Sebagai orang yang lahir di negeri Johor, antara menu makanan kesukaan saya adalah Mee Bandung. Entah kenapa, sejak kecil sampailah sekarang memang suka makan mee bandung. Ini kerana, mee kuning itu sendiri adalah makanan kegemaran saya. Jadi tidak hairan kalau mee bandung pun saya akan suka. Cumanya bila bercakap tentang mee bandung dari daerah Johor mana yang paling sedap, sudah tentulah pilihan yang paling popular adalah mee bandung muar. Saya selaku orang Johor pun tidak tahu kenapa mee bandung dari muar menjadi pilihan.
Saya teringat ketika pertama kali ke Pulau Pinang. Antara menu makanan yang saya mahukan ketika itu adalah mee bandung lah. Bila pesan mee bandung, saya agak terkejut dengan kelainan kuahnya. Rasa tetap ada tetapi kuahnya dari jenis cair. Jujur cakap saya ingat kedai makan tersebut salah buat atau itu resepi dan cara masak mee bandung dari kedai tersebut. Saya cuba pesan dan makan mee bandung dari 4 kedai berbeza di Pulau Pinang. Dan barulah saya sedar yang cara buat dan penyediaan mee bandung di Pulau Pinang adalah berbeza dengan mee bandung dari negeri Johor. Ada sedikit kekecewaan ketika itu.
Mencari Mee Bandung Muar
Jujur cakap, itulah kali terakhir saya memesan dan makan mee bandung di Pulau Pinang. Bukan tidak sedap. Sedap tetap sedap. Cuma saya lebih mahukan kuah mee bandung yang sama seperti di Johor. Tahukah anda, kuah mee bandung dari negeri Johor adalah dari jenis pekat, sedikit berkacang dan ada sedikit rasa udang kering. Sedangkan kuah mee bandung dari negeri utara seperti di Penang ini adalah dari jenis cair dan tidak ada kacang. Kacang yang di maksudkan adalah kacang tanah. Seperti kuah satay tetapi bukanlah sama 100%. Ianya tetap rasa kuah mee bandung cuma ada dicampurkan sedikit dengan kacang tanah dan kuahnya sedikit pekat.
Jadi bila kerajaan membuka semula sempadan negeri dan dibenarkan merentas negeri untuk balik kampung, jadi memang saya tidak lepaskan peluang untuk merasai mee bandung di Johor. Jadi kena pergi ke kedai mee bandung muar kerana ianya popular dan viral. Bagi saya, mana mana kedai makan di Johor yang ada menjual mee bandung pun lebih kurang sama sahaja. Cumanya sesekali cuba untuk merasai sendiri tempat kedai mee bandung yang menjadi pilihan orang ramai ketika bercuti. Anda hendak tahu saya makan di mana?
Memang hasrat saya pun untuk ke Muar Johor ketika cuti balik kampung untuk merasai sendiri rasa mee bandung dari Muar. Sebab saya sendiri selaku orang Johor tidak pernah pun merasai mee bandung dari Muar. Saya tidaklah ralat kerana secara asasnya mee bandung dari negeri Johor adalah hampir sama. Cuma mungkin mee bandung muar lebih popular dan mungkin lebih sedap kerana faktor viral.
Beli Perencah Mee Bandung Online
- Shopee – boleh cari dan beli pek perencah mee bandung di sini
- Lazada – boleh cari dan beli pek perencah mee bandung di sini
Anda pasti kecewa membaca perkongsian artikel ini termasuk diri saya sendiri. Ini kerana cuti sepanjang 7 hari di Johor masih belum cukup masa untuk saya berkesempatan ke Muar untuk menikmati rasa mee bandung dari sana. Namun dalam masa 7 hari di Kluang Johor, sudah sebanyak 3 kedai makan berbeza saya sempat pergi untuk merasai mee bandung ala Johor. Terubat sedikitlah rasa mengidam saya dengan mee bandung muar walaupun masih tidak menepati piawai rasa mee bandung yang sedap yang saya inginkan. Boleh lah. Saya berikan skor 6.8/10 untuk rasa mee bandung di Kluang Johor.
Rasanya sudah sampai masa untuk saya sendiri belajar cara membuat mee bandung dari resepi mee bandung Johor ini di rumah. Kalau hendak lebih murah, beli sahaja pek perencah asli mee bandung muar secara online. Anda klik sahaja link di atas ini dan buat carian berkenaan mee bandung. Pasti akan ada pek perencah mee bandung muar yang dijual. Anda beli dan ikuti resepi cara memasak yang disediakan. Paling tidak terubatlah sedikit perasaan hati mahu makan mee bandung dari Muar Johor. BYE!!!.