Pertama sekali, apa yang saya tuliskan ini adalah pandangan peribadi dan saya sendiri belum pernah membuka buka kedai cuci kereta. Harap maklum ya. Kenapa saya ingin menulis berkenaan bisnes kedai mencuci kereta? Ini kerana ini adalah salah satu bisnes yang saya nampak berpotensi besar untuk menjana untung dengan kos modal yang kecil. Saya sendiri terfikir alangkah suatu hari nanti saya juga ingin memiliki perniagaan car wash seperti ini sebagai salah satu saluran buat duit yang kedua. Adakah anda sekarang sedang berkira kira mahu membuka perniagaan cuci kereta?
Setuju tidak kalau saya katakan zaman sekarang ramai orang sudi untuk membayar apa apa servis perkhidmatan yang memudahkan mereka. Misalnya jika anda ingin buka kedai cuci kereta. Apakah bisnes anda itu akan mendapat permintaan? Apakah faktor paling utama untuk anda menjana keuntungan dari bisnes cuci kereta anda itu? Anda yakin “faktor” tersebut akan membantu meningkatkan permintaan terhadap bisnes anda itu?
Pandangan Tentang Buka Kedai Cuci Kereta
Faktor yang paling utama adalah jenis perumahan. Kalau bisnes cuci kereta anda dibuka di kawasan perumahan teres, biasanya permintaan untuk mencuci kereta adalah rendah. Ini kerana, masih ramai lagi yang rajin atau tidak mahu mengeluarkan kos mencuci kereta kerana mereka masih mampu dan sanggup untuk mencuci kereta sendiri. Melainkan mereka memang betul betul tiada masa, urgent dan sanggup untuk membayar servis perkhidmatan mencuci kereta dari kedai cuci kereta anda itu.
Kawasan perumahan yang padat dan banyak pula rumah rumah jenis flat, apartment dan juga kondominium memang memerlukan kedai cuci kereta. Kawasan sebeginilah tempat yang paling bagus untuk anda buka kedai cuci kereta anda. Tidak ada orang yang rajin mahu membasuh kereta sendiri, terpaksa mengangkat baldi air naik turun lif dan sebagainya. Adalah lebih mudah untuk mereka menghantar kereta mereka ke pusat cuci kereta dan bayar sahaja. Itu lebih mudah, murah dan praktikal.
Persediaan Asas Bisnes Kedai Cuci Kereta
- Pam vaccum kereta (sekurang kuranya 2 vakum kena ada)
- Pam tekanan air kuat (sekurang kurangnya ada 2 sebagai backup)
- Sabun basuh kereta
- Kain mencuci/mengelap kereta (kena ada banyak)
- Produk pengilat tayar, produk pengilat cermin
- Paip air, baldi air sabun
- Khemah untuk mencuci kereta
- Khemah untuk pelanggan menunggu termasuk kerusi
- Duit tukar
- Pekerja
- Kawasan mencuci kereta
Website Beli Barang Persediaan Car Wash
- Lazada – anda boleh cari mana mana produk mencuci kereta di sini
- 11Street – anda boleh cari mana mana produk mencuci kereta di sini
- Shopee – anda boleh cari mana mana produk mencuci kereta di sini
Trend terkini nampaknya sudah semakin ramai pemilik kedai mencuci kereta menggunakan sistem Automatic Car Wash untuk mempercepatkan urusan mencuci kereta. Pekerja hanya perlu mencuci tayar, membuang kotoran degil yang melekat pada badan kereta dan menyapukan keseluruhan badan kereta dengan air sabun, itu sahaja. Dan kemudian sistem car wash automatik akan mengambil alih mencuci kereta secara sepenuhnya iaitu membilas dan membuang air sabun yang di sapukan kepada kereta tadi. Siap.
Bagi saya, kalau modal anda kecil, tidak perlu tergesa gesa mahu membuka kedai cuci kereta dengan sistem automatic car wash ini. Anda teruskan sahaja servis mencuci kereta secara amalan biasa. Saya percaya ramai orang masih lagi sanggup untuk menunggu kereta mereka dicuci dengan cara ini. Ini kerana masih ramai orang lagi yang percaya yang sistem cucian kereta secara manual menggunakan tenaga manusia adalah lebih bersih berbanding cara automatik. Sistem car wash automatik adalah pilihan kepada pemilik kereta yang mahu basuh kereta mereka secara cepat. Itu sahaja. Saya harap anda berjaya buka kedai cuci kereta milik anda sendiri suatu hari nanti. Bye.
2 Comments
Machine carwash tu beli mane
I LOOKING FOR RENTAL CAR WASWH AT PETALING JAYA