Saya telahpun membeli sebuah kereta Proton Saga BLM terpakai sejak empat bulan lalu. Dan diwaktu pembelian kereta tersebut, jumlah perbatuan jarak yang telah dilalui kereta tersebut sudahpun mencapai 90KM dan sudah berumur 6 tahun. Dan ini adalah kali pertama saya menggunakan kereta dengan transmisi gear auto. Kereta langsung tiada masalah tetapi ada satu perkara yang saya lupa tentangnya dan ianya suatu yang sangat penting bagi sebuah kereta iaitu berkenaan timing belt saga.
Begini ceritanya, seminggu yang lepas saya pulang ke kampung dengan bergerak dari Penang ke Johor dengan Proton Saga BLM tersebut. Di Kampung Johor, saya menyedari yang sudah sampai masanya saya servis akan minyak hitam kereta tersebut buat pertama kali. Dan apabila menghantar ke bengkel kereta, mekanik di sana memberi tahu kepada saya yang saya perlu menukar timing belt saga. YA, saya tersedar dengan pertanyaan tersebut kerana saya lupa tentangnya sejak membeli kereta tersebut.
Servis Pergantian Timing Belt Saga BLM Baru
Mekanik memberi tahu yang jarak kilometer sudah melebih 90KM dan ada bukti yang timing belt saga BLM milik saya perlu diganti kerana sudah menunjukkan tanda tanda ianya sudah sampai masa dengan garisan kecil putus putus pada timing belt tersebut. Dan YA, saya sendiri melihatnya sendiri yang terdapat garisan kecil putus putus yang menunjukkan ianya perlu di ganti segera. Saya membuat keputusan untuk menukar timing belt saga blm pada keesokkan harinya kerana kedai servis kereta sudah mahu ditutup.
Harga timing belt saga yang telah dinyatakan adalah berharga RM350. Ianya belum termasuk dengan kos upah dan juga kos GST. Dan oleh kerana tidak mahu ditipu, saya membuat carian dan rujukan di internet dan ternyata kos timing belt saga memang rata ratanya berharga begitu iaitu dalam lingkungan RM350 tidak termasuk “labour charge” dan lain lain.
Harga Timing Belt Saga BLM
Proses penukaran timing belt Saga BLM yang baru kebiasaannya akan mengambil masa 2 – 2 jam setengah. Kalau anda anda tidak sabar menunggu, lebih baik bawa seseorang untuk diajak berbual ketika hendak menukar timing belt kereta anda. Di bawah ini saya senaraikan barangan yang diganti dengan harganya sekali ;
- Timing Belt, Bearing & Oil Seal = RM350
- Belt = RM55
- Workmanship Fee = RM15
- ATF Fluid (minyak auto gear box) = RM100 (4 botol digunakan, 1 botol RM25)
Keseluruhan kos yang perlu saya bayar bagi menggantikan timing belt saga blm yang baru termasuk GST adalah berharga RM551.20. Anda tidak perlu menukar minyak gear box auto anda jika anda sudah pernah sebelum ini menukarnya. Sebenarnya saya agak terkejut dengan harga timing belt proton saga blm ini kerana harga timing belt bagi proton saga lama hanyalah RM150 sahaja. Nasihat saya, sila bersedia dengan wang yang secukupnya apabila usia timing belt anda sudah sampai pada jarak KM-nya.
Website Beli Barang/Produk Aksesori Kenderaan
- Lazada – anda boleh mencari produk, barang dan aksesori kereta di sini
- Shopee – anda boleh mencari produk, barang dan aksesori kereta di sini
Info Tambahan buat anda. Sebaik baiknya timing belt saga blm perlu diganti setiap 80KM dan minyak gear auto pula perlu diganti setiap 20KM. Jika anda mahu lebih prihatin terhadap kereta anda, sila dapatkan panduan cara menjaga kereta dengan klik pada banner di bawah ini. Selamat menggunakan kereta.
12 Comments
harga memang boleh tahan..tak cukup duit boleh buat pening kepala..
saya pun pening waktu tu, hehhe
nak tanya, yg tu servis kt mne ek? n sama ke harga timing belt servis utk smua jnis krta?
tidak bukan semua kereta timing belt sama harga
rega tuk timing belt berbeza mengikut jenis kereta Nabila.
terima kasih infonya tuan…
aku dapat rm 230 je bro……saga blm
wahh, dapat kat kedai mana tuhh
nak tanya. buat kat mana yea tukar timing belt ni? hari tu saya call serv centre depa kata 700.
kalau buat kat kedai bengkel biasa harga lebih murah. kalau buat kat servis center memang UMUM yang harganya jauh lebih mahal
Saya pakai saga flx. Meter kereta 100k masa tukar timing belt. Saya kene rm650.
Kat resit tu di tulis timing belt, econ belt, water pump, x paham apa2.da siap bayar aje. Buat dkat kdai biasa.
Tq info yg sgt berguna…baru tukaq pagi ni tp x tau harga lagi kena berapa adehhhhh….