Saya pernah dan berpengalaman menjalankan bisnes cyber cafe sementara iaitu adalah lebih kurang dalam setahun lebih. Saya join venture dengan seorang rakan kongsi partner bagi mempercepatkan perkumpulan modal untuk membuka kedai cyber cafe ini. Saya diberikan skop dalam penyediaan beberapa komputer termasuk peralatan elektrik yang lain termasuk modem internet dan sebagainya. Dan rakan kongsi saya pula fokus kepada penyediaan barang asas seperti meja kerusi untuk komputer termasuk mendapatkan apa apa lesen berkenaan kelayakkan membuka cyber cafe ini. Hasilnya, ianya berjalan lancar dan berjaya dibuka.
Sebenarnya niat saya untuk membuka bisnes cyber cafe pada awalnya bukan kerana duit tetapi kerana minat. Saya sudah set dalam minda yang kalau setiap bulan hanya untung RM1 pun saya tidak kisah asalkan ianya tidak mendatangkan rugi. Itu niat saya ketika mahu menceburi bisnes kedai komputer sebegini. Ini kerana saya memang teringin sangat untuk membuka kedai dan mahu merasakan bagaimanakah rasanya menjadi owner iaitu pemilik perniagaan kepada satu satu bisnes. Dan alhamdulillah, niat saya itu tercapai juga akhirnya.
Perniagaan Bisnes Cyber Cafe
Jadi kenapa saya berhenti dari menjalankan bisnes cyber cafe ini? Saya tidak menutup kedai cyber cafe ini. Saya hanya menjual share iaitu bahagian saya sebanyak 50% dalam JV ini kepada rakan partner supaya beliau boleh memiliki kedai cyber cafe ini 100%. Kedai tersebut tetap menjana untung. Memang ada rakan yang katakan saya melakukan tindakkan pelik kerana menjual share tersebut. Tetapi saya tidak kisah. Bukankah saya katakan tadi akan tujuan asal saya ingin membuka perniagaan cyber cafe ini hanya kerana mahu merasa menjadi bos sahaja.
Jadi apakah saya rugi dalam pelaburan membuka bisnes cyber cafe ini. Ya memang ada ruginya. Kedai tetap menjana untung. Cuma rugi sebab saya menjual pegangan saya dalam bisnes ini dengan harga lebih murah dari kos pelaburan asal. Tetapi tidak mengapa, barang komputer memang turun harga. Tidak mungkin saya perlu menjual dengan harga sama atau lebih mahal betul? Saya tidak merasakan rugi atau apa apa. Malah rasa puas kerana pengalaman sebegini.
Website Yang Menjual Komputer Terpakai/Refurbished
- Lazada – anda boleh mencari komputer desktop murah di sini
- 11Street – anda boleh mencari komputer desktop refurbished di sini
- Shopee – anda boleh mencari komputer desktop terpakai di sini
Untuk pengetahuan anda. Saya bersama rakan jv tadi sebenarnya menjalankan bisnes cyber cafe ini dengan kos modal yang rendah. Bagaimana caranya? Caranya adalah saya hanya membeli dan menggunakan komputer berjenama tetapi dari jenis terpakai (second hand) atau dari jenis refurbished. Setiap 1 PC komputer lengkap hanya bermodalkan RM750 sahaja. Dengan modal RM15K pun anda pasti sudah berjaya mendapatkan sebanyak 20 set pc yang lengkap. Kos paling besar dalam bisnes cyber cafe adalah komputer itu sendiri. Kalau anda beli komputer sebegini, anda memang dapat kurangkan kos pelaburan kedai cyber cafe ini. Sekarang anda sudah boleh mencari banyak komputer pc murah sebegini yang berkualiti dan elok di internet secara online. Apa pun selamat menjalankan bisnes komputer.