Walaupun saya bukanlah seorang pekerja kerajaan, tetapi saya tetap mengikuti isu semasa tentang pengambilan kerjaya kerajaan ini. Antara yang paling hangat adalah pengambilan pekerja bagi sektor awam melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Majoriti orang Malaysia sekarang hanya memohon untuk kerja bersama kerajaan melalui SPA semata mata. Sebenarnya ada jalan atau saluran lain yang boleh anda gunakan untuk memasuki perkhidmatan awam. Kali ini saya ingin kongsikan dengan anda akan cara minta kerja kerajaan tanpa melalui SPA.
Sebelum itu, suka saya peringatkan yang memohon kerja kerajaan samada melalui SPA ataupun tidak ada PRO dan KONTRA nya masing masing. Tentang perkara ini, tidak mahu saya ulas buat waktu ini. Saya hanya akan kongsikan tentang kaedah cara minta kerja kerajaan yang lain yang mungkin membantu anda untuk mendapatkan kerja dengan lebih sedikit mudah berbanding melalui SPA yang mempunyai persaingan yang sangat tinggi.
Cara Minta Kerja Kerajaan Terus Kepada Agensi Negeri
Saya tidak bermaksud anda perlu menggunakan teknik ini semata mana. Nasihat saya, sila mohon kerja kerajaan melalui SPA dan juga melalui kaedah yang akan saya kongsikan ini. Anda perlu memohon melalui kedua dua kaedah ini. Ianya bertujuan supaya peluang anda lebih cerah dan tidak hanya bergantung kepada 1 saluran semata mata. Cara minta kerja kerajaan yang saya ingin kongsikan ini adalah dengan memohon terus melalui agensi kerajaan negeri.
Apa itu agensi kerajaan negeri (jabatan kerajaan peringkat negeri). Anda pasti pernah mendengar akan nama seperti majlis daerah, perpustakaan awam, dewan bandaraya, jabatan arkib, jabatan hal ehwal Agama, jabatan perhutanan, jabatan tanah & ukur, lembaga kemajuan tanah, unit perancang ekonomi, jabatan hidupan liar, jabatan air dan sebagainya. Ini semua adalah pejabat dan jabatan di bawah kerajaan negeri. Untuk pengetahuan, anda sebenarnya boleh sahaja untuk kerja dengan jabatan yang saya berikan contoh tadi secara terus tanpa melalui SPA pun.
Jadi bagaimana cara minta kerja kerajaan seperti ini melalui jabatan agensi kerajaan negeri? Setiap jabatan kerajaan negeri ada laman website mereka tersendiri. Mereka selalunya akan mengiklankan kekosongan jawatan melalui laman website mereka. Memang banyak. Cuma anda sahaja yang tidak tahu kerana sukar untuk anda mengetahui kesemua laman website jabatan negeri. Betul bukan?
Lihat gambar pertama di atas. Itu adalah contoh akan iklan jawatan kosong terkini yang dipaparkan. Apa yang perlu anda buat adalah muat turun borang permohonan, isu maklumat anda dan hantarkan kepada alamat yang diberikan. Mudah sahaja. Tidak perlu melalui SPA pun bukan?
Masalah anda adalah anda tidak tahu apakah agensi negeri yang ada di tempat anda. Anda juga tidak tahu apakah laman website agensi kerajaan negeri. Oleh itu, pihak InfoKerjaya telah membuat satu ebook khas yang disusun di dalamnya tentang kesemua agensi kerajaan negeri seluruh Malaysia. Anda dapatkan list agensi kerajaan negeri ini, buka dan cari maklumat berkenaan agensi negeri ditempat tinggal anda. Buka laman website yang diberikan dan lihat sendiri jika ada penawaran jawatan kosong yang diiklankan. Jika ada, maka anda bolehlah terus meohon jika berminat. Kalau anda mahu dapatkannya ebook list agensi ini sila klik link di bawah ini. Selamat berjaya.