Beberapa hari yang lepas, saya berkesempatan untuk berehat dan bersantai dengan keluarga. Kami merancang untuk bersiar siar dan mencari tempat perlancongan yang menarik dan terdekat dengan tempat tinggal kami. Ada beberapa tempat yang terfikir untuk dilawati dan akhir sekali kami membuat keputusan untuk melawat Melaka Bird Park. Sebenarnya saya langsung tidak tahu akan kewujudan taman burung ini kerana tidak pernah mendengarkannya. Entah bagaimana terjumpa akan page Melaka Bird Park ini di Facebook dan dari gambar yang disajikan membuatkan saya tertarik untuk melawat taman ini.
Jadi kami bergerak pada pukul 9 pagi. Tidak terlalu pagi kerana masa perjalanan hanya cuma 1 jam untuk sampai ke sana. Sesampai sahaja di Melaka Bird Park. Saya terkejut dengan pandangan pertama kerana dari luar ianya kelihatan seperti stadium dinegara China yang bentuknya dibuat dari rotan. Mungkin anda faham maksud saya. Ya saya suka dengan suasana dari pandangan pertama sewaktu sampai kesana. Dan ditambah pula ianya dikelilingi oleh hutan yang menyebabkan pemandangan menjadi sejuk dan nyaman.
Pendapat Peribadi Terhadap Melaka Bird Park
Untuk pengetahuan, harga tiket di Melaka Bird Park tidaklah begitu mahal menurut saya. Dewasa akan dikenakan RM20 dan kanak kanak (5 tahun kebawah) dikenakan RM15. Selepas membuat bayaran tiket dan masuk kedalam kawasan kawanan burung, sebetulnya ada sedikit rasa kecewa iaitu kawasan yang terpandang besar dari luar tidaklah begitu besar dan luas menurut saya apabila telah memasuki ruangan kawasan burung tadi dan lagi pula kawasan kawanan burung dibina berbentuk bulatan menurut saya. Anda pusing bulatan, anda telah habiskan “road tour” anda. Walaupun begitu ianya tidaklah menjadi masalah besar, cumanya saya lebih sukakan suasana yang lebih “mencabar” berbanding saya boleh melihat semua tempat dengan sekali pandang. Harap anda faham maksud saya.
Yang kedua pula adalah, bilangan burung yang ada pada waktu ini bagi saya adalah sangat sangat kurang. Tetapi kita faham, melalui maklumat di internet, pihak di Melaka Bird Park akan beransur ansur menambah bilangan burung dari masa ke masa hingga ribuan ekor. Hanya dua perkara ini yang menjadi ianya kurang menarik bagi saya setakat ini. Walaupun begitu ianya tetap bukan hal yang besar.
Website Untuk Booking Hotel/Homestay/Flight/Bas
- Agoda – anda boleh tempah/booking tiket bilik hotel di sini
- AirBnB – anda boleh tempah/booking homestay di sini
- AirPaz – anda boleh tempah/booking tiket kapal terbang di sini
- BusOnlineTicket – anda boleh tempah/booking tiket bas di sini
Saya bukan orang Melaka, apabila sampai ke melaka selepas melalui toll Ayer Keroh, saya tidak dapat menafikan yang cita cita Melaka untuk menjadi salah satu negeri utama perlancongan utama di Malaysia tidak boleh dipertikaikan lagi. Bayangkan, selepas sahaja anda melalui tol Ayer Keroh, anda terus dihidangkan dengan Melaka Bird Park, Taman Rama Rama, Zoo Melaka, Crocodile Farm dan pelbagai lagi. Signboard di Melaka pun penuh dengan tanda tempat perlancongan yang menarik yang boleh di lawati di Melaka. Anda pernah ke Melaka Bird Park? Apa pandangan anda.
Melaka Bird Park Facebook : https://www.facebook.com/pages/Melaka-Bird-Park/218550151603144
7 Comments
Dah pernah pergi semua tempat kecuali Melaka Bird Park. Baru buka rasanya. Tunggu beberapa tahun nanti mungkin banyak seperti di Kuala Lumpur.
ya sekarang masih sedikit menurut saya
Aku tak pernah lagi singah bird park nih, suka pegi zoo dia je hehe
meh la singgah bro
Baru tahu di Melaka ada Taman Burung. Nampak macam baru dibuka.
memang baru dibuka bro akubiomed