Banyak betul menu menu baru sejak akhir akhir ini. Mungkin menu ini sudah biasa bagi sesetengah orang dan mungkin ianya perkara baru iaitu dah lama dengar tetapi baru pertama kali mencubanya. Dengan bantuan medan social networking, ramai yang ingin mencuba pelbagai resepi baru dan ditambah lagi dengan banyaknya gambar gambar yang mampu membuat siapa sahaja untuk mencari, membeli, mencuba, merasa atau membuatnya sendiri dengan tangan. Sesuatu menu itu sangat cepat popular pada masa kini akibat dari proses “sharing” yang dilakukan dilaman mana seperti resepi Resepi Koktail Buah Buahan.
Kalau sebelum ini ramai yang ingin mencuba macaron, lepas tu kek pavlova, kendian durian crepe dan bermacam macam lagi lagi lagi dengan pendedahan makanan barat yang cuba dikomersialkan dengan selera tempatan sejak akhir akhir ini seperti spagetthi bolognese dan lain lain. Pertama kali saya kenal akan “Koktail Buah Buahan” ini ialah semasa dikampung. Mendengarkan perkataan “koktail” pertama kali memberikan kesan negatif terhadap makna koktail itu sendiri. Setelah faham, barulah tahu yang koktail itu hanyalah bermaksud “capuran” dan Koktail Buah Buahan tidak lain tidak bukan hanyalah sebuah minuman campuran berasaskan buah buahan. Jangan risau, ianya adalah halal dan sedap.
Resepi Koktail Buah Buahan
Maaf, saya terlupa untuk menangkap gambar segala bahan bahan yang diperlukan didalam membuat Koktail Buah Buahan yang sedap ini. Hanya gambar setelah siap sahaja yang saya sempat ambil untuk dijadikan tatapan buat pembaca. Walaupun begitu, Resepi Koktail Buah Buahan tetap akan saya berikan untuk dicuba oleh pembaca blog ini untuk dibuat dan dinikmati bersama rakan, keluarga mahupun sanak saudara.
Bahan Bahan Untuk Membuat Koktail Buah Buahan :
1 tin Koktail Buah Buahan (menu 5-6 person), 1 tin susu cair F&N, 2 bungkus sumi (untuk mencantikkan hidangan koktail anda, boleh juga digantikkan dengan puding sumi berperisa mangga), 1 botol nata de coco dan gula
Cara Penyediaan Koktail Buah Buahan :
Sediakan satu mangkuk besar untuk hidangan kepada 5-6 orang, masukkan sedikit air untuk mencairkan 3 sudu kecil gula, kemudian masukkan susu cair, masukkan potongan kuib atau pelbagai cara mengikut pilihan (sumi & puding), masukkan 1 tin Koktail Buah Buahan, seterusnya masukkan 1 botol nata de coco, gaulkan kesemua bahan-bahan tadi. Akhir sekali masukkan beberapa kiub ais batu untuk menaikkan rasa dan aroma koktail anda
Puding Koktail Buah Buahan juga dipanggil sebagai minuman Koktail Buah Buahan segar yang sedap dan menyelerakan. Kepada yang pertama kali merasakan pasti tidak dapat tidak menafikan yang minuman air koktail buah buahan ini sangat sedap dan menyegarkan untuk dinikmati. Saya sendiri apabila melihat resepi Koktail Buah Buahan ini, saya dapati cara penyedian ini sangat sangatlah mudah dan mudah pula didapati akan bahan bahannya dipasaran. Selamat mencuba dan selamat menikmati.
5 Comments
koktail memang sedap macam-macam rasa ada, manis dan masam. bagi yang tak minum susu memang rugi lah…tak dapat rasa ni.
betul tuh bro Denai, x minum susu rugilah, sedap dan segar tuhh
Wow. Great.. Thank you 4 shared this recipe.. I will do later.. Thanks ya.. Hope your English up
terima kasih sama sama