Semasa hari raya lalu, saya pernah membeli Cheese Tart yang pelbagai rasa dengan harga RM100. Ada 4 kotak cheese tart dengan 4 rasa yang berbeza. Seingat saya perasa cheese tart tersebut adalah blueberry, strawberry, pineapple dengan coklat. Satu kotak berharga RM25 dengan mempunyai 25 kuih tart. Dengan kata lain, harga bagi satu tart berharga RM1. Mahal bukan? Tetapi anda boleh dapat yang paling murah pun mungkin 70 sen untuk 1 tart. Kenapa mahal? kerana kandungan “filling” dan juga bahan bahan pembuatanya yang memang mahal. Jadi peniaga terpaksa menjual cheese tart dengan harga mahal juga.
Untuk mendapatkan resepi kuih tart moden ini, saya cadangkan anda mendapatkan Ebook Cheese Tart ini. Ini kerana di dalamnya terdapat langkah langkah yang di susun supaya anda boleh mengikuti cara membuatnya tanpa masalah. Kalau anda ingin berbisnes menjual cheese tart, saya lagi galakkan anda mendapatkan ebook ini kerana pemilik ebook ini memang seorang yang membuat dan berniaga cheese tart secara offline mahupun online.
Menjual Cheese Tart Di Media Sosial
Adakah anda boleh ber bisnes online dengan menjual cheese tart? Jawapannya YA boleh. Ini kerana zaman sekarang hendak menjual makanan pun sudah ramai yang berniaga secara online. Kuih muih raya dan juga cheese tart memang sudah ramai yang menjual di media sosial. Kalau anda berhajat dengan berbisnes online, saya memang galakkan anda berniaga. Inilah peluang yang perlu anda rebut. Lambat, memang kena tinggal.
Anda pasti pernah mendengar orang menjual kek red velvet, kek cheese meleleh, kacang tanah sambal ikan bilis, kuih raya, kacang peas, durian crepes, dan banyak lagi. Semua makanan ini pasti anda pernah nampak orang menjualnya di Facebook bukan. Jadi kalau anda hendak menjual cheese tart di media sosial bukanlah salah pun. Tetapi memang patut anda jual di sana. Inilah trend bisnes zaman sekarang. Anda dapat menemui pelanggan anda dengan mudah dengan lebih meluas.
Kalau anda serius mahu berniaga menjual cheese tart. Saya sarankan anda membuat Facebook Page khas dan juga Instagram. Anda post dan masukkan gambar gambar cheese tart yang anda buat. Pastikan sedap dan cantik hiasannya. Letakkan harga yang “munasabah”. Isi maklumat lengkap cara menghubungi contohnya whatsapp dan juga maklumat akaun bank anda. Semua ini bagi meningkatkan peluang produk anda terjual dan juga meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap anda. Untuk mendapatkan rasa cheese tart yang sedap, dapatkan sahaja ebook resepi cheese tart dengan klik banner di bawah ini. Saya pasti ianya dapat membantu anda. Selamat mencuba.
2 Comments
Cheese tart suka makan tapi tak pandai sangat nak buat
ramai orang suka makan dan suka beli ja