Adakah anda salah seorang yang menyukai taufufah? Selalu beli? Atau di tempat anda jarang ada yang menjual taufufah ini? Atau anda kini sedang mencari info berkenaan idea bisnes makanan yang ingin anda buat dan salah satu adalah dengan menjual taufufa. Boleh untungkah? Anda pasti mahu menjual makanan ini? Makanan ini terlibat dengan proses menggunakan kacang soya. Kalau tersalah buat, boleh jadi tidak menjadi. Dan di artikel ini saya ingin berkongsikan dengan anda akan panduan yang akan mengajar anda memulakan perniagaan berasaskan soya ini.
Di tempat saya (Penang) ini, ada 2 gerai tepi jalan yang menjual taufufah. Selalu juga saya membelinya. Apa yang saya nampak, kalau mereka menjual taufufa pasti akan menjual sekali dengan air soya dan air cincau. Nasihat saya, kalau anda ingin menjalan perniagaan ini, adalah lebih baik anda lakukan seperti peniaga yang saya ceritakan ini iaitu menjual air minuman sekali. Ini kerana proses pembuatan taufufah juga akan melalui proses yang hampir sama untuk menjual air minuman soya.
Perniagaan Menjual Taufufah
Dengan kata lain, apabila melibatkan kacang soya, ada 2 benda yang anda boleh lakukan sekali iaitu membuat taufufah dan juga membuat air soya. Dan air cincau adalah sebagai tambahan yang bakal menjadi pilihan buat pembeli yang ingin menikmati air soya cincau. Apa yang anda nampak kini? Bisnes taufufah anda itu nanti akan bercorakkan 4 elemen yang boleh anda jual iaitu taufufah, air soya, air cincau dan juga air soya cincau.
Di sini saya mahu perkenalkan kepada anda akan Panduan Bisnes Taufufah. Kalau anda betul betul serius mahu menjalankan perniagaan, kenapa tidak dapatkan panduan bisnes ini. Panduan ini adalah dalam bentuk cd video yang di dalamnya mempunyai rakaman video akan proses proses membuat taufufah dan juga proses membuat air soya. Anda tidak perlu ke kelas atau seminar untuk belajar semua ini. Anda tidak perlu juga tercari cari maklumat yang terpisah pisah di internet. Panduan ini lengkap untuk anda.
Sebagai tambahan. Panduan Taufufah ini juga di dalamnya nanti akan mengajar anda membuat pelbagai aneka taufufah yang pelbagai bentuk dan berwarna warni yang mana ianya adalah resepi dari hotel. Dengan kata lain, anda bukan sahaja menjual taufufah yang biasa tetapi berkemampuan membuat dan menjual taufufah special seperti yang di hidangkan di hotel hotel. Saya pasti jualan taufufah anda akan berjaya menarik pembeli untuk mencubanya. Anda teruja. Kalau anda mahu, sila klik banner di bawah untuk mendapatkan cd video cara membuat taufufah ini. Selamat berjaya.