berbaloi untuk seisi keluarga.

Taman burung Penang bird park
Taman burung Penang bird park

Pertunjukan Burung Di Penang Bird Park

Jadi apa itu pertunjukkan burung? Sebenarnya saya pun tidak tahu adanya aktiviti yang bernama “pertunjukan burung” di Taman Burung Pulau Pinang ini. Ketika itu dan kebetulan pertunjukkan sedang diadakan, maka saya tonton sahaja. Bila pertama kali tengok aktiviti bird show seperti itu terus rasa ianya menarik. Dengan kata lain, ada daya tarikkan lah kepada sesiapa yang berhajat ke Penang Bird Park ini. Tetapi kalau hendak lihat pertunjukkan burung ini, kena datang dan hadir pada waktu yang ditetapkan lah.

Spesis burung yang ada di Taman Burung Pulau Pinang
Spesis burung yang ada di Taman Burung Pulau Pinang

Ketika emak dan adik bercuti ke Penang, maka destinasi pertama yang saya pilih adalah bawa mereka ke Taman Burung Pulau Pinang. Dan memang niat awal saya adalah untuk memberikan satu pengalaman yang unik dan menarik di sana iaitu pertunjukan burung (bird show). Alhamdulillah, kebetulan ketika kami sampai ke sana, pertunjukkan burung akan diadakan 1 jam selepas itu. Jadi bolehlah kami pusing pusing dan sempat untuk melihat pelbagai jenis burung yang ada di taman burung Penang tersebut.

Selepas habis melihat pelbagai jenis spesis burung di situ, kami sampai ke tempat pertunjukan burung di adakan. Memang tepat tepat masa. Selepas 5 minit kami berehat, pertunjukan burung pun mula diadakan. 

Sebenarnya pertunjukan burung adalah event yang memang di adakan di Taman Burung Penang setiap hari ketika hari dibuka. Pertunjukkan ini adalah salah satu daya tarikkan yang ada. Kalau tempat lain anda datang ke taman burung hanya semata mata untuk melihat spesis burung yang ada sahaja. Di Penang Bird Park ini anda boleh lihat pertunjukkan Bird Show yang diadakan setiap hari. Memang terbaiklah.

Pertunjukan burung bird show di Pulau Pinang
Pertunjukan burung bird show di Pulau Pinang

Persediaan Percutian Ke Pulau Pinang

  • PenangBirdPark – website rasmi tentang Taman Burung Pulau Pinang
  • Lokasi Google Maps – lokasi alamat berdasarkan Google maps
  • Agoda – cari hotel di sini
  • Homestay – cari homestay di sini

Acara pertunjukan burung yang dilakukan adalah untuk memberi tahu sedikit sebanyak tentang Taman Burung Pulau Pinang dan beberapa jenis burung yang diancam kepupusan termasuk burung burung yang boleh mendengar dan mengikut arahan. Sebenarnya aktiviti sebegini walaupun nampak menarik, paling tidak kita akan mendapat sedikit info yang perlu kita ketahui ketika kita melihat flora dan fauna. Saya pasti kanak kanak pun pasti akan berasa teruja. Satu aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga.

Berapa harga tiket untuk ke Taman Burung Penang ini? Ketika artikel ini ditulis (15/12/2022), harga tiket bagi dewasa adalah RM38, warga emas RM29 dan kanak kanak RM15. Waktu operasi adalah dari 9 pagi – 6 petang. Secara peribadi, saya lebih suka kalau anda pergi ketika waktu adanya show pertunjukan burung dan juga pada waktu yang kurang panas. Maklumlah cuaca Malaysia yang panas. Kalau jalan jalan tempat seperti ini memang terasa panas dan berpeluh. Bawa 1 botol kecil air mineral pun ok. Saya berikan skor 8/10 untuk pengalaman berjalan di sini. BYE.

Penang Bird Show pertunjukan burung pertunjukan burung Penang pertunjukan burung Pulau Pinang Pulau Pinang Bird Show
admin
  • Website
  • Facebook
  • X (Twitter)

Blog MyRujukan Dot Com ini adalah sebuah blog ke-2 selepas blog (wanwidget.com). Penulisan saya kini memberi tumpuan sepenuhnya 100% di MyRujukan.com sahaja. Blog ini berkongsi tentang rujukan, panduan, kerjaya, cara buat duit melalui blog dan juga bisnes online. Banyak juga tips berblogging yang saya kongsikan di sini. Pengalaman berblogging hampir 5 tahun. Sila email segala pertanyaan di "moham29577@yahoo.com". Sekian

Related Posts

Bawa Anak Ke Entopia Penang Butterfly Farm

31/07/2022

Penang Boutique Aquarium The Top Penang

17/07/2022

Pengalaman Melancong Ke Pulau Orang Utan Island

27/01/2022

2 Hari 1 Malam Di Bayu Lestari Island Resort

13/11/2021

Promosi Tiket Percutian Malaysia Yang Murah

27/09/2021

Kolam Mandi Murah Kanak Kanak Di Pulau Pinang

15/04/2021
Add A Comment

Leave A Reply Cancel Reply

Don't Miss

Cara Withdraw Duit Tiktok Shop

26/11/2023

Ada orang tanya susah ke tidak untuk buat duit di Tiktok? Jawapannya adalah 100% mudah…

Ringkasan Apa Itu Bitcoin

21/11/2023

Buat Duit Dengan Involve Asia

20/11/2023

Sistem Auto Trade Gold Malaysia

19/11/2023
Stay In Touch
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
  • Telegram
  • WhatsApp
About Us
About Us

We're accepting new partnerships right now.

Email Us: moham29577@yahoo.com
Contact: +60174836797

New Comments
  • admin on Penang Smart Parking Untuk Parking Berbayar Pulau Pinang
  • A NAZERI on Penang Smart Parking Untuk Parking Berbayar Pulau Pinang
  • anas on Homestay Aqil Penang Luas Dan Selesa
  • Haikal on Kos Upah Tukang Paip Plumbing Mahal Atau Murah
Facebook X (Twitter) Instagram Pinterest
© 2023 ThemeSphere. Designed by ThemeSphere.

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

Ad Blocker Enabled!
Ad Blocker Enabled!
Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please support us by disabling your Ad Blocker.