Sebenarnya kalau mahu untuk disebutkan antara tokoh tokoh atau individu otai yang berjaya buat duit secara online memang ramai. Apakah Rahsia Kejayaan Perniagaan Internet yang mereka gunakan. Ramai yang ingin tahu. Selalunya untuk menimba ilmu seperti ilmu perniagaan internet tidak lain tidak bukan adalah melalui pembacaan dan juga menyertai program seminar yang dijalankan. Program menuntut ilmu melalui seminar memang sangat terbaik. Ini memberi peluang kepada invididu yang berminat tentang perniagaan online untuk belajar dan bertanya langsung kepada usahawan internet ini. Memang terbaik.
Kalau anda perasan, kepada yang selalu ada mengikuti program buat duit online ini, ada satu kaedah baru yang dilakukan dan ini lebih menarik untuk mempromosi produk secara online iaitu melalui webinar. Saya sendiri telah dua kali (seingat saya) menyertai webinar berbayar program luar negara untuk mengikuti program perniagaan internet mereka. Saya ada belajar sesuatu dari sana. Yang penting adalah ilmu yang didapatkan walaupun terpaksa keluar wang yang agak mahal. Terpulang kepada individu itu sendiri.
Video Rahsia Kejayaan Perniagaan Internet Online
Kini di Malaysia, ada usahawan internet yang sudi berkongsi Rahsia Kejayaan Perniagaan Internet mereka iaitu Rahman Basri. Saya secara jujur tidak pernah mengikuti program beliau ataupun membaca apa apa artikel berkenaan beliau TETAPI saya tahu beliau salah seorang internet marketer (IM) yang terkenal dan pakar pemasaran email yang berjaya di Malaysia. Tengok gambar pun sudah tahu siapa beliau akibat kerap kali terlihat imej beliau di media social yang berkenaan bisnes online.
Pihak Bukhari Ryo ada membuat rakaman video pendek temu bual beliau dengan Brother Rahman Basri untuk mengorek serba sedikit akan Rahsia Kejayaan Perniagaan Internet dari beliau. Kepada yang berminat hendak tahu sedikit sebanyak tentang ilmu perniagaan internet dan apakah tips tips yang boleh dilakukan untuk berjaya buat duit online dari dunia perniagaan internet bolehlah menonton video dibawah ini. Kepada yang ingin meningkatkan jualan produk mereka secara online sangat digalakkan untuk menonton.
Video Part 1
http://www.youtube.com/watch?v=Ukts4eetpH0#t=864
Video Part 2
http://www.youtube.com/watch?v=1yqSnRogJMs#t=11
Video Part 3
http://www.youtube.com/watch?v=h74x2TgfGXE
Saya hanya berikan 3 video sahaja untuk dipertontonkan kepada anda. Kepada yang mahu untuk terus menonton video Rahsia Kejayaan Perniagaan Internet ini bolehlah berbuat demikian mendaftar melalui link dibawah. Dan selepas itu anda boleh menonton kesemua video yang ada disana untuk menambah ilmu anda tentang bagaimana untuk buat duit secara online dari tips tips rahsia yang bakal didedahkan didalam video ini. Jangan tunggu lagi. Daftar sekarang juga. Selamat maju jaya semua…
Daftar di Sini – >>> Video Perniagaan Internet Terkini <<<
.
10 Comments
nak berjaya usaha kena ada ilmu..jgn main hentam je
betul tuh, ilmu tu yang penting
rahman basri muda orangnya… pakai kopiah.. power beb.. huhu
tu la yg uniknya beliau ini
Menda ni leh buat kita bertambah semangat dalam mengejar kejayaan dalam hidup..hehe
jom jom sertai
takkan 3 je ehhh? kasi la sikit lagi. 😀 Apa-apa pun kawe masih lagi cuma nak faham kan 3 video tu, Banyak ketinggalan, so susah nak paham.
kalau gua rajin gua kasi tambah video lagi, hehhe
Memang seorang yang hebat..telah berjaya dan kini berkongsi kejayaan dengan orang lain untuk sama-sama berjaya..
itu yang kita mahukan