Diawal tahun pertengahan tahun dan juga hujung tahun, banyak sekali keyword “contoh resume” yang muncul di dalam data Google Analytic. Dan berdasarkan data tersebut menunjukkan trend mencari contoh format resume kerja memang tidak pernah tamat. Bukan suatu yang pelik. Saban hari, setiap masa dan dimana jua selagi ada yang namanya Fresh Graduate dan sedang mencari kerja dan saban harilah juga keyword contoh resume terpapar. Dengan kata lain, graduan universiti memang memerlukan contoh resume untuk dibuat rujukan akan bagaimana untuk membuat resume kerja yang terbaik.
Sebenarnya tiada istilah atau bentuk khusus akan bagaimanakah bentuk resume. Jika ada yang mencari resume khas untuk fresh graduate pun pasti tetap akan jumpa benda yang sama. Yang beza adalah contoh resume tersebut di kongsikan oleh bekas fresh graduate juga. itu sahaja. Bentuk resume tiada bentuk yang khusus. Maksud sebenar profil resume adalah maklumat peribadi anda iaitu dari maklumat peribadi indentiti diri, kepada maklumat pendidikkan, maklumat pencapaian diri dan juga pengalaman kerja jika ada. Itu sahaja.
Contoh Resume Kerja Lengkap Terkini
Adapun contoh resume yang ada jika diberikan oleh rakan rakan akan memudahkan kerja. Anda tinggal copy, edit dan print resume anda dan siap. Kerja jadi mudah tanpa perlu memikirkan akan rupa bentuk design resume kerja anda. Adakah anda mahu contoh resume buat anda? Jangan risau, entry ini tidak lain tidak bukan adalah untuk memberi secara percuma salinan format resume yang dipunyai oleh saya untuk diberikan kepada anda. Bentuk rekaan resume kepunyaan saya ringkas dan minimum. Jika anda sudi mahu gunakan dipersilakan. Saya berbesar hati ingin kongsikan.
Download Contoh Resume
Sample contoh resume ini adalah untuk memudahkan rakan rakan menyiapkan resume kerja masing masing. Tinggal edit mana yang patut. Mungkin ada yang melihat ianya terlalu simple. Untuk pengetahuan saya telah dapat menerima panggilan interview kerja hampir 10 kali dengan resume kerja simple saya ini. Tiada masalah. Malah tidak pernah mendengar rungutan atau komplen terhadap resume saya. Tujuan resume adalah untuk menyampaikan secara mudah akan maklumat diri anda. Lagi mudah difahami lagi baik. Ini kerana selepas maklumat diri anda difahami dari resume, perkara yang lebih penting dari itu adalah semasa anda di interview kerja. Itulah yang lebih penting. Tidak guna resume kerja anda terlalu professional tetapi anda sangat lemah dan kelihatan lemah semasa di temuduga. Anda faham maksud yang saya mahu sampaikan bukan.
9 Comments
terima kasih sebab berkongsi, tengah blur nak buat resume.
yer ker, cantik dan terbaiklah, terus downloaddddd
Dah lama tak update resume saya…huhu
nampak kemas dan teratur resume, penting resume yang baik sebagai menarik minat penemuduga nanti.
Pastikan resume ringkas, padat dan mudah dibaca. Menarik mood pegawai nak baca nanti ..
ok..download. download. haha.
terima kasih! mmg ni saya perlukan ^_^
Assalamualaikum. saya tekan link, tapi kelaur google link diasble. kenapa ya? terima kasih