Tahukah anda akan apakah Keyword Popular yang bermain didalam blog anda? Kenapa dengan dan apakah maksud Keyword Popular? Ianya bermaksud yang blog anda senantiasa mendapat trafik dari keyword tersebut. Saya tidak mengatakan tentang keyword yang popular yang menjadi corak trend semasa tetapi tentang keyword yang “ANDA KUASAI” dengan blog anda. Senang cerita adalah keyword evergreen blog anda sendiri. Saya pasti anda sebenarnya tahu akan keyword tersebut dan itulah salah satu sumber keyword yang menyumbang trafik yang masuk ke dalam blog anda.
Akan tetapi, blog anda dengan blog rakan blogger yang lain adalah berbeza. Mereka menulis sesuatu yang berbeza. Kecenderungan untuk menulis dan berkongsikan sesuatu yang sama juga berbeza. Anda dan mereka berbeza. Oleh kerana itu sudah tentulah Keyword Popular yang terdapat didalam blog anda dengan blogger lain adalah berbeza kerana kandungan artikel yang bebeza. Jadi soalannya disini apakah Keyword Popular yang bermain didalam blog blogger yang lain. Adakah terdapat cara untuk mengetahuinya?
Keyword Popular Finder Dengan KeywordSpy
YA, memang ada. Diluar sana (dunia internet), ada perkhidmatan online yang boleh anda gunakan untuk melihat keyword yang masuk ke dalam blog anda. Dengan kata lain, anda juga boleh melihat keyword yang masuk kedalam blog orang lain. Namun begitu, jumlah Keyword Popular yang boleh anda lihat agak terhad kerana apa yang anda cuba kaji (check) adalah terhad kerana penggunaan akaun percuma. Jika anda mempunyai bajet kewangan yang lebih, maka bayaran akan dikenakan untuk membolehkan anda membuat keyword research dengan lebih teliti dan mendalam dengan maklumat yang lebih banyak terhadap saingan anda.
Antara salah satu laman yang boleh anda buat kajian terhadap Keyword Popular adalah laman dari KeywordSpy. Anda boleh lawat laman ini dan kemudian cuba masukkan alamat laman website anda. Jika laman website anda kerap mendapat trafik dari keyword tersebut, maka KeywordSpy akan memaparkan keyword tersebut. Anda boleh juga melihat Keyword Popular dari blog blogger yang lain untuk mendapat idea akan apakah keyword yang bermain diblog mereka untuk kajian umum.
Website Untuk Membeli Keyword Research Tool
- NicheGenetics – keyword research tool jenis web base yang terbaik
- LongTailPro – keyword research tool jenis aplikasi yang terbaik
Apakah dengan mengetahui Keyword Popular dari blog lain itu perlu. Jawapan saya adalah tidak perlu. Akan tetapi kadang kadang kita berada dimasa yang kita buntu untuk menulis diblog. Dengan cara ini ianya dapat memberikan idea dan boleh jadi dengan Keyword Popular yang terdapat diblog lain dan kebetulan kita pula mempunyai idea untuk menulis berdasarkan keyword tersebut, maka kita mungkin juga akan mendapat trafik dari keyword tersebut jika artikel yang dihasilkan disukai oleh Google. Ini juga salah satu cara untuk meningkatkan trafik yang masuk kedalam blog anda. Saya juga pernah menulis tentang cara kuasai keyword blog, dan jika sudi boleh baca disana. Saya harap artikel ini dapat sedikit sebanyak memberikan idea kepada anda untuk menulis. Bye
10 Comments
terima kasih atas panduan tu..
betul kata bro, kajian nie boleh memberi kita idea utk meningkatkan trafik blog kita…..
blog bro Hairul dah mantap sangat trafik tuh
bagus perkongsian ini..kadang-kadang saya belasah saja tulis blog..sebab itu trafik macam segan mati tak mau!
xpa bro, janji bro x amalkan copy paste dan itu juga menunjukkan yang bro original
hoho..mesti hang dah cuba keywordspy nih..
aku try spy hang titan, hahahaa
Susah juga nak cari keywords kadang2 siap google. Thanx for d info dude.
sama sama bro
berbayar ke keywordspy nih??? boleh kaji buat sedikit homework .. huhu
x bayar leh tgk 10 keyword ja maksimum