Saya salah seorang yang memakai 2 kereta. Sudah tentu saya merasai kos kos servis kenderaan ini. Kereta kalau rosak, kos yang perlu anda keluarkan memang besar. Lampu panel engin menyala, sensor rosak, salah satu piston tidak bergerak, tukar wiring baru ini semua RM1500 duit hangus. Last last yang rosak hanyalah litar ECU yang tidak perlu memakan belanja walau RM500 pun. Tukar minyak hitam 5000KM, tukar penebat engin supaya minyak tidak bocor, RM250 lebur. Ini biasa bagi sesiapa yang mempunyai kenderaan. Kalau kena tipu lagi naya. Apakah ada tips servis kenderaan yang boleh kita ikuti?
Jujur cakap majoriti pengguna kenderaan kereta bukan tahu pun tentang kereta mereka. Yang mereka tahu adalah perlu menukar minyak hitam setiap 5000KM atau 10000KM. Dan juga perlu menukar minyak gear kalau memakai kereta dengan gear auto. Tiba tiba mekanik kata kena tukar minyak aircond, terus terpinga pinga sebab tidak pernah dengar dan tidak tahupun kena servis minyak dalam sistem pendingin hawa. Ini semua kerana kita tidak tahu akan basic asas asas tips servis kenderaan dari bengkel kereta yang jujur.
Ebook Tips Servis Kenderaan
Anda masuk sahaja ke group kenderaan di Facebook. Lagi lagi dalam group yang mengadu akan masalah mereka di tipu oleh bengkel kereta. Kalau anda baca pengalaman mereka, anda akan jadi takut kalau anda pun kena tipu. Anda bayar mahal untuk perlatan original, rupa rupanya barang tiruan. Pakai tidak lama sudah rosak. Lagi sedih kalau tidak dapat klaim warranty jaminan. Akhirnya baru tahu anda kena tipu tetapi anda tidak boleh buat apa apa kerana tiada bukti.
Saya bukan hendak bercerita tentang kes penipuan di bengkel kenderaan. Apa yang saya ingin sampaikan adalah tentang keperluan pemilik kenderaan supaya tahu asas tips servis kenderaan supaya anda tahu apa yang perlu anda tahu, ambil tahu dan juga kos yang mungkin akan perlu keluarkan nanti dan juga tarikh servis yang betul agar anda dapat berjimat di samping menjaga hayat kereta anda bertahan lebih lama. Anda mahu tips sebegini?
Saya perkenalkan anda dengan Ebook Jaga Kereta ini yang ditulis sendiri oleh anak kepada pemilik bengkel kenderaan. Hajat beliau mahu berkongsi tips servis kenderaan kerana mahu pemilik kereta tahu tentang kereta mereka, tahu tentang apakah simtom kepada masalah yang dihadapi, tahu apa yang perlu mereka tahu untuk menjaga kereta agar tahan lama dan juga agar tidak mudah ditipu oleh bengkel kenderaan untuk menukar ini dan itu jika belum sampai masanya. Jika anda berminat dengan ebook ini, klik banner di bawah ini sekarang juga. Selamat menjaga kereta anda.