Ramai yang mencari resume kerja terbaik saban tahun. Dan setiap tahun pula, jumlah graduan yang berjaya menamatkan pendidikkan di peringkat Universiti meningkat dari tahun ke tahun. Ada yang menyambung pendidikkan dan ada pula yang membuat keputusan untuk memasuk alam pekerjaan iaitu memohon kerja samada di sektor awam mahupun disektor swasta. Tidak kira siapa anda, saya pasti anda yang mencari kerja sangat memerlukan Contoh Resume Pekerjaan untuk dibuat rujukan bukan.
Sedikit pengenalan akan diri saya. Saya adalah salah seorang graduan universiti dan telah menamatkan pendidikkan sejak hampir 6 tahun lepas. Dan kini bekerja disektor swasta. Sejak 6 tahun lepas saya telah pun berjaya mendapat penggilan untuk di interview termuduga kerja lebih dari 8 kali seingat saya. Jadi pengalaman ditemuduga kerja buat saya adalah salah satu proses yang menyebabkan saya menimba ilmu dari sana. Resume kerja saya bukanlah sehebat mana. Bagi saya ianya adalah biasa. Walaupun begitu ianya tetap membuat saya dipanggil untuk diinterview beberapa kali. Jadi Contoh Resume Pekerjaan saya tidaklah teruk mana. Setuju.
Contoh Resume Pekerjaan Yang Baik
Saya rasa adalah lebih mudah untuk mendapatkan Contoh Resume Pekerjaan ini secara terus. Maksud saya anda sebenarnya hanya perlu mendownload muat turun contoh resume kerja yang disudah siap adalah lebih mudah. Selepas itu anda hanya perlu mengedit resume berkenaan dengan maklumat diri anda sendiri. Kalau anda ingin menambah sesuatu yang lain yang tiada didalam Contoh Resume Pekerjaan tersebut dipersilakan. Mudah bukan. Saya telah melalui apa yang anda sekarang lalui iaitu pening bagaimana hendak membuat resume kerja yang bagus. Jadi saya disini ingin menolong dan memudahkan kerja anda.
Saya telah mengedarkan Contoh Resume Pekerjaan milik saya ini sejak dari 31 Julai 2013 tahun lepas lagi. Dan sejak itu hingga kini mengikut data, contoh resume kerja telah didownload sehingga 9000 kali. Wow memang banyak betul. Saya sendiri tidak menyangka begitu ramai yang mencari contoh resume kerja ini. 3 negara terbesar yang memuat turun download resume ini adalah dari Malaysia, Indonesia dan juga United States (US).
Sebelum saya terlupa, Contoh Resume Pekerjaan ini adalah sesuai bagi yang bakal memohon kerja di sektor swasta. Kepada yang bakal memohon untuk kerja dengan pihak kerajaan, saya sangat MENGGALAKKAN ANDA untuk membaca artikel “Mohon Kerja Kerajaan” ini melalui link yang diberikan untuk memberi anda maklumat tambahan akan bagaimana untuk lebih berjaya mendapat kerja dengan pihak kerajaan. Harap anda menyukainya.
Untuk tahun 2014, lebih ramai yang akan mencari kerja. Lebih ramai individu yang akan mencari Contoh Resume Pekerjaan. Saya telah siapkan buat anda. Anda hanya perlu memuat turun. Extract fail tersebut, buka dan edit dengan maklumat anda dan hantar kepada majikan. Nasihat saya, sila hantar resume kerja anda kepada majikan swasta yang anda ingin pohon melalui laman web carian kerja yang terkenal iaitu JobStreet. Selamat berjaya.
5 Comments
mudahan dengan resume yang baik ni buat tarikan awal untuk ditemuduga nanti.
kepada yang nak minta kerja benda ni dah jadi mudah, tumpu untuk ilmu cara menghadapi temuduga kerja sahaja… 🙂
saye xpandai cara nak buat resume boleh tunjuk ajr
thanks pak ci from indonesia
sama sama Ilham