Seminggu lepas saya balik ke kampung isteri di Besut Terengganu sempena raya haji. Dan alang alang balik ke Besut, isteri saya bercadang mahu ke Rantau Panjang Kelantan untuk melawat dan membeli belah barang murah di sana. Beliau mahu beli kuali tefal katanya. Oleh kerana saya dan isteri belum pernah sampai ke sana, saya bersetuju dengan ajakan isteri. Dari apa yang saya tahu dari isteri saya, Rantau Panjang adalah berada dalam kawasan negeri Kelantan. Dan ianya adalah tempat zon bebas cukai. Dengan kata lain, kalau anda mahu beli barang dengan harga murah, memang ini adalah salah satu tempat yang patut kita pergi. Itu kata isteri sayalah.
Mengikut kata isteri saya, emak beliau baru sahaja pergi ke Rantau Panjang ini. Dan emak beliau telah membeli periuk kuali jenama Tefal dengan harga murah iaitu berharga RM50 sahaja. Oleh kerana isteri saya pun berminat hendak beli peralatan masak memasak ini, beliau juga mahu membeli periuk kuali tefal untuk digunakan di rumah. Sebagai suami, oleh kerana isteri “mahu memasak”, saya temankan sahaja beliau dan keinginan beliau. Nanti kuali tefal itupun beliau gunakan untuk memasak makanan untuk kita juga.
Pengalaman Menggoreng Telur Menggunakan Periuk Kuali Tefal
Apabila sampai di Rantau Panjang Kelantan. Pandang pertama saya terhadap tempat dan kawasan ini agak negatif. Saya memang sangat sukakan perkataan “ZON BEBAS CUKAI”. Yang saya mahukan dari perkataan zon bebas cukai adalah tempatnya mesti bersih, cantik, tarikan pelancong samada luar atau dalam dan harga yang ditawarkan sememangnya lebih murah. Itu apa yang saya fikir. Namun apa yang saya fikirkan itu agak sedikit meleset. Sedikit kecewa. Bukan tidak murah, memang ada murah cumanya keadaan persekitaran yang kurang menarik dan kurang sesuai dengan maksud zon bebas cukai tersebut.
Saya pusing pusing juga dan terus ke kedai yang menjual pinggan mangkuk dan terus isteri mencari dan melihat pelbagai produk berasaskan jenama TEFAL yang anda di kedai tersebut. Harga yang ditawarkan memang berharga “ratusan ringgit” iaitu RM125. Dan selepas diberikan diskaun kerana promosi harganya menjadi RM75 sahaja. Sebenarnya saya agak skeptikal dengan harga tersebut. Apakah ianya memang diberikan diskaun kepada pelanggan yang mahu membeli periuk kuali tefal di kawasan zon bebas cukai Rantau Panjang ini atau sememangnya harganya juga begitu kalau di kedai tempat lain yang bukan di zon bebas cukai.
Beli Produk Tefal Online
- Shopee – anda boleh mencari dan membeli Tefal di sini
- Lazada – anda boleh mencari dan membeli Tefal di sini
Saya pun membuat carian di internet. Dan website yang saya layari adalah Lazada Malaysia. Saya terus membuka halaman TEFAL. Saya telah membeli kuali tefal yang bersaiz 28 di Rantau Panjang. Dan saya mencari kuali tefal yang sama di Lazada untuk melihat dan membandingkan harganya. Nampaknya di laman website Lazada ada yang menjual periuk kuali tefal yang sama saiz dengan harga RM72.90 selepas ianya diberi diskaun dari harga RM99. Dengan kata lain, kita juga boleh dapatkan produk tefal ini dengan harga murah secara online. Tetapi tidak mengapalah, kadang kala dapat berjalan jalan melihat tempat juga bagus dapat menambah pengalaman dan juga seronok berjalan jalan. Betulkah kuali tefal tidak melekat ketika gunakan untuk memasak dan menggoreng? Dari pengalaman saya ianya adalah benar. Jom tonton video yang saya kongsikan ini. Bye.
4 Comments
Jauhnya beli kuali tu..
pasti berbaloi kan
saja saja bro sambil jalan jalan
dah lama gak tak beli puyuk belanga
beli lah puan, mana tau semangat nak memasak menu baru nanti