Adakah anda salah seorang yang sedang atau berura ura mahu membuat duit secara online di eBay? Seingat saya 5 tahun lalu agak hangat dan popular juga di kalangan internet marketer yang menceburi bidang bisnes online eBay ini. Sangat ramai. Dan selepas itu ianya sepi. Sepi tidak bermaksud tidak ada orang yang buat duit dengan eBay tetapi sudah tiada lagi guru guru otai yang mahu menjalankan kelas dan seminar tentang ebay. Majoriti kini semua buat secara sendiri dan senyap senyap sahaja.
Saya rasa kalau dijalankan program seminar bisnes online eBay ini semula pasti akan ada ramai yang mahu turut serta. Perkara ini biasa. Dalam bisnes ada naik dan turun. Begitu juga dengan bisnes online. Dalam satu tahun itu popular dengan seminar ini, tahun depan pula popular dengan seminar itu. Namun bisnes tetap bisnes. Selagi eBay masih wujud hingga kini. Selagi itulah peluang untuk anda untuk menjana pendapatan dengan bisnes online eBay terbuka luas.
Panduan Menjalankan Bisnes online Ebay
Untuk menjadi peniaga online kena rajin banyak membaca. Lagi lagi jika anda terlibat dengan bisnes online eBay. Anda kena tahu terma terma dan syarat berniaga di eBay. Syaratnya sangat ketat. Tujuannya adalah untuk membina satu laman jualan yang menjual produk yang betul. berkualiti dan memberikan keyakinan kepada pembeli untuk membeli dengan yakin tanpa berlaku apa apa penipuan. Sebab itulah syarat berniaga di eBay ketat. Jadi sudah semestinya anda patut tahu tentang terma di eBay ini.
Saya tidak mahu bercerita panjang berkenaan eBay. Artikel ini adalah untuk berkongsikan dengan anda akan lubuk barang yang boleh anda dapatkan secara online. Untuk berniaga di eBay konsepnya sangat mudah. Anda cuma perlu berniaga secara online menggunakan kaedah dropship sahaja. Dapatkan barang murah dari China iaitu di TaoBao dan anda jual semula di eBay. Pastikan anda hanya menjual di eBay Amerika dan juga di eBay Australia sahaja. Ini kerana tujuan anda untuk memaksimakan keuntungan dari nilai matawang dollar USD.
Website Untuk Beli Barang Murah China
- TaoBao + Lazada– online official store TaoBao yang dibuka di Lazada Malaysia
- EzBuy – anda boleh beli barang murah China iaitu Taobao dan TMall di sini juga
- Aliexpress – ramai orang suka beli barang dari China di website ini
- Alibaba – website borong barang murah secara pukal popular dan terbesar di China
Salah satu lubuk terbaik yang anda boleh dapatkan barang terus dari China adalah di TaoBao. Saya ingin memperkenalkan anda dengan Panduan TaoBao ini dalam bentuk ebook untuk anda pelajari bagaimana untuk membeli, deal, menawar, tentang pos dan sebagainya di TaoBao. Untuk pengetahuan anda, laman TaoBao adalah laman lubuk barang china yang berkualiti berharga mudah dan terpercaya tetapi ianya dalam bahasa cina. Jadi Panduan TaoBao ini akan membimbing anda bagaimana untuk membeli barang di TaoBao ini. Klik link/banner di bawah ini jika anda mahu belajar kaedah memborong di China untuk bisnes online eBay anda. Selamat berniaga.