Semalam adik saya sharekan satu notis dari Poslaju dalam bahasa english. Minta tolong diterjemah (translate) adalam bahasa melayu kerana kurang faham. Dari terjemahan itu fahamlah saya yang penghantar surat iaitu posmen dari Pos Laju sudahpun sampai dan ingin menghantar barang. Akan tetapi mungkin kerana ketiadaan orang di rumah untuk menerima barang tersebut, maka ianya dihantar semula ke pusat pos laju. Dan ianya akan diletakkan di sana selama 7 hari. Boleh membuat panggilan kepada cawangan pejabat pos terdekat untuk penghantaran semula atau mengambil iaitu self collect sendiri di pos laju berkenaan.
Dari apa yang saya diberitahu oleh staff pos laju di kaunter serahan dan pengambilan barang, mereka memberitahu biasanya posmen akan cuba menghantar barang/parcel sebanyak 2 kali dalam 2 hari. Maksudnya 2 hari berturut turut. Kalau dua kali penghantaran gagal dilakukan kerana ketiadaan orang di rumah untuk mengambil atau menerima bungkusan tersebut, maka ianya akan dikembalikan kepada cawangan pos laju itu semula untuk di simpan di stor selama 1-2 minggu. Pada ketika ini, anda sendirilah yang perlu mengambil atau self collect sendiri di kaunter pejabat pos laju di bahagian tingkap pengambilan barang.
Cara Ambil Dan Self Collect Sendiri Barang Di Poslaju
Untuk mengambil barang di pos laju biasanya memerlukan anda untuk menyerahkan kad pengenalan dan juga surat notis yang mengandungi nombor tracking pos laju. Kad pengenalan adalah untuk tujuan rekod siapa yang ambil parcel berkenaan. Anda boleh suruh orang lain ambilkan. Dan pihak pos laju akan merekodkan siapakah orang yang mengambil bungkusan barang tersebut. Dan nombor tracking pula adalah bagi tujuan pengesanan samada ianya sudah sampai atau belum, cawangan mana dan memudahkan urusan pihak pekerja staff poslaju mengesan bungkusan dengan cepat di stor mereka.
Kalau bungkusan parcel/barang tersebut gagal di hantar ke rumah anda kerana anda tiada di rumah. Dan anda mungkin berminat hendak self collect sendiri di pos laju pada hari yang sama. Jangan berbuat demikian. Ini kerana barang yang gagal di hantar biasanya belum lagi diletakkan pada stor pos laju. Biasanya pihak pos laju tidak akan melayan permintaan anda kerana ianya sukar di cari dan masih tiada dalam sistem rekod mereka.
Panduan Ambil Sendiri Parcel/Bungkusan/Barang Di Pos Laju
- Bawa Kad Pengenalan – untuk tujuan rekod siapa yang ambil dan collect barang berkenaan
- Nombor Tracking – kalau anda sendiri yang hantar barang, maka anda akan mendapat salinan nombor tracking. Kalau anda beli barang, maka mintalah nombor tracking dari penjual yang mengepos barang anda. Bawa atau berikan sahaja nombor tracking kepada pos laju ketika mahu self collect sendiri di pejabat/kaunter poslaju
Yang perlu anda lakukan adalah, datang semula pada keesokkan harinya. Parcel bungkusan barangan anda biasanya sudahpun diletakkan dalam stor pos laju dan telah direkodkan ke dalam sistem. Jadi kalau anda datang untuk self collect sendiri pada keesokkan harinya, pekerja poslaju dapat dengan mudah mengesan dimanakah barang anda itu ditempatkan dan kemudian diberikan terus kepada anda.
Untuk urusan pos laju, seeloknya berikan masa kepada mereka paling lewat 4 hari bekerja untuk mereka proses penghantaran kepada anda. Janganlah hari ini anda hantar barang guna perkhidmatan pos laju dan anda anggap esok mesti sudah sampai ke destinasi. Ada pengguna yang komplen kenapa sudah 3 hari hantar masih belum sampai dan sebagainya. Kadang kala servis pos laju boleh secepat dalam 1 hari. Kadang kala boleh lewat sehingga 4 hari atau lebih mengikut situasi. Kadang kala berlaku banjir, kesesakkan jalan raya dan juga lambakkan permintaan hantar barang menggunakan servis pos laju. Harap faham ya. Saya sudah biasa ambil dan self collect sendiri bungkusan barang saya di poslaju. Bye
5 Comments
Terima kasih. Maklumat diberikan amat membantu.
saya nak tanya, boleh ke kalau kita nak amek sendiri barang dekat pos laju? maksud saya tak nak posman hantarkan barang, saya nak amek sendiri. kalau boleh amek sendiri, apa cara? nak kena letak alamat rumah sendiri ke atau pejabat pos yang berdekatan? sebab ada org kata alamat letak pejabat pos. mohon pencerahan🙂
Sy punya acc shoppee tiba2 log out sendiri dan sy lupa pass? Dalam acc tu semua tracking No ada dlm tu, jd mcm mana kita nak ambik brg?
Ketika ingin self collect adakah poslaju mengenakan had umur atau bagaimana?
saya x tau Ikmal. Sbb saya x pernah suruh yg budak budak pi amik. Biasanya pos minta IC ja. Jadi siapa yg self collet mesti kena ada IC la kan