Siapa disini (pembaca) ada mempunyai insurans peribadi? Soalan ini bagaimanapun ianya berbalik kepada keperluan, kekuatan kewangan dan juga kefahaman individu terhadap keperluan memiliki Medical Card PruBSN. Dulu ada seorang kawan pernah bertanya “kenapa perlu medical card? Sebab kau nak masuk hospital tanpa bayar duit ker? Kalau sebab itu baik kau pergi hospital kerajaan, bayar pun RM1 jer, kira free lah. Buat apa perlukan medical card ni. Lagipun hospital kerajaan sekarang pun dah terbaik dan semua boleh buat, kiranya nak apa semua ada”. Itulah kata kata yang membuat saya terfikir dan dalam masa yang sama ada benarnya. Saya setuju.
Apa yang dikatakan adalah betul dan sebab itulah kenapa saya menjelaskan tadi yang ianya bergantung kepada Keperluan, Kekuatan Kewangan dan juga Kefahaman seseorang itu. Ada orang awal awal dah tolak apabila mendengarkan akan “personal insurance”. Kerana apa? Kerana persepsi yang negatif iaitu membazir dan juga tidak nampak keperluan menggunakannya kerana “tidak sakit”. Saya pun begitu waktu dahulu. Tidak boleh nak salahkan siapa kerana keperluan untuk menggunakan insurans peribadi atau Medical Card PruBSN ini dilihat sebagai salah satu bebanan tambahan setiap bulan yang di rasakan mahal. Saya sendiri setuju kalau ianya memang mahal.
Keperluan Memiliki Medical Card PruBSN
Saya pernah memiliki personal insurance pada tahun 2007/2008. Dan kebetulan sudah setahun mengggunakannya dan ketika itu Malaysia mengalami kegawatan ekonomi menyebabkan saya sebagai “pekerja swasta” menerima kesan ketara didalam bab gaji. Kesan kepada gaji menyebabkan saya “terminate” dan tidak lagi menggunakan insurans peribadi akibat bebanan kewangan.
Keperluan Prudential BSN Takaful Bagi Swasta
Kini saya mengambil semula polisi personal insurance untuk memiliki Medical Card PruBSN. Ada beza antara pekerja awam dan swasta. Bagi pekerja disektor awam kerajaan, kecil atau besar gaji anda, dan kalau anda mengalami sakit, selalunya kos akan ditanggung oleh pihak kerajaan atau paling kurang anda hanya perlu membayar sedikit dan ditambah lagi dengan jaminan kerja dan skim pencen.
Berbeza pula bagi swasta. Mungkin syarikat yang besar mampu menanggung kos rawatan tetapi bukan dalam tempoh yang lama dan kalau anda bekerja disyarikat biasa, faham faham sahaja lah. Tiada jaminan kerja dan perlindungan yang sewajarnya. Maka salah satu jalan bagi mengurangkan kesan kepada kewangan, maka memiliki insurans peribadi dan juga Medical Card PruBSN ini dilihat menarik kepada pekerja sektor swasta. Maka saya mengambil dan memilih polisi dari Prudential BSN Takaful
Apa Ada Pada Prudential BSN Takaful Medical Card PruBSN
Saya mengambil polisi dari Prudential BSN Takaful adalah kerana tawaran Saving dan juga Medical Card PruBSN yang disediakan. Senang cerita saya membayar untuk “MENYIMPAN” dan juga untuk mendapat benefit kelebihan “MEDICAL CARD” untuk rawatan di hospital. Bagi pekerja swasta, apabila “cuti”, maka cuti itu tidak bergaji jika masuk hospital kerana sakit. Tetapi polisi medical card dari Prudential BSN Takaful akan membayar wang seperti gaji setiap hari kepada anda jika masuk wad di Hospital KPJ sebagai contoh. Kalau anda dimasukkan ke dalam wad selama 5 hari maka anda akan mendapat duit untuk 5 hari tersebut. Bukankah ini sangat baik dan sangat membantu bagi pekerja swasta apabila terpaksa cuti untuk tidak bekerja?
Saya tidak mahu menjelaskan secara terperinci akan kegunaan dan keperluan insurans Prudential BSN Takaful ini. Cumanya disini kenapa saya memerlukan dan suka dengan insurans peribadi dari Prudential BSN Takaful dan ditambah dengan Medical Card PruBSN yang disediakan adalah kerana “Simpanan” dan juga “Benefit Hospital”. Dua point Kelebihan Prudential BSN Takaful ini sudah cukup untuk saya membuat keputusan dan bersetuju menggunakan personal insurance ini. Anda bagaimana. Ada yang pakai atau ada yang pakai dari product insurance selain Prudential BSN Takaful?
2 Comments
Alhamdulillah.. Akak sekeluarga pun dah ambil prubsn takaful.
tahniah akak