Saya memang bercita cita mahu menjalankan bisnes kereta sewa. Ini semua kerana melihat rakan sendiri berjaya menjalankan perniagaan sah iaitu car rental. Tidak tahu akan perkembangan terkini. Seingat saya iaitu 5 tahun lalu beliau berjaya menjana pendapatan bersih RM5000 sebulan. Menarik bukan? Samada rugi atau tidak, saya belum lagi pernah mendengar kisah kerugian hasil dari bisnes ini. Kalau ada, saya mahu anda kongsikan dengan saya.
Oleh kerana belum berupaya menjalankan bisnes car rental sendiri. Saya memang berhajat mahu join venture ataupun menyerahkan kereta sendiri kepada syarikat kereta sewa untuk mereka sewakan melalui syarikat mereka kepada orang luar. Namun cita cita tersebut gagal kerana saya telah mendapat info terbaru dari rakan yang syarikat berkenaan tidak mahu lagi mengambil kereta manual untuk disewakan, Ini kerana menurut rekod beliau, kereta manual mendapat permintaan rendah. Betul kah?
Panduan Syarikat Car Rental Malaysia
Tidakkah anda berasa cemburu dengan rakan yang boleh menghantar kereta untuk di sewa. Wang dari kutipan kereta sewa akan digunakan untuk membayar loan bulanan kereta dan baki akan dikongsi antara syarikat dengan anda sebanyak 60/40 (mengikut perjanjian). Sudahlah bayaran loan di bayar, dapat lagi duit di tangan. Memang berbaloi kepada anda yang mempunyai kenderaan lebih dari satu. Oleh kerana kereta saya kereta manual, saya tidak boleh menghantar untuk disewa. Agak kecewa.
Apa yang saya kongsikan adalah tentang potensi keuntungan dari pengalaman rakan di sekitar saya tentang potensi bisnes car rental ini. Namun jika anda mahu menjalankan perniagaan anda sendiri, ada proses undang undang yang perlu anda ketahui dan patuhi. Malah lebih baik anda dapatkan pengalaman sebenar dari orang yang telah menjalankan perniagaan car rental ini sebelum anda, supaya anda tahu apa yang perlu dilakukan dan mengelak membuat kesilapan.
Oleh itu, saya mahu berkongsi dengan anda akan Panduan Kereta Sewa ini dalam bentuk dvd. Anda akan belajar langkah langkah membuka syarikat car rental dari mula. Dan anda juga akan belajar tentang “bisnes” iaitu bagaimana menjalankan syarikat tersebut. Seperti saya katakan tadi, belajar dari pengalaman orang berjaya adalah perlu. Maka panduan ini adalah perlu bagi anda kerana ianya dikongsi sendiri oleh pengusaha car rental yang berjaya. Kalau berminat, klik sahaja banner di bawah untuk dapatkan panduan ini. Selamat berjaya.