Anda mahu kerja di Petronas? Mahu berpeluang bekerja di dalam sektor “oil and gas”? Tetapi tidak tahu saluran yang betul untuk memohon bekerja bersama petronas. Sebenarnya ramai yang mengidam bekerja dalam sektor minyak dan gas ini. Kepada yang tidak kisah untuk bekerja di lautan (offshore) pasti tidak kisah sekiranya dapat ditempatkan untuk bekerja di tengah lautan. Faktor gaji adalah salah satu sebab kenapa ada yang tidak kisah bekerja dilautan mungkin selama 6 bulan minima. Bagaimana dengan anda? Anda boleh?
Saya tidak pernah bekerja dalam industri oil and gas ini. Tetapi saya pernah berpengalaman memohon kerja di Petronas iaitu memohon melalui borang yang disediakan melalui surat khabar. Saya dan seorang rakan lagi mengisi borang kerjaya dengan Petronas. Tetapi malangnya saya membuat silap iaitu tersilap mengisi maklumat di borang keratan surat khabar tersebut. Akibat dari itu saya terus membuang borang tersebut. Dan rakan saya yang tidak membuat silap terus menghantar borang tersebut. Dan berita terbaiknya, beliau telah dipanggil untuk temuduga, saringan demi saringan dan akhir sekali di terima bekerja dengan Petronas. Alhamdulillah itu rezeki beliau.
Peluang Kerja di Petronas Cari Gali
Setelah sekian lama, saya berjumpa semula dengan rakan yang kerja di Petronas ini. Beliau menceritakan pengalaman beliau berkerja sambil melancong. Apa yang di maksudkan dengan melancong ini? Maksud bekerja sambil melancong adalah, beliau berpengalaman berkerja MENGELILINGI DUNIA dengan kapal tangki oil & gas milik petronas. Apabila singgah di pelabuhan sesebuah negara, mereka boleh untuk turun sebentar dan merasai pengalaman melihat negara negara di seluruh dunia. Menarik bukan? Yang lebih terbaik, makanan yang disajikan di atas kapal petronas adalah dari GRED A. Masakkan makanan dengan nilai kualiti chef, sedap, khasiat dan mewah. Gaji? Sudah tentu terbaik.
Berbalik kepada topik asal iaitu anda sedang mencari peluang untuk kerja di Petronas bukan? Untuk pengetahuan anda, pihak Petronas ada mengiklankan kekosongan jawatan yang pelbagai mengikut tahap sijil pendidikkan anda. Anda boleh memohon kerja mengikut tahap sijil pendidikkan anda. Apa yang anda perlu buat adalah, anda perlu REGISTER di laman web petronas di bawah ini dan kemudian mula membuat carian kerja yang anda mahukan.
Daftar Dahulu di Sini – [ http://www.discoverpetronas.com/applynow/ ]
Selepas daftar, anda terus boleh membuat carian kerja dengan menaip jaawatan yang anda mahukan. Saya (contoh) telah menaip perkataan “TECHNICIAN” untuk melihat samada ada kekosongan jawatan bagi jawatan tersebut. Ternyata jawatan tersebut memang anda dan banyak tawaran. Sila klik pada jawatan yang anda mahu dan kemudian tekan “Apply”. Dan kemudian anda akan di bawa ke halaman untuk mengisi maklumat peribadi, pengalaman kerja, sijil pendidikan dan sebagainya untuk membentuk satu resume kerja yang akan di lihat oleh pihak HR Petronas nanti. Dan kemudian “send” untuk selesaikan pendaftaran. Siap
Nasihat saya, sila isi maklumat anda dengan betul dan lengkap. Bukan senang untuk mendapat peluang kerja di Petronas. Pasti ramai yang akan memohon secara online. Persaingan tinggi. Dan sudah pasti maklumat yang terbaik semasa anda isi secara online ini mampu memudahkan kerja bahagian pengambilan pekerja dan seterusnya meningkat peluang untuk anda di panggil dan diterima untuk ke peringkat seterusnya. Selamat berjaya
10 Comments
Lumayan gajinya jika bekerja di PETRONAS.
memang bro, terbaik
PNDAPATAN LUMAYAN
sya mahu kerja
i want jobs
mencari kerja sebagai safety and health officer di offshoer
I have a degree in human resource & management (honest). But i have 10 years experience working with Royal Malaysia Navy (RMN) as a Radar Plotter. Currently working with Malaysia Maritime Enforcement Agency (MMEA) as a Helicopter Hoist Operator (Aircrewman) for Search & Resccue (SAR). Please email me if there is any job related with my qualification & experiences.
Wow… Nice… Tapi ada syarat2 yang dikenakan?
Dari dulu lagi sy minat ini kerja tetapi rezeki blm ada..mudahan tuhan beri kan sy kerja2 ni amen
Pls be nice to me..i wish i can do my best for your company..as long as company need my service