Salam kepada pembaca. Adakah anda sedang berkira kira hendak menyertai dengan membuat pelaburan dalam skim program tertentu? Tetapi berasa ragu ragu samada ianya betul ataupun tidak. Tahukah anda yang pihak Bank Negara Malaysia memang senantiasa mengemaskini (update) akan senarai website pelaburan tidak sah Malaysia untuk anda berjaga jaga supaya tidak terkena dan rugi akan pelaburan tersebut. Tahukah anda, pihak yang diberikan lesen dan hak untuk mengutip, mengambil dan menyimpan wang anda dipihak mereka adalah hanya pihak institusi kewangan sahaja iaitu BANK dan pelaburan diiktiraf. Selain dari perbankan, memang tidak boleh pun “mereka” mengambil wang anda sesuka hati.
Mari saya ringkaskan supaya anda jelas dan mudah faham. Apabila anda melabur dalam institusi pelaburan yang sah, maka wang pelaburan anda itu paling tidak terjamin dalam undang undang negara. Apa berlakupun anda tahu siapa mereka, di mana wang anda dilaburkan, mudah untuk mendapat balik modal, mudah dicairkan (cash) tunai dan sebagainya. Mudah cerita anda mudah untuk tahu hendak buat apa. Tetapi kalau anda sertai program pelaburan tidak sah Malaysia seperti skim piramid, skim MLM, yang ada pairing kiri kanan dan sebagainya, walau wang anda hangus, anda sendiri tidak tahu hendak tuntut modal anda dari siapa dan bagaimana. Leader leader atas anda pun buat tidak tahu. Ini adalah kisah benar.
Program Dan Skim Pelaburan Tidak Sah Malaysia
Ini nasihat anda. Sebagai panduan dan rujukan anda supaya selamat ditipu untuk masuk ke skim pelaburan tidak sah Malaysia. Bagaimana? Ini caranya. Yang pertama sekali sila bertanya soalan ini kepada diri adan dan pihak yang menganjurkan program pelaburan tersebut. Adakah mereka jalankan apa apa bisnes perniagaan yang sah? Maksudnya ada bisnes jual beli barang atau tidak. Atau ada buat pelaburan sah di mana mana atau tidak. Kalau ada, maka baguslah. Namun belum tentu ianya sah. Kalau TIADA sila elakkan terus. Kalau tiada bisnes, bagaimana mereka boleh dan mampu untuk membayar keuntungan kepada anda? Kalaupun mereka mampu, itu tidak bermakna mereka betul. Kebanyakkan membayar anda dari wang masuk pendaftaran dari ahli baru. Wang itulah yang diguna untuk membayar anda. Itu scam namanya.
Biasanya pelaburan yang tidak sah ini akan menggunakan ciri ciri seperti menyediakan pakej pakej pelaburan. Contohnya macam USD100, USD200, USD500, USD1000 dan sebagainya. Mereka akan tawarkan keuntungan seperti bonus pairing dari pendaftaran ahli baru yang masuk di bawah anda samada kiri dan kanan. Kononnya ada komisen keuntungan berbentuk pasif dan aktif. Sekali saya ingatkan, kalau mereka berjaya membayar anda, itu tidak bermakna yang skim pelaburan tersebut adalah sah dan tidak menipu. Semua skim pelaburan tidak sah Malaysia pun memang membayar ahli mereka pada awalnya. Dan selepas seketika, kemasukkan ahli berkurang, wang berkurang, ada ramai peserta yang mahu untung yang perlu diberi, namun syarikat tidak mampu, maka ketika itulah skim pelaburan tidak sah ini akan runtuh, tutup program dan lari.
Cuba anda fikir logik sebenar. Anda berniaga karipap. Kos buat karipap adalah 20sen. Anda jual karipa dengan harga 50sen setiap satu. Maka anda dapat untung 30sen setiap satu betul? Lepas itu anda ada pekerja, dan anda mahu bayar gaji pekerja anda itu 10sen setiap karipap yang terjual. Anda rasa anda boleh bayar atau tidak pekerja anda itu? Sudah tentu boleh! Sebabnya, anda dapat untung 30sen setiap karipap dan anda hanya bayar 10sen setiap karipap kepada pekerja anda. Maka anda memang bukan scam dan mampu bayar.
TETAPI, kebanyakkan program scam ini, mereka biasanya tiada bisnes yang jelas. Tidak tahu bagaimana mereka buat untung. Tidak tahu bagaimana mereka dapat untung. Alih alih mereka boleh janjikan keuntungan kepada anda setiap hari atau setiap bulan atau mengikut pakej yang anda ambil itu. Bukankah ini pelik namanya? Hendak tahu bagaimana mereka boleh membayar anda? Majoritinya membayar ahli peserta dengan cara menggunakan wang dari pendaftaran dan pelaburan ahli baru. Ini adalah MONEY GAME. Tidak sah. Dan adalah jelas scam. Bila kemasukkan ahli baru berkurang, syarikat akan kekurangan duit, dan ketika itu tidak mampu untuk membayar untung kepada ahli lama yang sudah ramai. Program akan tutup. Anda rugi.
Panduan Alert Dan Update Program Tidak Sah Malaysia
- BNM Watchlist Alert – website rasmi dari Bank Negara Malaysia sendiri yang aktif menyenaraikan mana mana program atau website yang menjalankan pelaburan yang tidak sah dan tidak diiktiraf Malaysia sebagai panduan dan langkah berjaga jaga untuk elak rugi dan ditipu
- Ustaz Lariba – Facebook page seorang Ustaz yang terkenal membongkar program atau skim pelaburan haram yang ada unsur riba dan sebagainya untuk panduan dan peringatan bersama
Ramai yang berfikir begini, aku masuk awal, aku untung. Sempat buat untung. Yang masuk lambat rugi dan tidak sempat dapat balik modal. Saya pun pening dengan anda. Bukankah kebanyakkan dari anda adalah melayu dan juga Islam? Bukankah ini HARAM namanya? Anda dapat duit, selepas itu kasi dan beri makan pada anak bini. Tidakkah anda rasa bersalah? Di Malaysia ini ada banyak sahaja program pelaburan sah dengan dividen tinggi. Mahu atau tidak mahu sahaja. Cumanya ramai dari mangsa yang ditipu kerana hendak cepat kaya dan tersalah pilih jalan dengan menyertai skim cepat kaya.
Di atas ini saya kongsikan panduan dan rujukan anda untuk anda menerima update terkini berkenaan program pelaburan tidak sah yang wujud di Malaysia ini sebagai langkah berjaga jaga. Jangan risau, biasanya Bank Negara Malaysia (BNM) sendiri akan mengemaskini akan senarai pelaburan tidak sah Malaysia yang ada di Malaysia sebagai panduan kita bersama. Mana mana program yang tidak diiktiraf atau tidak sah dan menerima maklumat dan aduan orang awam, BNM memang akan terus membuat siasatan dan melakukan kemas kini senarai tersebut untuk panduan orang awam. Di harap tulisan kecil ini dapat membantu anda mengelak dari terjebak membuat pelaburan dalam skim program yang tidak sah dan berpotensi untuk rugi besar. Bye.