Salam kepada pembaca, pada kali ini saya ingin kongsikan dengan anda akan resepi masakkan yang saya rasakan sangat ringkas untuk dicuba iaitu resepi ikan talapia goreng berlada. Mudah sahaja. Ada 2 bahagian yang anda kena lihat iaitu proses menggoreng ikan talapia dan proses membuat sambal untuk disalut kepada ikan nanti. Itu sahaja. Menggoreng ikan bukanya susah bukan? Kalau hendak menggoreng ikan pun tidak pandai, saya tidak tahu untuk kata apa kepada anda, hehhee.
Untuk maklumat anda, resepi ikan talapia goreng ini dikongsikan oleh seseorang suri rumah kepada saya. Dan anda juga boleh berkongsi resepi anda kepada saya melalui email atau whatsapp. Yang saya mahukan adalah resepi tersebut mesti original dari anda sendiri dan minima 2 gambar. Saya hanya perlukan resepi dan juga gambar untuk saya kongsikan di blog ini untuk tatapan pengguna internet yang suka memasak dan mencari resepi secara online.
Resepi Talapia Goreng Berlada
Di atas ini adalah gambar sebenar ikan talapia goreng berlada. Saya sendiri yang menerima resepi ini terliur dengan gambar yang diberikan. Nampak sangat yang ikan talapia tersebut digoreng rangup dan sedap dan juga sambal berlada yang menghiasi ikan tersebut. Memang betul lah kalau ianya sangat sesuai di makan dengan nasi yang masih panas dan juga sedikit ulam buat perasa. Bagi pecinta makanan, makanan seringkas ini pun sudah memadai untuk masakan tengah hari anda bukan? Jom ikuti resepi ini di bawah.
Bahan Bahan Asas
- 4 ekor ikan talapia disiang dan dibersihkan
- Gaulkan dengan garam dan kunyit
- Goreng sehingga garing
Bahan Untuk Sambal
- 10 tangkai cili padi hijau
- 1 biji bawang besar
- 1 ulas bawang putih
- Semua ditumbuk lumat (jangan gunakan blender)
Cara Cara Memasak
- Tumiskan bahan sambal yang ditumbuk lumat tadi hingga garing.
- Masukkan serbuk perasa seperti Maggie Cukup Rasa
- Setelah selesai, tuangkan di atas ikan talapia yang telah digoreng
- Siap.
Kalau anda lihat resepi ikan talapia goreng berlada ini, anda akan nampak ianya sangat ringkas dan mudah. Ikan talapia yang sedikit besar apabila digoreng memang rasanya sedap lagi lagi dengan kelembutan daging dan terasa sedikit rangup akibat digoreng. Memang sedap untuk di makan dengan nasi putih yang panas dan sedikit ulam. Kepada anda yang memang suka makan ikan talapia, silakan lah untuk mencuba resepi ini. Atau anda berminat dengan menu ikan talapia masak cili api? Selamat mencuba.