Saya rasa ramai yang pernah makan Roti Sosej Roll Cheese ini bukan. Mungkin anda tidak pernah mendengar akan namanya, tetapi jika lihat gambar pasti tahu. Ala gulungan roti yang digoreng yang di dalamnya terdapat hotdog ataupun sosej. Kadang kadang disertakan sekali dengan mayonis ataupun chesee. Pernah makan bukan? Dan pada kali ini saya ingin berkongsikan resepi Roti Sosej Roll Cheese ini buat anda sebagai pembaca blog ini.
Secara jujur, saya tidak pernah dan berpengalaman membuat Roti Sosej Roll Cheese ini. Yang pernah saya sendiri cuba adalah “Roti Berinti Sardin” yang digoreng dengan tepung. Sebenarnya banyak juga resepi yang datang dari roti ini. Tidak sangka yang roti juga boleh di pelbagaikan. Yang paling saya terkejut, roti juga boleh dijadikan “biskut”. Tidak percaya, cuba baca artikel biskut jejari coklat nestum ini. Ianya juga dari roti yang dijadikan biskut.
Resepi Roti Sosej Roll Cheese Rangup Sedap
Secara umumnya, menu Roti Sosej Roll Cheese ini sangat sesuai dibuat juadah makanan panas di waktu petang. Kanak kanak pasti sukakan makanan gorengan yang rangup dan sedap. Saya pasti yang dewasa pun pasti sukakannya. Kepada yang berniaga, juadah Sosej Roll Cheese ini memang sesuai untuk dibuat jual. Saya tengok ramai peniaga sarapan pagi yang menjualnya. Anda boleh mencubanya. Jom ikuti akan cara pembuatannya.
Bahan Bahan Roti Sosej Roll Cheese
- Roti Kosong
- Sosej
- Slide Cheese
- Telur
- Serbuk Roti
Cara Membuat Roti Sosej Roll Cheese
Goreng sosej separuh masak. Ambil sekeping roti. Tidak perlu buang tepi. Letak satu keping cheese dan sebatang sosej. Kemudian gulung. Kalau tidak mahu roti itu terbuka, sila gengam roti itu sekejap. Sesudah itu sila pecahkan telur, letak garam dan serbuk sulah sedikit. Kemudian pukul menggunakan garpu sehingga sebati. Masukkan roti tadi dan golek golek bagi rata telur itu. Sesudah itu golekkan pula didalam serbuk roti bagi rata pada roti yang di salut telur tadi.
Panaskan minyak. Goreng sekejap sahaja. Jangan goreng sampai hitam..hehe. Selepas itu sila angkat dan toskan kejap. Jangan terlalu lama goreng nanti dikuatiri minyak serap pada roti dan tidak sedap untuk di makan..Sesudah sejuk sedikit boleh lah dimakan dengan sos.. Siap.
Kata kata pemberi resepi – masok mulut perrgghh! lembutnye..tapi ranggup..sedap tidak terkata.. Selamat mencuba.. ** dah cuba mai tag gambar tu..hehehe.. **
Bagaimana dengan resepi Roti Sosej Roll Cheese ini? Mudah untuk dilakukan? Mahu mencuba sekarang. Saya sangat suka jika anda boleh membuatnya dan kirimkan gambarnya kepada saya untuk saya pos kan gambar anda di dalam blog ini buat tatapan pembaca. Sekian pada kali ini. Selamat mencuba.
4 Comments
Goreng pakai minyak betul-betul panas. Goreng kilas…goreng sekejap sahaja.
sedap dan terbaikk
puteri suka juga buat roti sosej roll cheese ni..selalunya buat bila ada roti lebih kat rumah…bila dah jadi sosej roll memang cepat habis 🙂
kompem cepat habis la, sebab sedap dan rangupkan.. 🙂