Sejak dari dulu lagi saya telahpun menggunakan Western Union untuk mengeluarkan wang dari Adsense melalui bank tempatan seperti Bank Rakyat. Umum telah mengetahui yang akaun Google Adsense Malaysia telahpun boleh untuk anda menukar edit nama anda. Jika sebelum ini anda tidak boleh melakukannya melainkan terpaksa membuat akaun baru. Kini sudah boleh. YANG TERBARU, anda kini sudah boleh menggunakan Adsense Wire Transfer Malaysia. YA, anda sudah boleh mendapatkan earning adsense anda untuk terus di transfer dari adsense kepada akaun bank tempatan Malaysia kita. Teruja?
Saya sendiri teruja apabila mengetahui yang Adsense Wire Transfer Malaysia sudah boleh di gunakan. Kalau sebelum ini ada yang terpaksa membuka akaun di luar negara seperti di Singapore semata mata mahu menggunakan kaedah wire transfer. Sejak Malaysia pun boleh saya terus mengubah setting payment saya dari Western Union kepada Wire Transfer dan setkannya menjadi “primary” sebagai tanda pembayaran utama melalui wire transfer. Saya tidak tahu sejak bila Malaysia telah diterima untuk wire transfer. Yang pasti ramai rakan rakan di dalam group Adsense Malaysia telah menggunakannya dan telah berjaya.
Setting Tetapan Adsense Wire Transfer Malaysia
Kalau rakan kita boleh mengapa kita tidak boleh bukan? Sebenarnya kaedah Western Union Bank Rakyat boleh dikatakan termudah bagi saya kini. Tetapi dengan adanya Adsense Wire Transfer Malaysia, mengapa tidak untuk saya beralih kepada yang lebih mudah bukan? Jadi saya meminta rakan akan nasihat dan cadangan untuk mengubah tetapan dalam Adsense Dashboard setting. Mudah sahaja.
Yang perlu anda lakukan adalah login dahulu akaun adsense anda. Kemudian pergi kepada PAYMENT SETTING. Setelah itu sila tekan “ADD NEW PAYMENT” untuk memilih tetapan pembayaran baharu. Kemudian pilih tetapan “WIRE TRANSFER” to bank account. Lihat gambar di bawah. Itu adalah bahagian setting wire transfer yang perlu anda isi. Sila masukkan maklumat dengan betul dan tepat.
Masukkan maklumat seperti
- Account Holder Name : Nama Penuh Anda
- Bank Name : Nama Bank Anda
- SWIFT-BIC : Kod Bank Anda Menurut Panggilan Antarabangsa
- Account Number : Nombor Akaun Bank Tempatan Anda
- Re-Type Account Number : Sila Isi Sekali Lagi Nombor Akaun Bank Anda
- Sila tanda (tick) untuk “Set this payment method as Primary” untuk memilih tetapan wire transfer ini sebagai pilihan pertama pembayaran wang earning Adsense anda.
- Save . Siap
Dapatkan (SWIFT-BIC) Swift Code Malaysia di sini – http://www.theswiftcodes.com/malaysia/
Inilah setting untuk setup pembayaran Adsense Wire Transfer Malaysia. Setakat artikel ini ditulis, saya baru sahaja melakukan tetapan ini dan belum lagi menerima earning adsense dengan cara wire transfer ini. Kita nantikan sebulan akan datang. Dan jika BENAR saya menerima wang transfer dari adsense ke dalam akaun bank tempatan melalui kaedah wire transfer ini. Akan saya update artikel terbaru untuk mengumumkan akan hal Adsense Wire Transfer Malaysia ini untuk rakan rakan yang lain ikuti. Selamat mencuba
13 Comments
saya dah guna tetapi reject sebab 12 hari tak masuk saya report pada adsense..
guna bank rakyat…nak try guna maybank pulak lepas nim huhuhu
alamak, risau pulak saya. hehe
jadi lambat plak,yang reject tu dia proses balik..saya guna wastern dulu yang di reject tu…21hb ni try guna wire maybank tengok macamana huhuhu
saya pun tggu juga bro tgk mcm mana hujung bulan ni, kalau x berjaya kita tgk mcm mana
Wan, ambil komisen dgn WU bagus sbb kos penghantaran duit ditanggung Google. Tapi dgn wire transfer ni takkan diorg tanggung juga chargenya?
Bukan apa, saya affiliate Agoda, dan charge bank utk wire transfer komisen ke akaun bank saya dlm RM50 utk sekali transfer (Maybank dgn RHB lebih kurang je fee depa).
Jgn lupa update post ni ya dgn bank charge fee. Kalau takde apa2 charge, saya pun nak pakai wire transfer je
Salam bro Iskandar. Pasal ni wire transfer untuk adsense bro. Dari kiraan saya, ianya ada charge tetapi sangat rendah iaitu dalam USD5. Tp bro punya dengan Agoda tu mcm tinggi sangat iaitu RM50
aku guna WU je lah nampaknya..haha..
kalau nama x sama antara akaun dan bank detail boley ke? maksud saya nama akaun google nama wife, tapi nk setkan akaun bank saya, nama sayalah tu… boley ke?
Salam bro, saya nak tanya berkaitan payment setting utk wire transfer tu. Katakan saya nak masukkan Maybank sebagai bank saya. Mcmana ye nak taip dalam tu? Maybank (Malayan Banking Berhad) atau mcmana..saya risau takut payment tak masuk kalau silap isi. First time ni. Sy harap bro boleh bgtau dan tunjuk ajar ye. kalau nama pulak..kena ikut nama kat ic atau nama kat akaun bank? bin tak perlu kan? Tqvm
bos..BSN boleh guna tak dalam urusan ini (Wire Transfer)?
Salam.. boleh saya tahu, kaedah apa yang paling baik kalo nak transfer keluar duit dari google adsense? ini kali pertama sy trima duit dari google tapi tak tahu mcm mana nak keluarkan. malahan saya dari sabah. harap dapat membantu saya. selepas baca komen di atas, sy takut kalo2 sy ada tersilap nak keluarkan payment mcm mana.baru tadi sy terima surat dari google untuk masukkan pin