Anda sedang mencari cari kerja di kilang di Pulau Pinang? Baru lepasan graduan pusat pendidikan tinggi? Dan salah satu syarikat kilang yang anda temui adalah Venture Electronics? Dan anda ingin tahu samada kilang ini bagus atau tidak dari segi environment kerja, kelebihan, waktu shift bekerja dan sebagainya. Mudah cerita anda hendak tahu pengalaman orang lain yang sudah dan pernah bekerja di Venture Pulau Pinang ini. Dan YA, saya salah seorang pekerja kilang ini dan saya akan berkongsi sedikit cerita kepada anda.
Sebelum saya pergi lebih jauh, saya ingin membuat penjelasan ringkas supaya anda tidak terkeliru. Sebenarnya saya adalah pekerja di kilang Keysight Technologies yang dahulunya di sebut sebagai Agilent Technologies. Dan ketika kegawatan ekonomi berlaku pada tahun 2008/2009, department saya telah dijual dan kemudian di beli oleh syarikat Venture Electronics. Dengan kata lain, saya sekarang adalah pekerja kepada Venture Electronics tetapi bekerja di Keysight Technologies dan bukannya berada di Kilang Venture. Harap anda jelas.
Kelebihan Dan Pengalaman Kerja Di Venture Electronics Pulau Pinang
Di sebabkan saya masih terus bekerja di Keysight, maka corak bekerja tetap mengikut format masa kerja Keysight. Cumanya saya adalah pekerja kepada majikan Venture. Harap anda tidak keliru. Pekerja kilang Venture di syarikat Venture bekerja dengan shift 4 hari bekerja dan 3 hari cuti. Sedangkan saya bekerja mengikut shift pattern Keysight iaitu setiap minggu berbeza iaitu 4 hari bekerja dan 3 hari cuti dan munggu depannya pula 3 hari bekerja dan 4 hari cuti dan berulang semula. Harap anda jelas.
Jadi ada perbezaan “sedikit” akan corak waktu berkerja shift jika anda bekerja di Venture sebenar dan bekerja di Keysight. Baiklah, saya ingin menceritakan sedikit kelebihan bekerja di bawah syarikat Venture. Kerja di Venture adalah 12 jam. Ada shift malam dan pagi. Anda akan mendapat elaun kerja malam dan elaun kerja pagi. Elaun kerja malam lebih tinggi sedikit dari elaun kerja pagi. Di bawah ini saya kongsikan ringkasan manfaat dan kelebihan bekerja di Venture Electronics Penang iaitu;
- Mempunyai 2 shift iaitu malam dan pagi
- Perlu bekerja 12 jam sehari
- Hari OT hanya dibuat ketika hari cuti
- Kalau 4 hari bekerja, dan 3 hari cuti. Maka 3 hari ini adalah hari anda buat OT
- Setiap tahun akan ada review kenaikkan gaji. Paling tinggi 5% setahun
- Setahun bekerja akan ada bonus iaitu 1 bulan gaji
- Setiap tahun, kalau kilang membuat untung akan ada “profit sharing” iaitu 0.7 untuk juruteknik
- Akan ada majlis makan makan penghargaan 5 tahun dan 10 tahun bekerja. Dan anda akan mendapat “hadiah”
Itulah dia serba sedikit kelebihan bekerja di Venture Penang. Saya baru sahaja menyertai majlis penghargaan telah bekerja lebih dari 5 tahun di Venture yang dibuat di Hotel Lexis di Teluk Kumbar Pulau Pinang minggu lepas. Dapat jugalah hadiah yang boleh saya katakan berbaloi. Dapat makan makan dan kenal kawan. Itulah dia sedikit sebanyak perkongsian pengalaman saya sebagai pekerja venture.
12 Comments
hoho..
aku ingat hang kerja dari rumah je.
saya berminat bro.. ada keja kosong tak hehe.. terutama 4 hari keja 3 hari cuti ni, 3 hari cuti tu boleh tumpu blogging hehe
Meh whatsapp saya, bro tinggal di Penang ka
Ass.kum….Saya tinggal kt penang …ada kerja kosong tak….
Ayu ada sijil apa ya. Dan Ayu belajar dalam bidang apa
Insyaallah ada Ayu, sila apply melalui jobstreet
Ada kja kosong lg x kilang n..Kja 4/3 sma mcm sya kja di klg fairchild dlu
Salam..mohon pertolongan untuk mendapatkan peluang pekerjaan..
kalau di Penang, bro boleh minta tolong agensi cari kerja seperti Manpower dan Lifework atau Hikmah
Salam encik , boleh saya tahu venture electronic ni ade ambik student praktikal tak ?kalau ade mcm mane saya nak mohon ye saya ada call no kilang ni tapi xberangkat .
Saya pekerja Venture puan, tetapi saya tidak bekerja di kilang venture betul betul, saya kerja di Agilent/Keysight tetapi sebagai pekerja venture. jadi saya x pasti venture ada ambil student praktikal atau tidak
Salam..masih ada kosong lg ka..sy berminat dgn keja ni..