Antara yang sering saya dapat dari blogger baru adalah tentang bagaimana cara untuk meningkatkan trafik blog. Saya selalu mendapat soalan sebegini. Ianya sukar hendak dijelaskan dengan perkataan yang ringkas. Jadi pada kali ini saya harap pembaca terutamanya blogger newbie baru akan terus faham dan jelas akan apa itu trafik dan cara meningkatkan trafik dari penjelasan yang ringkas yang boleh saya lakukan. Ini penting. Dengan jelasnya akan isu ini, maka topik tetang trafik yang masuk kedalan blog tamat dan orang lain pun boleh menolong menyampaikan kepada yang lain.
Sebelum kita pergi lebih jauh adalah baik saya bertanyakan soalan asas iaitu “APA ITU TRAFIK?”. Trafik adalah visitor atau pelawat atau pembaca yang datang dan singgah kedalam blog/website anda. Ianya boleh dijelaskan sebagai JUMLAH PEMBACA harian yang datang masuk kedalam website anda. Kita tidak mahu bercerita mengenai trafik bulanan anda, apa yang kita mahu tahu adalah tentang jumlah pelawat HARIAN yang masuk kedalam blog anda. Adalah sehari anda dapat trafik sebanyak 50, 100, 200, 300, 500 atau 1000 atau lebih 1000 sehari? berapakah jumlah trafik anda? Harap anda jelas akan makna “trafik” ini. Tamat
Pengenalan Asas Tentang Apa Itu Trafik Dan Cara Meningkatkan Trafik
Begini, trafik yang masuk kedalam blog/website anda di tahun 2014 ini dan tahun tahun berikutnya datang dari pebagai sumber. Trafik atau pembaca atau pelawat yang masuk kedalam blog/website anda mungkin datang dari engin carian Google, Facebook, Twitter, Google +, Forum, Website lain, YouTube dan sebagainya. Dan pada kali ini izinkan saya untuk bercerita mengenai cara meningkatkan trafik dari sumber engin carian Google sebagai contoh untuk memudahkan kita semua.
Bagaimana trafik datang? Trafik yang masuk adalah dari dua jenis iaitu terus menaip nama blog seperti “myrujukan.com” di Google atau menaip keyword kata kunci untuk membaca artikel yang dikehendaki hari hasil carian yang dipaparkan oleh Google. Contoh kita ingin mencari tentang kek coklat dan kita menaip perkataan Kek Coklat di Google. Dan Google pula akan memaparkan hasil seperti gambar dibawah.
Apabila pembaca atau pengguna membuat carian tetang Kek Coklat di Google sebagai contoh, maka paparan di Google adalah seperti gambar diatas. MAJORITI pembaca/pengguna akan hanya melihat hasil jawapan carian dihalaman pertama Google sahaja. Jarang untuk pengguna klik pada page ke-2 apatah lagi page ke-3 dan seterusnya. Jadi ini penting bagaimana untuk mengamalkan tips SEO Mudah untuk ranking artikel anda dipage pertama.
Penguna Google akan mungkin membaca artikel dari 1, 2, 3, 4, 5 dan seterusnya pada halaman pertama Google. Mana mana link blog dan artikel yang terpapar dihasil carian Google akan menerima pembaca sekaligus menerima TRAFIK yang masuk kedalam blog kerana ada pelawat yang singgah masuk membaca dari Google. Beginilah caranya akan bagaimana trafik atau pembaca singgah hadir kedalam blog/website anda.
Bagaimana Cara Meningkatkan Trafik?
Saya harap anda sudah nampak bagaimana trafik/pembaca itu datang masuk kedalam blog/website anda. Jadi soalan berikutnya adalah bagaimana cara untuk meningkatkan trafik yang masuk kedalan blog anda. tahukah anda trafik yang masuk kedalam blog adalah berfaktorkan artikel yang anda hasilkan dan juga keinginan pembaca untuk mencari dan membaca artikel tersebut.
Soalan saya kepada anda adalah, dari jumlah artikel yang anda ada sekarang di blog anda, berapakah artikel yang mungkin akan di cari dan dibaca oleh pelawat? Anda sendiri tahu akan kredibiliti artikel yang anda hasilkan. Adakah artikel yang anda hasilkan itu akan ada yang mencari? Kalau ada yang mencari dan membaca maka anda dapatlah trafik dari artikel tersebut, jika tidak maka tiadalah trafik. Mudah sahaja.
Jadi bagaimana Cara Meningkatkan Trafik? Tiada jawapan yang boleh memuaskan hati anda, dan mahu tau tidak mahu anda terpaksa juga perlu MEMPERBANYAKKAN ARTIKEL untuk mencerahkan peluang lebih banyak artikel anda dicari dan dibaca dan seterusnya meningkatkan lagi trafik yang masuk kedalam blog anda.
Berapakah Jumlah Artikel Yang DiPerlukan?
Saya kerap mendapat soalan sebegini bagi blogger baru yang ingin mendapatkan trafik bagi blog mereka. Soalan mereka adalah “berapa artikel yer untuk saya dapatkan trafik”. Jawapan saya adalah, tiada jawapan pasti untuk soalan begini. Trafik yang masuk ke website anda bukan kena ada beberapa artikel dan PASTI anda akan dapat trafik sebanyak itu. Ianya perkara subjektif.
Trafik yang masuk kedalam blog SANGAT BERGANTUNG kepada artikel yang anda hasilkan. Ada orang telah buat artikel sampai 500 tetapi trafik harian hanya 150-200 sahaja. Ada orang artikel baru 150 sahaja tetapi tarfik harian sudah cecah 700-800 sehari. Ini bukan pasal kena ada berapa jumlah artikel, ini adalah berkaitan antara artikel yang anda hasilkan dan juga para penguna yang mahu mencari artikel tersebut dan mahu dibaca.
Anda buatlah artikel pasal “Basikal” dan kalau tiada orang cari tentang basikal pada hari itu maka tiadalah trafik untuk anda. Dan kalau anda buat pasal “Diet Atkins” dan kebetulan pada hari itu ada 1000 orang di Malaysia sedang Google untuk mencari pasal diet atkin, maka dapatlah trafik untuk anda pada hari itu mungkin 300-900 trafik sehari. Itupun jika artikel anda terpapat di halaman pertama carian Google. Maka persoalan ini adalah subjektif
Jadi Apa Perlu Buat Untuk Tingkatkan Trafik Ke Blog?
Jawapan mudah bagi saya adalah anda perlu hasilkan artikel yang AKAN DIBACA dan DICARI oleh pembaca. Dan yang kedua pula anda perlu HASILKAN SEBANYAK MUNGKIN ARTIKEL. Anda mahukan trafik harian sebanyak 1000 sehari tetapi artikel cuma ada 50 jer. Logikkah? Anda sendiri boleh fikir.
Trafik Blog dan Adsense
Ini pun soalan yang selalu ditanya. Berapakah artikel yang perlu saya ada untuk saya dapat trafik dan buat duit dengan adsense. Jika anda baca tulisan saya diatas, saya rasa anda sendiri boleh jawab bukan. Anda kena faham nak buat duit dengan Adsense sangat bergantung kepada trafik. Lagi tinggi trafik maka lagi tinggilah earning Adsense anda.
Akhir sekali, soalan soalan seperti Berapa jumlah artikel, bagaimana Cara Meningkatkan Trafik masuk blog, Soalan apa itu trafik dan juga Bagaimana nak tingkatkan pendapatan Adsense rasanya saya sudah jelaskan secara ringkas yang boleh. Diharap selepas ini perkara ini menjadi jelas. Kalau masih kabur silakan tanya diruangan komen dibawah ini. TETAPI sila baca dahulu sebelum bertanya soalan. Selamat berblogging
14 Comments
buat masa sekarang, blog moto saje2 aku baru dalam 150 artikal, tapi traffik ok maintain dalam 3k ke atas tiap hari, target untuk income lepas ni
wow, blog bro jenis niche memang leh tarik banyak trafik, 3K tuh, wahh
aku pun tak jangka tapi dari pengalaman aku peminat permotoran ramai dan blog motor bahasa melayu kurang
betul tuh, ada potensi, cuma kena sabar sikit la
Permainan SEO memang seronok bila mengena.
ada caranya kan
betul kata bro.. yg penting kita hasilkan artikel yg akan dicari dan dibaca..
psst: bila byk trafik.. asyik exceed bandwith pulak.. dah nak kena keluar duit lagi. heee
blog bro lah, saya punya x pernah exceed, sebab ciput jer, hehe
Artikel yang sungguh menarik dan padat dengan informasi. Sangat berguna untuk pembaca lain untuk mengetahui berkaitan tip dan teknik sesebuah blog.
betul tuh.. 🙂
terima kasih di atas artikel ini.. saya berguna untuk saya sebagai blogger baru..
sama sama.. 🙂
terima kasih sekali lagi…saya memang sedang mencari ilmu2 berkaitan menambah trafik ke blog
saya harap tuan dapat apa yang tuan cari