Gout merupakan sejenis penyakit yang menyerang sendi. Ia merupakan penyakit yang menyerang pesakit dengan tiba-tiba. Penyakit ini telah wujud semenjak 1800 dan kadar pesakit gout, dianggarkan satu dalam 100 orang. Serangan penyakit gout bukan sahaja menyebabkan kesakitan pada bahagian sendi, tetapi juga akan mengakibatkan pembengkakan pada anggota sendi dan rasa panas pada sendi.Ia membabitkan jari kaki yang besar dan boleh memberi kesan kepada tumit, lutut, tapak kaki, buku lali dan jari kaki. Bengkak terjadi apabila buah pinggang tidak dapat membuang asid uric yang berlebihan atau tubuh menghasilkan asid uric yang berlebihan.
Tanda-tanda serangan gout dapat dilihat pada ibu jari kaki kerana lazimnya gout akan menyerang ibu jari kaki. Ibu jari kaki akan terasa panas dan bengkak. Sakit mungkin akan berlarutan sehingga satu atau dua minggu . Penyakit ini juga mungkin akan menyerang kembali selepas berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Kebiasaannya, penyakit ini menyerang kaum lelaki. Tidak dinafikan, ia juga menyerang kaum wanita, terutamanya wanita yang sudah putus haid. Faktor kegemukan dan keturunan juga boleh mengundang penyakit ini.
Punca Penyakit Gout
Penyakit gout berpunca dari penghasilan asid uric dalam badan. Asid uric ini adalah sejenis sebatian yang mengandungi komponen karbon, nitrogen, oksigen dan hydrogen. Asid uric terbentuk secara semula jadi dalam darah sebagai pecahan produksi pelbagai jenis proses kimia. Asid uric terhasil dari pengambilan makanan yang kurang sihat seperti pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan. Pengambilan makanan dari organ dalaman haiwan seperti hati, limpa dan sebagainya turut menyumbang kepada serangan penyakit ini. Selain itu, pengambilan makanan berprotein tinggi secara berlebihan juga boleh mengundang serangan gout.
Gout juga boleh menyebabkan komplikasi kepada penyakit-penyakit lain seperti batu karang dan juga sakit jantung. Pesakit gout juga biasanya sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan yang lain seperti kegemukan, darah tinggi, hiperlipidemia dan juga diabetes. Jika pesakit berjumpa dengan doctor untuk memulihkan sakit gout ini, kebiasaanya doctor akan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain killer), mengurangkan pembengkakkan dan mengurangkan paras asid uric dalam darah.
Kesan dari pengambilan ubat ini adalah, gatal kulit, perut meragam dan juga boleh menimbulkan kesan alergi, pening dan sakit otot. Hakikatnya, ubat mengurangkan atau menghilangkan kesan sakit tidak dapat menyembuhkan penyakit ini. Ia hanya dapat mengurangkan pengeluaran asid uric dalam dari tubuh.
Ubat pain killer ini boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, dan apabila buah pinggang semakin rosak, potensi untuk buah pinggang menyingkirkan asid urik dari tubuh amat tipis.
Solusi terbaik untuk mengurangkan dan merawat penyakit ini adalah pengawalan pemakanan secara semula jadi. Pesakit perlu mengurangkan pengambilan sumber makanan dari organ dalaman haiwan, makanan yang mengandungi rasa asin yang berlebihan, jeruk, elakkan makanan segera seperti dalam tin.
Selain daripada itu, pesakit juga perlu amalkan pemakanan yang sihat, seperti minum air suam dengan banyak. Mengamalkan pengambilan ulam-ulaman, makanan-makanan yang pahit, minum susu, dan juga memperbanyakkan pengambilan sayur-sayuran.
7 Comments
memang seksa kalau kena gout ni…info yg berguna.
bro pernah kena ker
Ramai yang mengidap sakit gout ni, agak lambat/payah nak berubat sampai betul-betul sembuh.
betul tuh denaihati
sakit gout nih datang dari keturunan pun ada jugak.. tapi disebabkan pemakanan jugakla
betul kata bro
ini yang orang zaman dulu-dulu katakan penyakit orang kaya, kerana orang yang biasanya dapat penyakit ini banyak makan makanan high purine seperti seafood, daging merah – jenis makanan mewah.